Thursday, 29 June 2017

Zaid Ibrahim, Polis Akidah Sekular


Jika ingin berdoa di mana sahaja selepas ini, eloklah warga Malaysia berhati-hati.


Kini semua di bawah perhatian Zaid Ibrahim, Ahli DAP yang kini seolah-olah berperanan menjadi polis akidah sekular negara.

Mana-mana perbuatan yang melanggar akidah sekular, maka Polis Akidah Sekular Zaid Ibrahim ini akan segera menempelak dengan pantas.

Mujur polis akidah sekular wannabe seperti Zaid Ibrahim ini tidak diperuntukkan kuasa menghukum oleh Perlembagaan. Jika tidak, berkemungkinan akan diwujudkan gulag bagi menyumbat mana-mana pihak yang berdoa dan meminta lain-lain pihak berdoa dalam situasi-situasi tertentu.

Yang amat menghairankan, polis akidah sekular Zaid Ibrahim ini jugalah sentiasa mempromosi yang agama lebih selamat di bawah pentadbiran sekular.

Belum lagi Malaysia menjadi negara sekular, sudah ada figura seperti Zaid bertindak seolah gestapo fahaman tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.