Friday, 10 February 2017

Kontroversi Berus Babi: Hak Muslim Cuba Dinafikan Lagi?

Ketika umat Muslim senang dengan tindakan pantas pihak bertanggungjawab dalam menangani isu ‘berus babi’, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kenyataan menteri supaya ianya diberhentikan serta-merta. Menteri KPDNKK, Hamzah Zainudin kelmarin dilaporkan supaya operasi yang sedang rancak dilakukan oleh badan penguatkuasa diberhentikan serta-merta.

Alasan yang diberikan ialah untuk “mengekalkan keharmonian sesama kaum dan untuk mengelakkan daripada polemik agama berterusan”?

Kelmarin juga CENBET yang diketuai salah seroang bekas pemimpin MCA, Gan Peng Sieu, yang banyak menyentuh tentang isu-isu dan sensitiviti Islam dan Muslim di Malaysia mahu isu tersebut dilihat selain daripada isu agama. Nampak hak Muslim untuk mengamalkan cara hidup Islam seperti yang termaktub kemas dalam Perlembagaan Persekutuan semakin hari semakin terhakis.


Hal sensitiviti agama mahu dilayan seperti ‘business as usual’ dan tiada apa yang harus dirisaukan. Negara ini bukan negara sekular, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan jelas menegaskan hal itu. Tidak cukup dengan itu sumpah penjawatan Yang di-Pertuan Agong untuk sentiasa memelihara Islam dengan jelas membuktikan tidak ada yang sekular tentang negara ini. Namun kenapakah terdapat pihak-pihak yang seolah-olah mahu isu ini disekularkan?

Apakah logiknya operasi yang baik itu dihentikan? Bagaimana dengan hak pengguna Islam? Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) masih mahu ianya diteruskan. Operasi yang dijalankan juga dapat meningkatkan kesedaran kepada peniaga dan pengguna. Ianya sesuatu yang baik.

Adakah hanya kerana nak memuaskan hati sesetengah pihak, operasi ‘berus babi’ terpaksa dihentikan? Sekali lagi Muslim melihat isu ini sebagai satu lagi usaha untuk menafikan hak mereka untuk mempraktikan Islam seluas-luas seperti yang termaktub dalam perundangan tertinggi negara. Sekali lagi juga Muslim akan melihat ini sebagai campurtangan bukan Islam dalam hal ehwal umat Islam. Namun bolehkah kita menyalahkan mereka?!

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.