Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Wednesday, 22 March 2017

Beauty & The Beast : Bila Negara Diugut Kapitalis Kartun




Solidariti Rakyat berada teguh dibelakang negara ketika mana terdapat bunyi-bunyi konflik Korea Utara akan memburuk lagi. Tahniah kepada kepimpinan negara yang berdiri teguh mempertahankan prinsip-prinsip serta nilai-nilai sebuah negara yang bermaruah ketika diugut Duta Korea Utara.

Timbul pula masalah dengan sebuah produk dari sebuah syarikat terkenal menghasilkan kartun dan animasi. Beauty & The Beast dikatakan memuatkan sebuah adegan yang dikatakan cuba mengangkat pengiktirafan budaya homoseksual ke arus perdana.

Sebagai sebuah negara dengan Islam sebagai Agama Bagi Persekutuan (Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan) & Pemerintah tertinggi negara, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, bersumpah untuk memelihara Islam pada semua masa, adalah menjadi tanggungjawab semua agen dan agensi kerajaan untuk memastikan apa sahaja yang berada di dalam negara ini, tidak bertentangan dengan Islam dan nilai-nilai Budaya Kebangsaan.

Tahniah diucapkan kepada usaha Lembaga Penapisan Filem untuk bertegas tidak tunduk kepada kedegilan Disney sebelum ini yang tidak mahu memotong adegan yang dimaksudkan. 

Walaubagaimanapun, ketegasan itu tidak berlangsung lama. Semalam diumumkan di dalam sebuah akhbar, bahawa tayangan Beauty & The Beast kembali dibenarkan tanpa suntingan adegan tersebut.

Lebih teruk apabila ada pula menteri dan pemimpin politik yang membuat kenyataan mempersoalkan peranan LPF dalam menjaga moral penduduk Malaysia.

Persoalan demi persoalan timbul? Mana perginya rasa hormat kepada kedudukan Islam dalam Perlembagaan? Mana perginya Dasar Kebudayaan Kebangsaan? Apakah ianya telah ditongsampahkan?

Berhadapan dengan situasi kedegilan gergasi kapitalis ini dan tindak tanduk flip flop yang gagal mempertahankan maruah negara dalam menentukan apa yang terbaik untuk negara ini, umat Islam tiada pilihan lain kecuali bangkit menggunakan semua bentuk pilihan yang ada untuk menyatakan bantahan mereka.

Boikot sahaja semua produk Disney. Boikot juga pemimpin politik yang longgar lutut menekan Lembaga Penapisan Filem Malaysia bila disergah oleh Kartun. Dengan Kartun pun lemah lutut, apakah boleh diharap pemimpin seperti ini berani angkat muka dengan negara dengan keupayaan membuli yang lebih besar?