Thursday, 25 May 2017

Pemuda UMNO Sudah Hilang Minat Pertahankan Islam & Melayu-kah?



Kuala Lumpur - Pemuda UMNO di bawah kepimpinan YB Khairy Jamaluddin, dilihat seolah lesu dan kehilangan minat untuk mempertahankan isu-isu Islam dan Melayu di dalam Perlembagaan. Ia boleh dilihat pada kebisuan hampir semua kepimpinan sayap pemuda itu dalam semua isu yang menyentuh Islam.

Ketika isu demi isu tentang penghinaan terhadap Islam dilakukan, mereka mengambil jalan berdiam diri kerana bagi mereka, isu itu tidak akan mempopularkan mereka.

Pemuda UMNO masih dengan mentaliti ketagihan undi dari kumpulan yang sudah pasti dan telah membulatkan tekad untuk membenamkan UMNO selama-lamanya. Sebelum ini, Ketua Pemudanya membuat kenyataan mengenai sistem kuota di bawah Perkara 153 Perlembagaan.

Terbaharu pula, Naib Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Harun, seperti sudah hilang upaya untuk mempertahankan sistem Sekolah Kebangsaan dengan mencadangkan supaya Sistem Persekolah di dalam Bahasa Inggeris. Laporan Penyata Razak 1956 yang mengambil jalan sederhana antara tuntutan Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu, seolah-olah mahu diketepikan.

Perjuangan 71 tahun UMNO untuk membebaskan diri negara Malaysia ini dari penjajahan kelihatan amat sia-sia kerana perjuangan ini akan diwariskan kepada barisan pemuda yang bukan hanya tidak sensitif terhadap Agama Persekutuan, hilang upaya untuk bangun, berpenyakit koro perjuangan kerana hilang nafsu untuk berjuang, malah lebih cenderung ke arah pemikiran liberal, dan tidak ada self esteem yang tinggi untuk mempertahankan apa yang diperjuangkan generasi lepas UMNO.

Jika barisan Pemuda ini tidak berubah, UMNO hanya akan bertahan tidak lebih dari satu dekad dari sekarang.

3 comments:

  1. KJ nak main bola di North Korea..

    Apa punya lawak..
    ..drama mcm ni masih boleh diterima??

    Kj=kunan=ahmadmaslan=hasanmalek buang masa dan duit rakyat..

    ReplyDelete
  2. Mereka jaga periuk nasi, populariti dan sikap liberal masing2 agaknya. Hipokrat mungkin kp dan naib kp

    ReplyDelete
  3. Mereka jaga periuk nasi, populariti dan sikap liberal masing2 agaknya. Hipokrat mungkin kp dan naib kp

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.