Wednesday, 19 July 2017

Isu Kalimah Allah, DBP Jangan Masuk Perangkap Evangelis



Isu kalimah Allah telah pun diselesaikan melalui penghakiman Mahkamah Persekutuan. Kes yang dibawakan oleh Gereja Roman Katolik, telah melalui semua peringkat sistem kehakiman dan telah diputuskan oleh panel Hakim Mahkamah Persekutuan di mana kumpulan Kristian tidak dibenarkan menggunakan Kalimah Allah di dalam penerbitan atau penggunaan mereka.

Cadangan Ir Mohd Jamaludin Shamsudin (Ir Jamal) dari ACCIN supaya Dewan Bahasa Dan Pustaka mengambil peranan untuk menyelesaikan isu terjemahan kalimah Tuhan dan Allah, merupakan satu usaha yang akan menuju jalan sia-sia.
Pada 21 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk penilaian semula keputusan awal yang dibuat pada Jun 2014 berkenaan isu Kalimah Allah.
Keputusan dengan majoriti 4-3 itu menggariskan bahawa pihak gereja tidak dibenarkan membuat rayuan terhadap keputusan Menteri Dalam Negeri mengharamkan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan edisi Bahasa Malaysia, The Herald.
Jika keputusan Mahkamah Persekutuan sendiri pun golongan ini tidak mahu hormat, apakah Dewan Bahasa dan Pustaka yang tidak mempunyai apa-apa kuasa perundangan mampu untuk membendung nafsu pelampau-pelampau evangelis ini?
Ir Jamal dan ACCIN seharusnya tidak terperangkap di dalam agenda kumpulan pelampau evangelis. Isu yang ditimbulkan untuk perbincangan dengan DBP ini, jangan pula menjadi alat untuk sesetengah kumpulan sebagai modal kempen PRU 14 yang semakin dekat.
Jika mahu menghentikan perkara ini, ACCIN yang terlibat dengan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) hendaklah menyuarakan dengan tegas kepada kumpulan-kumpulan Kristian di dalam JKMPKA supaya menghormati keputusan mahkamah yang telah diputuskan beberapa tahun dahulu. Jika tidak mampu untuk berdepan dengan tututan tegar kumpulan Kristian di dalam JKMPKA, lebih baik ACCIN berundur dan beri laluan kepada wakil Islam yang tidak takut untuk mempertahankan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang di dalam JKMPKA.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.