Tuesday, 31 January 2017

'Little Napoleon' Mana Yang Bela Boo Su Lyn Sampai Kebal Berkali-Kali Menghasut?!

Wartawan ini pernah gempar kerana melanggar etika kewartawanan apabila menyelinap masuk ke sebuah majlis penerangan tertutup dengan selendang kemas rapi di kepala. Majlis penerangan yang diadakan itu dengan jelas mengarah pihak media supaya keluar meninggalkan dewan, namun Boo Su Lyn dilaporkan dengan lengkap berbaju kurung, mungkin cuba berpura-pura sebagai Muslim, tetap tidak berganjak. Akhirnya isi penerangan tertutup tersebut dibocorkan kepada umum. Isu tersebut menjadi riuh seketika apabila pertubuhan tersebut membantah perbuatan tidak beretika beliau. Laporan polis juga telah dibuat rentetan daripada peristiwa itu namun setelah beberapa ketika kes tersebut seperti dilupakan.

"Lol. My shawl/headscarf helped a lot. :)"
Jadi tidak hairanlah apabila wartawan ini dikatakan masih bebas mempraktikkan kewartawan tidak beretika beliau seperti yang didakwa beberapa pihak. Pada tahun 2013 ketika RCI berkenaan dengan projek IC di Sabah berlangsung, Boo Su Lyn dituduh yuseriyussof.blogspot.com telah “SPIN Keterangan Saksi”. Kononnya laporan yang disediakan oleh Boo Su Lyn bahawa lebih 16000 resit bernilai lebih kurang RM1 Juta dijual untuk membolehkan pendatang asing mengundi. Walhal mengikut transkrip yang disediakan blog tersebut, bahawa motif ianya dijual adalah untuk duit dan keuntungan. Persoalannya jika benar dakwaan blog tersebut, kenapah wartawan seperti Boo Su Lyn melaporkan sebaliknya?

Nampaknya setelah dua kali ‘terlepas’ dengan perbuatan tidak beretika wartawan ini maju selangkah lagi, apabila pada 2 Oktober 2015 cuba menghasut supaya Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan dimansuhkan. Dalam penulisan tersebut Boo Su Lyn antara lain mahu Undang-Undang Islam dan Jabatan-JabatanAgama Islam Dimansuhkan dan Orang Islam harus dibiarkan bebas dengan gaya hidupyang mereka sendiri mahu. Hal ini juga ditulis panjang lebar oleh blogger A Karim Omar.

Tidak cukup dengan itu, Boo Su Lyn juga pada satu artikel yang bertarikh 5 Oktober 2015 menggunakan seorang ‘Adam’ (bukan nama sebenar)untuk mengkritik dan mempersoalkan sekatan terhadap dakwah bukan Islam kepadaorang Islam seperti yang jelas termaktub pada Perkara 11(4) PerlembagaanPersekutuan yang “boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam”. Dan beliau terlepas lagi.

Sudah Terang Lagi Bersuluh
Terkini Boo Su Lyn ditemplak Ahmad Ali, yang berpandangan bahawa penulisan wartawan Malay Mail Online yang bertajuk “Why we must stand up against Hadi’s Bill” bersifat ‘seditious’ kerana sarat dengan “false, slanderous and malicious accusations that undermine Islam, the religion of the Federation.” Blogger tersebut berpandangan bahawa penulisan tersebut bertentangan dengan ‘decree’ bekas DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang dibuat di Parlimen pada 7 Mac 2016 lepas. Malah Boo Su Lyn juga tiada hak berperlembagaansebagai warganegara Malaysia untuk masuk campur dalam hal ehwal urusan Islamapatah lagi untuk mempersoalkan cara perundangan Syariah berjalan di Malaysia.

Namun kenapakah agaknya, Boo Su Lyn seperti kebal dan tiada tindakan diambil walaupun sudah berpuluh laporan polis dibuat ke atas beliau? Apakah ada dalam masyarakat kita satu pihak yang kebal undang-undang yang mampu pula melindungi individu-individu yang pihak tersebut mahu? 

Persoalannya, jika ada, siapakah ‘Little Napoleon’ tersebut yang berlagak seperti godfather kepada Boo Su Lyn dan kumpulan medianya?

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.