Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Friday, 30 December 2016

Gan Peng Sieu (MCA) Berlagak Menteri JAKIM?!

Gan Peng Sieu ahli politik MCA 'pencen' yang mengepalai CENBET (Center For Better Tomorrow) telah mengeluarkan kenyataan kononnya jurudiksi pengawalan halal JAKIM hanya terhad kepada produk makanan saja dan bukannya premis perniagaan yang mempunyai sijil halal. Jadinya, mengikut pandangan sempit beliau, JAKIM tidak sepatutnya menyalah gunakan kuasa mereka dengan menghalang kemasukan makanan yang dibawa oleh pelanggan sesuatu premis yang diragui status halalnya.

Hal ini rentetan daripada kenyataan media yang dibuat sebuah francais makanan segera bahawa larangan kemasukan kek harijadi yang diragui status halalnya adalah selari dengan panduan halal yang harus dipatuhi mereka. Sebagai sebuah perniagaan, francais makanan gergasi tersebut boleh memberikan alasan yang jauh lebih mudah seperti 'makanan luar tidak dibenarkan'. Tetapi sebaliknya yang berlaku.

Lalu perkara tersebut menjadi polemik di sosial media dengan ada yang menyalahkan syarikat tersebut sehingga ada yang mahu memulakan boikot premis makanan segera tersebut dan tidak kurang juga yang menyalahkan JAKIM dan Islam. 

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/12/30/cenbet-halal-certification-should-be-for-food-only-not-premises/

Lalu Gan Peng Sieu daripada sebuah parti yang boleh dianggap sebagai parti jenazah politik, hidup segan mati tidak mahu, tiada merit, malah bagaikan ditanggung seperti biawak hidup mengikut pepatah orang-orang Melayu dan bergantung hidup kepada life support pengundi Melayu, berlagak seperti tuan besar, melangkah kuasa YDP Agong untuk menentukan cara dan bagaimana JAKIM harus beroperasi.

Gan Peng Sieu yang jelas buta dan tuli terhadap keperluan halal, mahu makanan tidak halal dibenarkan dibawa masuk ke premis-premis makanan halal tanpa mengira sensitiviti Muslim yang berhak dibawah peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan patuh dan beramal dengan ajaran agama Islam.

Gan Peng Sieu harus segera mendaftar untuk memasuki kelas pencerahan Perlembagaan. Mungkin kutipan derma kilat boleh dibuat untuk mendaftarkannya sehingga beliau faham dengan sebenar-benar faham mengenai Perkara-Perkara yang tersebut di dalam Perlembagaan. Beliau harus belajar sehingga beliau faham bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Gan Peng Sieu dan golongan "Penceroboh Hak" sepertinya untuk mengamalkan amalan atau kepercayaannya dengan syarat khusus bahawa ia mesti diamalkan dengan penuh aman dan damai.

Dalam keputusan Mahkamah Rayuan di dalam Roman Titular Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri Dan Lain yang diputuskan pada Oktober 2013, salah satu teks penghakiman menegaskan bahasa perkataan ‘aman dan damai’ di dalam Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan membawa maksud melindungi agama Islam daripada sebarang bentuk ancaman.

Siapa Gan Peng Siu dan CENBET sebenarnya? Benarkah mereka benar-benar mahukan "Hari Esok Yang Lebih Baik" atau "Mahu Merosakkan Keharmonian Hari Ini Untuk Hari Esok Yang Hancur Berkecai"?

Demi "Hari Esok Yang Lebih Baik", kelompok bukan Islam seperti Gan Peng Sieu patut belajar kunci mulut!

Thursday, 15 December 2016

Keceluparan Ahok & Kebiadaban The Star

Basuki Tjahaja Purnama, si Gabenor Jakarta yang terkenal dengan panggilan ‘Ahok’ sedang menghadapi perbicaraan menghina Islam. Beliau dituduh menghina Al-Quran apabila mengatakan bahawa orang ramai tidak patut tertipu dengan Surah Al Maidah ayat 51 supaya tidak melantik bukan Islam dikalangan pemimpin-pemimpin mereka kelak. Gabenor Kristian itu bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya pertuduhan tersebut sambil menitiskan air mata (takut, malu, kesal, bersalah?) ketika membacakan pernyataan balas semasa perbicaraan bermula, semalam.

Walaubagaimanapun ramai yang telah melaporkan Ahok kepada pihak berkuasa berpandangan bahawa sebagai seorang bukan Islam, dia tidak mempunyai hak untuk memberikan makna kepada ayat 51 Surah Al Maidah yang merupakan sebahagian daripada hak asasi umat Islam untuk menjalankan perintah agama mereka, termasuklah untuk patuh kepada larangan untuk mengambil Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin.

Demo Massa Anti Ahok

Sejurus selepas itu ribuan telah turun ke jalanan di Jakarta mahukan Ahok, Gabenor berketurunan Cina dan beragama Kristian yang pada awalnya dicanang-canang sebagai lambang keharmonian Indonesia, kini telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menghina agama. Ahok juga menurut para pendemo telah merosakkan 'bhinneka' rakyat Indonesia dengan kebiadaban yang ditunjukkan terhadap Islam. Dan ditengah-tengah kekalutan itu muncul sekumpulan warga yang memberikan roti ‘gratis untuk mujahid’.

Namun berlaku salah faham apabila ramai yang beranggapan bahawa pengeluar jenama Roti Sari (jenama roti yang diedarkan percuma), PT Nippon Indosari Corpindo menyokong demo anti Ahok itu. Perusahaan tersebut kemudiaannya mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan menyokong demo massa itu sambil menegaskan bahawa sebagai sebuah perusahaan mereka memegang teguh kepada moto ‘Bhinneka Tunggal Ika’ (kesatuan dalam kepelbagaian) dan ini menimbulkan kemarahan sekumpulan netizens yang berkempen mengajak Roti Sari diboikot umum.

Selepas kes boikot produk keluaran Denmark dan Belanda, kuasa beli Muslim sekali lagi digunakan untuk menyatakan pendirian atau bantahan terhadap sesuatu isu yang bersangkut rapat dengan sentimen Muslim.

Poster Konsert Tanpa Tatu Kalimah Allah Pilihan Penganjur Konsert

Dari sisi itu nampaknya banyak juga yang perlu Muslim di Malaysia pelajari daripada Muslim di Indonesia. Sebagai contoh, yang terbaru sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris utama buat kali kedua telah menghina Islam dan umatnya dan untuk kesekian kalinya juga meminta maaf.

Pertama kalinya apabila akhbar tersebut mendakwa, bahawa sidang pengarang mereka dan wartawan mereka yang beratus ramainya itu, tidak tahu akan bentuk ‘kalimah Allah’, seperti yang tertera pada tatu penyanyi Erykah Badu suatu ketika dulu. Kes tersebut telah mendapat bantahan ramai dan pihak atasan. Akhbar tersebut kemudiaannya memohon maaf dengan alasan gampang tidak tahu. Konsert Erykah Badu dibatalkan. Dua orang editor akhbar tersebut kemudiaannya digantung. Dua editor lain, kononnya untuk menjaga sensitiviti Muslim diangkat naik (di mana mereka sekarang agaknya?).

Yang terbaru kumpulan media gergasi itu telah menghina Ketua Agama Islam Persekutuan Malaysia, yang telah bersumpah untuk memelihara Agama Islam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V apabila ‘meng-Almarhum-kan’ Sultan Ismail Petra, ayahanda kepada YDP Agong ke-15 itu.

Perbuatan biadab dan culas yang langsung tidak mengambarkan tahap profesional yang tinggi salah sebuah konglomerat media terbesar negara diakhiri dengan kumpulan media tersebut sekali lagi memohon maaf. Ini bukan isu kecil dan ramai mengatakan sukar untuk mempercayai bahawa ianya tidak disengajakan. Dengan puluhan ramai pengarang yang berkhidmat dengan kumpulan media tersebut, takkanlah fakta berkenaan dengan nama rasmi YDP Agong yang baru juga gagal diperolehi? Hakikatnya ianya bukan sebuah akhbar nyamuk. Juga bukan sebuah blog yang hidup segan mati tidak mahu. Bukanlah sebuah akhbar asal Singapura. Ia juga harus berhenti 'berlagak' seperti sebuah akhbar pendatang. Sesungguhnya peristiwa sebegini sangatlah kelakar, to say the least. Kumpulan media tersebut seperti tidak pernah ada rasa takut, atau malu, mahupun kesal atau rasa bersalah dengan keculasan yang acapkali dipamerkan.

Mungkin juga kumpulan editor di kumpulan akhbar berkenaan patut digelar sebagai 'idiotors' kerana gagal teruk dalam 'fact checking'. Bodoh juga sebab dalam industri maklumat tetapi sering buta fakta.

Group MD/CEO, Group Chief Editor, Editor In Chief, Specialist Editor, Executive Editors, Deputy Executive Editors, General Manager Group Editorial Business Development, Chief News Editor, Editor Sunday Star, Editor StarEducate, Editor StarSports, Specialist Editor, Senior Business Editor, Editor StarMetro, Associate Editor, Senior Editors, Editors, Editor Star Online, Senior Production Editor, 'sekoq pun tak tau hujung pangkal'??
Hakikatnya disebalik bertahun-tahun keberadaan ruangan IKIM views, ada juga tokoh pengamal media veteran dungu dan bebal seperti Wong Chu Wai. Yang lebih mengecewakan ialah bukan saja, penghina-penghina Islam dan umatnya di akhbar tersebut berjaya bersembunyi disebalik alasan gampang dan tidak dihadapkan ke muka keadilan, malah kita juga belum mahu memboikot akhbar tersebut menggunakan kuasa beli yang Allah SWT anugerahkan kepada kita?!

Thursday, 8 December 2016

Isu Militan LGBT Bersih-Kenyataan Media Jaringan Muslimin Pulau Pinang

Kami kumpulan badan-badan ngo Muslim mengutuk keras tindakan sekumpulan NGO pro LGBT yang telah mengeluarkan kenyataan bersama untuk mengkritik kenyataan yang berteraskan undang-undang dan berperlembagaan Ketua Pegawai Eksekutif, Centre for Human Rights and Advocacy (CENTHRA), Encik Azril Mohd Amin.

Kami menggesa supaya kumpulan NGO tersebut tidak membelakangkan perlembagaan negara semata-mata mahu memperjuangkan golongan LGBT supaya berterusan terjebak dengan jenayah seks luar tabii atas alasan apa sekalipun.



Kami ingin mengingatkan bahawa Perlembagaan Persekutuan pada perkara 11(5) tidak membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Kami mahu kumpulan NGO  pro LGBT tersebut  sedar bahawa tiada sebarang peruntukan undang-undang atau mana-mana agama di negara ini yang membenarkan kelakuan seks luar tabii LGBT? Bagaimana mungkin perbuatan seks luar tabii LGBT yang termaktub sebagai jenayah menurut perundangan sivil seperti Seksyen 377A dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan diterima masyarakat majmuk Malaysia yang terkenal dengan adab ketimuran. Ia juga jelas menyalahi perundangan syariah negara dan adakah perbuatan jenayah luar tabii tersebut patut dibiarkan berleluasa dan menjadi bertunjang menjadi budaya yang akan berakhir dengan pendemik HIV dan AIDS?

Kami juga ingin menuntut pihak berkuasa supaya menilai tuntutan kumpulan pro LGBT ini yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan negara. Kami menuntut pihak berkuasa supaya segera menyiasat setiap satu badan ngo-ngo yang menyokong kenyataan kumpulan LGBT kerana cuba mengajak, menyokong dan mempromosikan aktiviti jenayah dalam negara.


Ustaz Mohamed Hafiz Bin Mohamed Nordin

Pengerusi
Jaringan Muslimin Pulau Pinang



  1. Jaringan Muslimin Pulau Pinang
  2. Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang 
  3. Persatuan Mukabuku Pulau Pinang
  4. Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang(GPEM)
  5. Persatuan Anak Jati Melayu (PAJIM)
  6. Raudhatul Huda (RH)
  7. Badan Anti Liberal (BADAI)
  8. Sekretariat Dakwah Pulau Pinang (SDPP)

Tuesday, 6 December 2016

Rohingya & Hipokrasi Hak Asasi Barat!

Barat seringkali mengajar kita tentang hak sama rata dalam kehidupan seharian kita untuk berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Barat juga seringkali pantas menuding kepada mana-mana negara atau masyarakat yang gagal untuk mengagungkan kesamarataan hak sesama manusia. Pendek kata Barat adalah pejuang papan atas hak kesamarataan setiap insan di dunia ini.

Pada Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu, kita (terutamanya Muslim yang tidak mahu mengiktiraf ini mengatasi hukum Allah SWT) diajarkan bahawa:

Artikel 1-Semua manusia itu bebas dan sama dan mereka perlulah saling berbuat baik sesama manusia.

Artikel 2-Semua orang berhak ke atas deklarasi yang ditetapkan ini tanpa perlu ada sebarang diskriminasi ke atasnya berdasarkan latar belakang bangsa, warna kulit, bahasa, agama, politik atau pandangan lain, kebangsaan atau latar belakang sosial, lahir atau lain-lain status. Malah perbezaan tidak boleh dibuat berdasarkan asas politik, undang-undang atau status antarabangsa sesebuah negara atau kawasan seseorang itu berasal dalam bentuk pemerintahan apa sekalipun negara tersebut.

Artikel 3-Semua berhak hidup, bebas dan selamat.

Artikel 4-Sesiapapun tidak patut dijadikan hamba atau diperhambakan dan perdagangan hamba patut dihapuskan dalam bentuk apa sekalipun.

Selebihnya sila lawati di sini. Namun membaca dan mengamati butiran-butiran tersebut, benak mula berfikir kenapakah tiada tindakan diambil oleh Badan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas penghapusan etnik Rohingya yang sedang berlaku di Myanmar oleh 'kerajaan' Myanmar sendiri?


Kopi & Nan Anyone?

Adakah hanya kerana mereka ini beragama Islam, sama seperti Bosnia di Eropah dulu, maka Barat kali ini juga hanya mahu tengok saja tanpa berbuat apa-apa?

Puluhan kampung dibakar dan dimusnakan dan puluhan ribuan lagi manusia hilang tempat tinggal dan menjadi pelarian, kenapakah Soros, dan yayasan kemanusiaannya, Open Society Foundation (OSF) tidak datang menghulurkan dana untuk membaik puluh tempat tinggal, bantuan perubatan dan makanan seperti yang diberikan kepada Malaysiakini, Bersih, dan beberapa badan bukan kerajaan yang condong kepada pembangkang?

Apakah agaknya akan berlaku jika sekumpulan LGBT dibunuh, dibakar dan digantung beramai-ramai mengambil tempat di sebuah negara yang mempunyai majoriti penduduk Muslim? Adakah NATO akan segera datang membantu kumpulan LGBT tersebut atas alasan kemanusiaan sejagat?

Adakah juga ketika itu nanti barulah Bangsa-Bangsa Bersatu mahu mengambil tindakan serius berbanding dengan kenyataan acuh tidak acuh Kofi Annan (Pengerusi Rakhine State Advisory Commision) bahawa apa yang berlaku kepada Rohingya di Myanmar kini, tidak lebih kepada ketegangan diantara kaum penganut Buddha dan minoriti Muslim.

Barat dan Hipokrasi memang sering berjalan seiringan! PBB juga tidak berkecuali!

Friday, 2 December 2016

Pindaan Akta 355 & Kerjasama UMNO-PAS

Perdana Menteri sekali lagi mahu semua pihak berhenti daripada mempolitikkan isu Pindaan Akta 355. Beliau sekali lagi memberi jaminan kepada pihak bukan Islam bahawa ianya tidak ada kena-mengena dengan Pindaan Akta 355 dan mereka tidak harus bimbang. Kita harap tidak ada lagi pihak yang menangguk di air yang keruh setelah penjelasan terbaru ini.

Beliau juga menerangkan bahawa satu bentuk kerjasama yang bersejarah di antara UMNO dengan PAS untuk terus memperkasakan Mahkamah Syariah dengan kerajaan mengambil alih pembentangan Pindaan Akta 355 daripada Ahli Parlimen Marang, Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Semalam sayap Wanita dan Puteri UMNO telah menggesa pihak kerajaan supaya komited untuk memperkasakan institusi Mahkamah Syariah. Malah Ketua Wanita UMNO juga telah mencadangkan supaya diadakan Majlis Peguam Syarie dengan perkenan Majlis Raja-Raja supaya institusi Mahkamah Syariah dapat diperkasakan dengan lebih berkesan.


Semoga kerajaan amnya dan UMNO khasnya dapat melihat kehendak akar umbi umat Islam di negara ini yang sangat tagihkan pemerkasaan Mahkamah Syariah, supaya ianya kelak tidak boleh dipandang enteng oleh sesetengah pihak dan yang paling penting supaya keadilan dapat ditegakkan selaras dengan kehendak syariah.

Namun kelihatan seperti terhadap halangan dan cabaran daripada beberapa pihak untuk mengekang Pindaan Akta 355 daripada diluluskan di Parlimen kelak. DAP menuduh ianya bertentangan dengan nilai sekular negara kita. Walaupun Islam adalah Agama bagi Persekutuan, parti cauvanis yang sering dilabel 'anti Islam' itu sering mengatakan bahawa negara ini adalah sebuah negara sekular. 

Kerajaan nampaknya memerlukan segala bentuk sokongan daripada semua pihak yang menyokong usaha untuk memperkasakan institusi Mahkamah Syariah seperti yang sedang diusahakannya. Berdepan dengan halangan yang mengunung, jika UMNO perlu bekerjasama dengan parti PAS untuk merealisasikan Pindaan Akta 355 atau mana-mana parti politik sekalipun untuk merealisasikan Pindaan Akta 355, jika itulah yang dikehendaki rakyat, persoalannya kenapa tidak?!

Thursday, 1 December 2016

Menjelang PRU-14-MCA Masih Dalam Sindrom 'Denial'!

Semalam Khairul Azwan Harun menegur tegas orang Cina supaya bersedia untuk menerima kenyataan jika masih memilih untuk menolak Barisan Nasional (BN) dan beliau juga mahu persetujuan sesama BN harus dikaji semula kerana terdapat parti komponen yang tidak menyumbang seperti yang sepatutnya.

Naib Ketua Pemuda UMNO itu mengingatkan lagi jika orang Cina menolak BN dan terus-menerus menyokong parti DAP yang ‘anti Islam’, dalam pilihanraya akan datang seperti beberapa pilihanraya sebelum ini, tidak dapat tidak ini akan membuatkan UMNO dan beberapa parti Bumiputra lain akan menubuhkan kerajaan yang tidak mempunyai wakil daripada kaum Cina.

Adalah menjadi kebiasaan sekiranya kerajaan itu nanti lebih menumpukan kebajikan kepada kumpulan yang meyumbangkan kepada kemenangan mereka kelak. 

Beliau menambah pembangunan strategik seperti lapangan terbang dan sebagainya, boleh dipindahkan daripada Pulau Pinang ke Kedah ataupun Perak. Ini termasuk dengan permintaan untuk memansuhkan sekolah-sekolah vernakular. 

https://helenang.wordpress.com/2016/11/24/ruu-355-reps-from-mca-forget-theyre-elected-by-muslims/

Katanya lagi jika banyak bantuan diberikan kepada sekolah vernakular tetapi sokongan yang diterima tidak setimpal, ianya adalah sia-sia. 

Hari ini dengan tangkas sekali Presiden MCA Liow Tiong Lai yang dua-tiga kali telah membuat ugutan mahu meletakkan jawatan sekiranya Pindaan Akta 355 diluluskan di Parlimen Malaysia, menegur mengatakan bahawa sokong kaum Cina yang berkurangan bukanlah masalah MCA semata-mata tetapi masalah kolektif Barisan Nasional.

Amat menduka-citakan apabila menjelang PRU-14, MCA nampaknya masih tidak mempunyai strategi yang kuat tetapi masih mahu mengharapkan pengundi Melayu/Islam untuk memberikan kemenangan kepada parti tersebut. MCA juga masih tidak mahu mengaku kegagalan lebih sejuta ahli parti tersebut yang tidak mengundi MCA sebaliknya memilih untuk mengundi DAP. MCA masih mahu menafikan yang parti itu ditolak oleh kaum Cina. MCA kini hanya hidup dengan ehsan UMNO atas kerusi majoriti Melayu.

Memang mentaliti subsidi juga parti politik Cina yang satu ini!

Wanita UMNO & Puteri UMNO Sokong Pindaan Akta 355

Pemerkasaan perundangan dan institusi Mahkamah Syariah antara agenda yang turut diangkat Pergerakan Wanita dan Puteri Umno hari ini bagi kepentingan umat Islam di negara ini.
Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno 2016, hari ini mengumumkan pergerakan itu menubuhkan satu jawatankuasa pemandu sebagai tindakan susulan supaya resolusi Sidang Meja Bulat Syariah dapat diperjuangkan.
Katanya ia akan dijadikan antara agenda utama sayap tersebut untuk diperjuangkan tahun depan.
“Wanita percaya, sudah tiba masanya institusi Mahkamah Syariah dimartabatkan, setaraf dengan mahkamah sivil.
“Kita mendesak supaya cadangan mewujudkan 5 hierarki Mahkamah Syariah, yang diluluskan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam dipercepatkan,” katanya.
Wanita Umno pada 15 Nov lepas menganjurkan Sidang Meja Bulat Syariah yang membincangkan topik mengenai Penyeragaman Undang-Undang Syariah; Perundangan Perwarisan; dan Pemerkasaan Mahkamah Syariah.
Melalui resolusi itu, cadangan supaya undang-undang berkaitan warisan orang Islam dipinda, untuk mengkhususkan isu perwarisan harta pusaka orang Islam, diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, dan satu peruntukan penalti dalam Undang-Undang Jenayah Syariah bagi sesiapa yang ingkar perintah
tersebut.

https://akarimomar.wordpress.com/

Katanya beberapa resolusi lain turut dipersetujui untuk memperkasakan lagi Mahkamah Syariah antaranya menambah jumlah hakim wanita, bailif, pencatat/pembantu mahkamah dan peguam di jabatan guaman.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam ucapan dasar beliau pula mencadangkan agar Majlis Peguam Syarie ditubuhkan untuk meningkatkan profesionalisme dan integriti peguam syarie.
Menurut Mas Ermieyati, walaupun banyak penambahbaikan dilakukan Mahkamah Syariah sejak 2001, ia didapati tidak diikuti dengan usaha untuk meningkatkan profesionalisme dan integriti dalam kalangan peguam syarie.
Katanya profesionalisme dan integriti akan turut menyumbang kepada kelancaran dan kepantasan di Mahkamah Syariah.

pautan asal: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/30/umno-wanita-puteri-gesa-perkasakan-undang-undang-syariah/