Sunday, 7 May 2017

Cadangan BERTINDAK : Wong Chun Wai Sepatutnya Menjawab Secara Ilmiah

Kuala Lumpur - Memberikan respons kepada kenyataan yang dikeluarkan Barisan Bertindak Melayu Islam (BERTINDAK) yang mahu membawa kepada semakan kehakiman status sah pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada lebih 1.75 juta keturunan pendatang asing sebelum ini, Editor The Star, Wong Chun Wai memuatkan sebuah penulisan yang bukan hanya tidak menjawab aspek teknikal tuntutan tersebut, tetapi cuma memperlekehkannya sebagai satu usaha tidak masuk akal.

Menggunakan alasan bahawa warganegara Malaysia berketururan Cina dan India bersama-sama membina negara ini, merupakan satu alasan yang longgar bagi menjawab usaha membawa kes ini ke perhatian Mahkamah untuk diputuskan.



Perhatian yang dilihat melalui perkongsian-perkongsian media sosial dan sebagainya, menunjukkan terdapat segelintir golongan dari kalangan bukan Melayu, melalui media-media yang dikuasai mereka, seringkali melakukan hasutan dan tindakan provokatif ke atas umat Islam dan Melayu sehingga mengundang respons dari kumpulan seperti BERTINDAK.

Mereka, terutamanya Wong Chun Wai sendiri, seringkali melakukan provokasi melalui The Star, untuk menafikan Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara dan mendakwa Perlembagaan negara ini merupakan sebuah Perlembagaan Sekular.

Hindu Rights Action Force (HINDRAF) sendiri pernah cuba membawa kes bahawa mereka telah dianiaya oleh kerajaan British kerana meninggalkan mereka di Malaysia untuk hidup dalam kesukaran. 

Tindakan-tindakan dalam bentuk mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu di dalam Perkara 153, Hak Raja-Raja Melayu. Dan institusi-institusi Agama di bawah Sultan-Sultan negeri, juga sering dibuat oleh banyak pihak. 

Wong Chun Wai seharusnya menjawab dengan ilmiah dan bukan berleter dan meraban berkenaan isu cadangan kumpulan BERTINDAK.

1 comments:

  1. Hanya orang bodoh sahaja menggunakan alasan bahawa 'warganegara' Malaysia berketururan Cina dan India bersama-sama membina negara ini' untuk menolak semakan kehakiman status sah pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada lebih 1.75 juta keturunan pendatang asing.

    Berjuta-juta rakyat asing telah datang ke negara ini untuk bersama-sama membina negara ini tetapi mereka tidak mendapat kerakyatan negara ini dari dulu hingga sekarang. Apabila tamat tempoh perkhidmatan mereka, mereka pandai pula kembali ke negara asal mereka.

    Maka alasan atau fakta yang sama juga boleh digunakan kepada lebih 1.75 juta keturunan pendatang asing !

    Maka wajarlah semakan kehakiman status sah pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada lebih 1.75 juta keturunan pendatang asing dilakukan.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.