Friday, 2 June 2017

Khairy Jamaluddin Menyelamatkan The Star.. Sekali Lagi


Putrajaya – Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin, sekali lagi bertindak sebagai penyelamat kepada kritikan demi kritikan yang sedang dihadapi The Star ekoran penerbitan muka depan yang meletakkan gambar umat Islam sedang beribadat bersama caption bertajuk “Malaysian terrorists leader”.

Tanpa seluar dalam merah di luar, Khary Jamaluddin akan sentiasa terbang pantas menyelamatkan situasi bilamana ada entiti yang digerakkan golongan yang cenderung kepada pembentukan komuniti muslim moderat (liberal) di Malaysia sedang lemas dalam kontroversi.

Apabila isu tanda salib di atas kawasan perumahan di Langkawi timbul, Khairy keluarkan kenyataan bahawa Malaysia terlalu banyak membuang masa dengan isu-isu bodoh.

Apabila timbul isu The Star ini, dia sekali lagi datang dengan merujuk segmen-segmen tertentu dalam masyarakat yang masih terlalu sensitif. Beliau juga dengan secara terbuka membuat kesimpulan sendiri mendahului siasatan Polis, dengan mengatakan isu tersebut hanya satu kesilapan editorial.

Sebelum itu beliau membuat lencongan fokus dengan mengkritik penguatkuasa agensi Islam yang menguatkuasa undang-undang menangkap muslim yang tidak berpuasa ketika isu penghinaan The Star sedang panas di dalam negara.

Khairy Jamaluddin dan Naib Ketua Pemuda UMNO, tidak pernah sepantas itu mengeluarkan apa-apa kenyataan bilamana isu-isu berkepentingan Islam timbul. Juga apabila Islam dihina, beliau dan Naib Ketua Pemudanya diam membisu. Mungkin, ini generasi kepimpinan tidak sensitif yang Khairy Jamaluddin mahukan.

Tetapi semua itu tidak pelik kerana Regina Lee, Setiausaha Akhbar kepada KJ, merupakan bekas wartawan The Star dan mempunyai hubungan baik dengan Ketua Pengarang akhbar tersebut. Blog Another Brick In The Wall sebelum ini, pernah mendakwa bahawa Regina menggunakan pengaruh Khairy Jamaluddin, untuk isu-isu berkepentingan evangelis.


Perkara 3.3 Artikel Perlembagaan UMNO meletakkan , UMNO berjuang untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama. Tetapi, Khairy seolah tidak mahu memperjuangkan perkara ini dengan penuh semangat.

Saidina Ali KRM, pernah berkata :

“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.”

Melihat Ketua Pemuda UMNO pada hari ini, jelas Islam di Malaysia tiada masa depan jika kepimpinan inilah yang mengambil tempat pemerintahan.

4 comments:

  1. Apa nak heran bro.
    Bini geng Sisters in Islam.
    Ofis penuh dengan Dapsters.

    Patut la Syed Hassan Perkasa pernah suruh Pemuda UMNO join NGO Pondan

    ReplyDelete
  2. Apa bendaaaa la si KJ niiiii...lebih baik diam la drpd becakap...kalau xnak pertahankan agama sendiri lebih baik diam laaaa...jgn memalukan seluruh penuda UMNO dalam Malaysia ni la woooiiii...patut TMJ sound ko tepek jer...bodoh sangat kau ni KJ

    ReplyDelete
  3. KJ masih muda dlm berpolitik teguran sebegini akan mematangkan beliau

    ReplyDelete
  4. KJ macam dah tak relevan untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana sudah meyimpang dari landasan yg Orang Melayu harapkan.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.