Saturday, 21 January 2017

Azrul Khalib ‘hero’ Seksualiti Merdeka Kepalai BEBAS!

Polemik antara PAS berkenaan dengan himpunan raksasa yang bakal diadakan pada 18hb Februari kelak mendapat tentangan baru daripada sebuah ngo yang dikenali sebagai BEBAS. NGO yang dikepalai oleh tokoh LGBT, Azrul Mohd Khalib yang juga merupakan kolumnis sebuah portal liberal tempatan.

BEBAS membawa perjuangan, ‘Sekular dan Saksama’, seperti yang dapat dilihat pada wall mukabuku gerakan tersebut. ‘Sekular’ tentunya memperjuangkan supaya hal ehwal Islam dipisahkan daripada urusan kenegaraan dan ini jelas bertentangan dengan Perkara 3(1) yang dengan jelas menyatakan bahawa ‘Islam adalah Agama bagi Persekutuan’.



‘Saksama’ pula sekali imbas mungkin membawa konotasi yang tidak berbahaya malah murni kerana memperjuangkan kesaksamaan. Tetapi jika diamati dengan lebih mendalam ianya sebenarnya mahu mengetengahkan perjuangan hak sama rata LGBT seperti yang diperjuangkan di negara-negara Barat yang jelas membelakangkan Agama dan Tuhan. Adakah jika menang kelak, BEBAS akan menganjurkan ‘kahwin sejenis’?

Jika pun ianya berlaku, sememangnya ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Azrul Mohd Khalib yang mengepalai BEBAS sebenarnya merupakan seorang tokoh LGBT tegar. Pembabitan beliau memperjuangkan LGBT di Malaysia seawal ‘Seksualiti Merdeka’ lagi, satu lagi pertubuhan yang dikepalai oleh aktivis seni indi, Pang Khee Teik.

Namun apa yang lebih menghairankan ialah tokoh LGBT seperti Azrul Khalib semakin diterima korporat Malaysia. Banyak syarikat besar tempatan dan beberapa GLC dikenal pasti mendanai gerakan liberal dan sekular seperti IDEAS yang mana, Azrul Mohd Khalib memegang jawatan sebagai Pengurus, Hubungan Luar. Khabarnya juga IDEAS sedang bekerjasama dengan beberapa jabatan kerajaan berhubung dengan dasar-dasar tertentu?!

Dan ini sememangnya amat menggerunkan!

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.