Tuesday, 4 July 2017

Dasar Anti Negara Kementerian Kesihatan Malaysia? Tiba Masanya Subramaniam Letak Jawatan


Apabila beberapa pihak dari Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa syarat lulus Bahasa Melayu SPM dilonggarkan bagi jawatan Kontrak Pegawai Perubatan UD41, satu persoalan terlintas, apakah Menteri Kesihatan, Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan sudah terkena jangkitan kuman Anti Negara?

Apakah mereka lupa bahawa Malaysia punya Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menekankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan untuk semua rakyat Malaysia?

Apakah kerana masih ada rakyat yang gagal berbahasa Melayu dengan betul meskipun sudah diterima menjadi rakyat sejak lebih separuh abad lamanya, dijadikan alasan untuk melonggarkan syarat tersebut? Sebagai mereka yang terlatih di bidang perubatan dan kesihatan, diagnosis kepada permasalahan tersebut diselesaikan dengan prognosis yang tidak masuk akal?

Jika graduan tempatan tidak mampu berbahasa Melayu atau lulus Bahasa Melayu, maka sistem persekolahan vernakular itu yang perlu difokuskan dan dilakukan sesuatu bentuk pembetulan.

Bagaimana pula dengan majoriti pesakit yang bertutur dalam Bahasa Melayu, tetapi para doktor yang tidak faham bahasa ini, mahu membuat pemeriksaan dan faham punca sebenar masalah mereka?

Langkah Kementerian Kesihatan ini jika benar-benar mahu dilaksanakan, jelas satu langkah menuju ke belakang sejarah negara dan membawa negara ke zaman penjajahan.

Ia satu bentuk penghinaan kepada bapa-bapa pembina negara ini. Ia juga satu bentuk penghinaan kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan Tun Abdul Razak.

Jika benar Datuk Dr S Subramaniam mahu terus berdegil dan membenarkan Kementerian Kesihatan melaksanakan perubahan dasar ini, maka ia satu bentuk penghinaan jelas kepada Dasar Bahasa Kebangsaan.

Adalah lebih baik Menteri Kesihatan itu meletak jawatan jika beliau gagal memacu Kementerian di bawah tanggungjawab beliau untuk mematuhi Dasar Budaya Negara. Beliau harus buktikan bahawa beliau adalah menteri yang menyokong Dasar Kebudayaan Negara ini. Menghormati kedudukan Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan dan menghormati legasi bapa-bapa pembina negara ini.

Kita tidak mahu sebarang elemen Anti Negara berkeliaran di tempat-tempat tinggi dan strategik negara!

2 comments:

  1. Sudahlah menang Parlimen pun kerusi subsidi.

    ReplyDelete
  2. kerjaan segera melaksanakan hanya sekolah kerajaan yang ujud dalam Malaysia tiada sekolah jenis kebangsaan. Mengelak tak bolih berbahasa kebangsaan.....!

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.