Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Wednesday, 29 June 2016

Sejak Bila DYMM Sultan Pahang Mesti Terima Arahan Aziz Bari DAP?

Kami merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang. Kami mencari nama Aziz Bari. Tidak berjumpa. Kami mencari, sama ada Sultan Pahang mesti menerima arahan, desakan atau nasihat dari mana-mana ahli DAP, carian itu turut tidak mendatangkan sebarang hasil. Tiada sebarang Perkara di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang yang mewajibkan serta menyatakan Sultan Pahang mesti menerima nasihat atau desakan daripada Aziz Bari.



Oleh kerana Aziz Bari merupakan ahli DAP, kami mencari apa peranan ahli DAP seperti Aziz Bari di dalam Perlembagaan DAP. Rupa-rupanya, Aziz Bari sebagai ahli DAP, harus setia kepada prinsip, perlembagaan, program dan polisi parti.

Klausa 4 Perlembagaan DAP mewajibkan beliau untuk taat kepada DAP. Jadi tidak hairanlah, beliau sanggup menjadikan dirinya sebagai suara DAP untuk mendesak Sultan Pahang, seolah-olah Sultan Pahang perlu menerima nasihat daripada beliau.

Menjadi ahli DAP bukan satu lesen untuk berlaku biadab dengan Sultan dan Raja-Raja Melayu. Negara dan negeri-negeri mempunyai sistem yang perlu dihormati. Sebagai seorang yang sentiasa diangkat sebagai Pakar Perlembagaan, Aziz Bari harus tahu bahawa perlakuannya mendesak Sultan Pahang itu, adalah sesuatu yang ditafsirkan sebagai perbuatan yang tidak beradab.

Kami menyeru Aziz Bari dan semua orang Melayu termasuk Cina bernama Melayu (jika ada) dalam DAP supaya tidak menjadi alat untuk kepentingan pihak lain dan tidak perlu membabitkan Sultan & Raja-Raja Melayu ke dalam polemik politik kebencian mereka!



Tuesday, 28 June 2016

Tafsir Radikal Sempit Dr Rozaimie Amat Membahayakan

Apabila Datuk Abdul Rahman Osman, Mufti Pahang, meletakkan perlakuan dan pemikiran yang menentang usaha mendaulatkan undang-undang syariah Islam di dalam negara ini di dalam kategori Kafir Harbi dan harus ditentang, semua umat Islam di dalam negara faham bahawa penentangan itu akan dibuat di dalam bentuk hujahan balas, boikot, tidak memberi undi dan tidak lagi bersekongkol dengan kumpulan tersebut dan bukan dengan cara ekstrim seperti membunuh, cincang dan sebagainya.



Tetapi kehadiran tokoh-tokoh agama dengan tafsir dan pandangan radikal yang sempit seperti Dr Rozaimi, telah menjadikan isu Kafir Harbi ini difahami dengan fahaman radikal yang amat sempit. Dalam salah sebuah komen yang dimuatkan di dalam laman facebook beliau, beliau menafsirkan perkataan Harbi itu sebagai Perang dalam erti kata Perang.

PERANGI BUDAYA LEPAK
Umat Islam dan Melayu tidak memerlukan Phd untuk memahami bahawa perkataan "Perang" itu membawa makna yang luas. Kempen Perangi Budaya Melepak akan secara automatik difahami sebagai kempen mengajak anak-anak muda yang melepak melakukan sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat dari membuang masa. Perangi Budaya Melepak, bukan bermaksud melontar bom atau grenade kepada kumpulan remaja yang sedang melepak. 



Juga satu ketika sebelum ini, apabila Kementerian Asas Tani melancarkan program Jihad Memerangi Orang Tengah, ia tidak boleh ditafsirkan dengan perlakuan menggunakan senjata dengan tindakan ganas dan membunuh. Jihad Memerangi Orang Tengah ialah usaha untuk mengekang tindakan-tindakan serta perkara-perkara yang membebankan rakyat yang selalu dilakukan orang-orang tengah di dalam jenis-jenis perniagaan.

TAFSIR SEMPIT RADIKAL
Kekacauan seperti apa yang berlaku di Timur Tengah ialah kerana ada dikalangan mereka yang gemar menafsirkan sesuatu dengan tafsiran radikal yang sempit. Dr Rozaimie, selaku tokoh bergelar Doktor Falsafah, tidak seharusnya terikut-ikut dengan budaya menafsirkan sesuatu dengan tafsiran radikal yang sempit.

Malang sekali, tafsiran sempit seperti itulah sekarang ini sedang diapi-apikan di dalam negara oleh golongan-golongan berkepentingan politik. Malaysia harus kekal aman dan selamat, dan golongan yang gemar mengambil kesempatan dan menafsirkan sesuatu itu secara literal radikal yang melampau harus disekat!

Kafir Harbi Di Dalam Konteks Malaysia

[Istilah Kafir Harbi Dalam Konteks Masa Kini Di Malaysia]

1. Baru-baru ini SS Datuk Mufti Pahang ada mengeluarkan kenyataan berkenaan kafir harbi, iaitu segolongan kafir yang menentang pemerintahan Islam secara konsisten dan jelas adalah kafir harbi. Namun laporan berkenaan kenyataan SS Mufti Pahang ini terlalu banyak versi laporan hingga kita keliru versi yang mana paling tepat. Pembaca boleh rujuk pelbagai versi laporan oleh media.

http://www.utusan.com.my/berita/politik/dap-tergolong-kafir-harbi-wajar-ditentang-1.346464

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/tuduh-dap-kafir-harbi-perkasa-anggap-mufti-pahang-melampau

http://www.sinarharian.com.my/nasional/saya-tak-rujuk-kafir-harbi-pada-dap-1.536268

2. Malah jika lihat di facebook dan lain-lain media, kenyataan asatizah juga berbeza-beza ketika mengomentari kenyataan SS Datuk Mufti Pahang ini, keadaan ini berlaku kerana laporan-laporan media yang tidak konsisten dan mungkin ada kesilapan dari sudut konteks dan sebagainya.

3. Melihatkan situasi ini, kami hanya mahu mengomentari secara ilmiah dan umum sahaja dalam memahami istilah kafir harbi yang digunakan oleh SS Datuk Mufti Pahang iaitu dari sudut istilah kafir harbi masa kini. Setelah kami bertanyakan pada penyelidik-penyelidik kami, guru-guru dan sahabat-sahabat kami ternyata perbahasan sebegini sudah dibahaskan di Indonesia.

4. Setelah kami membaca laporan-laporan berita yg berlegar di media, kami dapat memahami istilah 'Kafir Harbi' yang digunakan oleh Mufti Pahang itu bukan seperti istilah biasa yang kita fahami iaitu kafir yang halal darahnya, kerana SS Mufti merujuk terus kepada situasi di negara Malaysia yg berbilang agama, kaum, bangsa dan menggunakan sistem demokrasi berparlimen pada zaman ini.

5. Ia sebenarnya adalah lebih condong kepada istilah Kafir Harbi fi dzimmati Ta'min. Kafir Harbi fi dzimmati Ta'min adalah istilah yang dibuat oleh Ahli Bahtsul Masail iaitu satu majlis yang membahaskan secara terperinci hukum hakam di Indonesia yang dikendalikan oleh para asatizah dan kiyai-kiyai Nahdatul Ulama. Yang sebenarnya istilah ini tidak ada dalam kitab-kitab Turats. Tetapi yg lebih penting dalam bab hukum hakam bukanlah istilahnya, tetapi lebih penting ialah apa maksudnya sesuatu istilah itu, Kafir Harbi fi dzimmati Ta'min adalah kafir harbi tetapi dilindungi atau tidak diperangi kerana wujudnya sesuatu alasan yg sangat kuat.

6.  Kafir Harbi:

ﺃﻫﻞ ﺍﻟﺤﺮﺏ ﺃﻭ ﺍﻟﺤﺮﺑﻴﻮﻥ : ﻫﻢ ﻏﻴﺮ ﺍﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﻟﻢ ﻳﺪﺧﻠﻮﺍ ﻓﻲ ﻋﻘﺪ ﺍﻟﺬﻣﺔ، ﻭﻻ ﻳﺘﻤﺘﻌﻮﻥ ﺑﺄﻣﺎﻥ ﺍﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ ﻭﻻ ﻋﻬﺪﻫﻢ

"Ahli harbi atau harbiyyun adalah non muslim yang tidak ada ikatan dzimmah, tidak ada ikatan aman dan tidak ada perjanjian damai" (Mausu'ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah).

Jadi memahami harbi haruslah memahami apa itu kafir dzimmi, musta'man dan mu'ahad. Kerana selain ketiganya adalah kafir harbi.

Sheikh Ismail Zain dalam fatawanya ketika membahaskan status segelintir umat Islam di Indonesia menggunakan kaedah:

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Adalah menolak kerosakan-kerosakan lebih didahulukan dari pada mengambil mashlahat. Kaitan dengan masalah ini adalah seharusnya kafir harbi harus dibunuh atau diperangi. Tetapi kerana suatu alasan kedamaian dan khuatir terjadi kerusuhan yang merupakan mafsadah, maka memerangi mereka yang dianggap maslahah tidak dilaksanakan kerana mendahulukan menolak kerusakan.

Berdasarkan kaedah inilah dan sesuai dengan konteks zaman ini di Malaysia atau Indonesia isitilah Kafir Harbi fi dzimmati Ta'min muncul.

7. Antara dalilnya Kafir Harbi fi dzimmati Ta'min ialah seperti mana syarah Prof. Dr. Sheikh Ali Jumaah mantan Mufti Mesir dalam kitabnya al bayan tentang mengapa Rasulullah tidak membunuh Abdullah bin Ubay.

8.  Iaitu hadits ketika Rasulullah diminta Umar bin Khaththab supaya membunuh Abdullah bin Ubay. Rasulullah bersabda:

لا يبلغ الناس ان محمدا يقتل أصحابه

9. Membunuh Abdullah bin Ubay adalah maslahat kerana itulah hukum Islam. Tetapi baginda tidak melakukannya kerana baginda  khuatir orang-orang kafir menjauhi agama Islam. Dan ini adalah mafsadah.

10. Semoga catitan kecil ini merungkai kekeliruan dan polemik yang dimainkan oleh media terutama dari pihak Wahhabi yang sentiasa dan akan terus memahami perkataan-perkataan secara literal dan akhirnya silap faham kerana kekakuan dalam berilmu. Begitu juga puak liberal yang sentiasa mentafsirkan kenyataan-kenyataan tanpa disiplin ilmu yang betul.

11. Semoga kenyataan SS Dato Mufti Pahang tidak disalah fahami lagi kerana jelas dalam hal ini beliau berkomentar dari konteks negara Malaysia dan suasana pada hari ini iaitu kafir harbi yg dimaksudkan itu ialah Kafir Harbi fi dzimmati Ta'min, bukan kafir harbi yang difahami sebelum ini iaitu kafir yang halal darahnya.

12. Oleh sebab itu kita tidak melihat asatizah dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yg memahami istilah kafir harbi yang digunakan oleh Mufti Pahang adalah bermaksudkan menghalalkan darah.

Disediakan oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor.

Monday, 27 June 2016

DAP Tersepit, Wan Ji Menyalak Bukit

Sebentar tadi, bertempat di balai Polis Dang Wangi, Lim Lip Eng (gambar di bawah) kelihatan menemani Wan Ji membuat laporan polis ke atas kenyataan yang dikeluarkan oleh SS Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman.

Dog Is A Man's Best Friend.
Laporan polis ialah berkenaan kenyataan Datuk Abdul Rahman Osman yang ditafsir secara ekstrim oleh juak pemuja DAP. Tidak pasti sama ada Wan Ji mempunyai locus standi untuk kes ini, kecuali jika beliau merupakan Ketua Biro Agama DAP.



Wan Ji yang sebelum ini terkenal kerana video mahu menghapuskan seluruh sistem Kesultanan Melayu, kelihatan bersungguh-sungguh menjadi jaguh pembela DAP. Hasutan yang dibuat oleh Wan Ji di dalam video di bawah seharusnya sudah lama dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 atau di bawah Kanun Keseksaan 121B. 

Persoalannya, kenapa selepas begitu lama perancangannya untuk menghapuskan Raja-Raja Melayu tersebar, tindakan tegas mengikut lunas undang-undang masih belum dikenakan ke atasnya? 

Dato' Seri Zahid Hamidi selaku Menteri KDN perlu melihat dan mengambil langkah-langkah proaktif supaya memastikan elemen-elemen subversif sepertimana yang dibawa oleh Wan Ji ini, tidak membarah di dalam masyarakat.



Sunday, 26 June 2016

Mufti Kata TENTANG! Bukan CINCANG!

Making mountains out of mole hills.. Pepatah Inggeris yang sesuai dengan Harbi Phobia si Kafir Harbi DAP. DAP sebuah parti yang jelas tidak senang dan sentiasa menjadi batu penghalang kepada usaha untuk memartabatkan kembali kedaulatan undang-undang Islam di Malaysia. 

Yang menariknya, warna sebenar beberapa parti politik Chinese Base pun mula terserlah apabila peha kiri mereka dicubit. MCA dan GERAKAN, bangkai politik tanpa merit, bertaraf biawak hidup tanggungan Barisan Nasional, hidup segan mati tidak mahu, yang hidup mati parti mereka mengemis undi dari pengundi-pengundi Melayu, mula terlompat-lompat seperti kera terkena belacan.

Mufti Pahang menyatakan dengan jelas bahawa sesiapa sahaja yang menentang Islam, maka mereka dikategorikan sebagai Kafir Harbi. Mufti Pahang menyatakan juga dengan jelas bahawa golongan kafir harbi ini, ialah golongan yang wajar diTENTANG.

Entah kamus Vernakular mana yang digunakan Lim Kit Siang, beliau menafsirkan perkataan DITENTANG itu, seolah menggambarkan maksud DICINCANG seperti yang biasa dilakukan Wahabi Takfiri ISIS. Apabila saja Kit Siang berfirman sebegitu, MCA dan GERAKAN turut menjadi histeria. 




Dalam Islam, banyak cara umat Islam menangani puak-puak Kafir Harbi. Boikot, tidak undi, berhujah, berdebat dan sebagainya bergantung kepada perbuatan pihak Kafir Harbi itu sendiri. Jika kafir harbi DAP menggunakan hujah, label dan ceramah untuk menentang undang-undang Islam, maka dengan cara hujah, label dan ceramah jugalah mereka akan ditentang.

Jika kekerasan yang digunakan golongan Kafir Harbi, maka kekerasan itu harus dijawab dengan balasan yang sama tetapi tidak berlebih-lebih.

Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (An Nahl ayat 126)

Kit Siang tidak perlu berlebih-lebih menafsirkan perkataan DITENTANG itu dengan tafsiran Vernakular Benak beliau. Jika tidak tahu, boleh pergi kelas-kelas agama di seluruh Malaysia. Kerana Umat Islam diajar mengenai appropriate reaponselah, datok nenek Kit Siang yang datang ke sini tidak dihalau. Dan kerana umat Islam faham mengenai appropriate response dan kemanusiaan Islam jugalah, kita tidak melihat peristiwa yang berlaku di Gujerat India dan Arakan Myanmar ke atas umat Islam, tidak berlaku ke atas orang bukan Islam di sini.

Jadi, kepada Kit Siang dan chorus line beliau dari MCA dan GERAKAN, sebelum melolong bagai orang kerasukan puaka, tolong belajar Bahasa Kebangsaan dengan betul terlebih dahulu.

Friday, 24 June 2016

Bukan Islam Tidak Patut Halang Hak Perlembagaan Umat Islam-Sekretariat Ummat Sokong Pindaan Akta 355

Himpunan Aman menyokong Pindaan Akta 355 telah berlangsung dengan aman dan jayanya diperkarangan Masjid Negara. Himpunan Aman yang telah digerakkan oleh gabungan NGO yang dikenali sebagai Sekretariat Ummat telah dihadiri oleh wakil 500 NGO masing-masing diantaranya Pembela, ISMA, PPIM, Perkasa, dan Pesaka. 



Gabungan NGO Islam dan Melayu tersebut mendesak supaya ke semua Ahli Parlimen, Islam dan bukan Islam supaya menyokong Pindaan Akta 355 itu.

"Kami meyokong Pindaan Akta 355 dan menyeru supaya semua Ahli-Ahli Parlimen yang beragama Islam menyokong dan Ahli Parlimen bukan Islam untuk tidak menghalang hak-hak perlembagaan umat Islam daripada dijalankan"

Jurucakap kumpulan tersebut menyatakan himpunan pada hari ini mendapat kebenaran dari pihak berkuasa dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Antara syarat yang telah diberikan ialah hanya Jawatankuasa UMMAT dibenarkan berhimpun tanpa membawa kumpulan penyokong yang besar.

Sebagai sebuah Sekretariat yang menghimpunkan lebih 500 NGO Islam dan Melayu yang berpegang kepada prinsip-prinsip keamanan dan menghormati undang-undang serta pihak berkuasa, jumlah kehadiran dihadkan kepada keahlian Sekretariat Utama.

Perhimpunan tersebut berlangsung aman selama setengah jam dan semua ahli Himpunan Aman tersebut bersurai tanpa sebarang insiden. Tiada Kenyataan Media dikeluarkan oleh UMMAT. 

Tidak Masuk Akal Untuk Bukan Islam Bantah Pindaan Akta 355-JMPP & GPEM

Sekumpulan 29 NGO Islam dan Melayu hari ini menyatakan sokongan kepada Pindaan Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) sebagai menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong pada pembukaan Parlimen pada bulan Mac lepas.

Kumpulan yang terdiri daripada dua gabungan besar NGO iaitu Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) dan Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang (GPEM) telah mengadakan sidang media bersama menegaskan bahawa Pindaan Akta 355 itu selari dengan kehendak Yang di-Pertuan Agong agar usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dapat disegerakan.

"Lebih-lebih lagi Akta ini telah lama wujud dan pindaan pernah dilakukan sekitar 32 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1984. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan juga menetapkan bahawa Islam sebagai Agama Persekutuan" kata Pengerusi JMPP, Ustaz Hafiz Nordin.

"Dengan ini kami menyangkal sama sekali kenyataan-kenyataan yang mengatakan bahawa pindaan ini tidak mengikut perlembagaan dan menyifatkan mereka yang mengeluarkan kenyataan itu tidak faham perlembagaan serta mempunyai niat yang tidak baik terhadap hak umat Islam untuk beramal dengan agama mereka."



Menurut Ustaz Hafiz Nordin lagi adalah menjadi kewajipan kepada seluruh rakyat untuk menghormati keluhuran perlembagaan yang mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara. Ini ditegaskan lagi dengan sumpah perjawatan Yang di-Pertuan Agong dengan nama Allah iaitu WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI, seperti yang termaktub dalam Perkara 37 Fasal 1 dibaca bersama Jadual Keempat Butiran 1 Perlembagaan Persekutuan untuk menjaga Islam pada setiap masa, mestilah dijunjung bersama oleh semua.

"Kami ingin juga menyatakan bahawa Pindaan ini hendaklah disegerakan demi menjaga masalah ummat yakni ummat Islam kerana pindaan ini akan menjadikan hukuman atau denda ke atas kesalahan syariah lebih setimpal."

Sambil menegaskan bahawa adalah tidak masuk akal apabila sesetengah pihak bukan Islam menyatakan Pindaan Akta 355 bakal membawa ketidakadilan kepada masyarakat bukan Islam sedangkan undang-undang Syariah telah sedia ada dipraktikkan di negara ini dan ianya tidak ada kena mengena dengan golongan bukan Islam.



Pada 26 Mei lepas Ahli Parlimen Marang telah membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian iaitu pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016. Ianya dicadangkan oleh Ahli Parlimen Pengerang dan disokong oleh Ahli Parlimen Papar.

Ianya kemudiaan mendapat tentangan hebat oleh beberapa parti politik bukan Islam yang melabelkannya sebagai Hudud.

Pada hari Jumaat ini (24 Jun 2016) sekumpulan 500 NGO Islam dan Melayu, termasuk PEMBELA dan PERKASA akan berkumpul diperkarangan Masjid Negara untuk menyatakan sokongan terhadap Pindaan Akta 355. Orang ramai dijemput hadir memberikan sokongan!

Thursday, 23 June 2016

Pindaan Akta 355: Meningkatkan Autonomi Negeri Untuk Membendung Gejala Maksiat & Salahlaku Syariah

Mahkamah Syariah ialah warisan unggul Kesultanan Melayu/Islam yang telah berdaulat sejak permulaan kedaulatan Islam di alam Melayu sebagaimana yang tercatat pada batu bersurat Terengganu iaitu 1303(M). Kedaulatan Mahkamah Syariah kemudiannya diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan (B1SNJ9PP) berdasarkan Kuasa Negeri sebagaimana yang diberikan menurut Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan.


Walaupun Perlembagaan Persekutuan mewujudkan sistem Kehakiman Negara berteraskan Peruntukan Bahagian IX PP, namun bagi memastikan bidangkuasa Mahkamah Syariah tidak tersentuh oleh Mahkamah Sivil, maka pada tahun 1988, diperkenalkan pula Perkara 121(1A) pada Bahagian IX tersebut. Peruntukan 121(1A) ini tidak dengan sendirinya menyenaraikan bidangkuasa Mahkamah Syariah, tetapi ia memantapkan kedaulatan Mahkamah Syariah dari diganggu-gugat oleh Mahkamah Sivil. Bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang termaktub di dalam B1SNJ9PP yang antara lain menggariskan prinsip utama bidangkuasa Mahkamah Syariah seperti berikut –
“the constitution, organization and procedure of Syariah Courts, which shall have jurisdiction only over persons profesing the religion of Islam and in respect only of any of the matters included in this paragraph, but shall not have jurisdiction in respect of offences except in so far as conferred by federal law;”  
Secara telitinya prinsip-prinsip yang termaktub dalam butiran 1 tersebut di atas adalah seperti berikut –

1.    Terhad kepada umat Islam
Bidang kuasa Mahkamah Syariah terhad hanya kepada orang yang menganut agama Islam. Oleh itu orang bukan Islam tidak perlu bimbang dengan agenda politik yang cuba menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.


2.    Terhad kepada perkara-perkara dalam Butiran 1; Tidak termasuk perkara-perkara dalam senarai Persekutuan dan perkara-perkara lain dalam Senarai Negeri
Butiran 1 juga menetapkan bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya kepada perkara-perkara yang terkandung dalam Butiran 1 sahaja yang meliputi perkara-perkara berkaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, masjid, surau dan sebagainya. Manakala dalam hal kesalahan (jenayah Syariah) pula bidangkuasanya terbatas kepada offences by persons profesing the religion of Islam against precepts of that religion, except inregard to matters included in the Federal List: Justeru Perlembagaan sendiri yang menghalang mahkamah Syariah membicarakan atau menghukum kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) serta undang-undang lain di bawah senarai Persekutuan. Justeru kesalahan-kesalahan seperti mencuri, merogol, rasuah, pecah amanah, merompak, ragut tidak termasuk di bawah Mahkamah Syariah.

3.    Tertakluk kepada had hukuman maksimum yang ditentukan Akta Persekutuan – Akta 355

Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah keperluan Undang-undang berdasarkan Perlembagaan Persekutuan iaitu; bidang kuasa hukuman Mahkamah Syariah hendaklah ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan. Justeru pindaan A355 tidak boleh disifatkan sebagai ‘unconstitutional’ kerana ia adalah keperluan Perlembagaan. Akta 355 ini hanya menetapkan had hukuman maksima yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah sama seperti dalam isu kesalahan berkaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, mesjid, surau dan kesalahan berkaitan ‘offences against precept of Islam’ sebagaimana yang terkandung dalam Enekmen Kesalahan Jenayah Syariah sekarang.  Ia hanya mengandungi 3 seksyen sahaja. Seksyen 2 adalah yang terpenting iaitu menetapkan hukuman maksima penjara 3 tahun, denda RM5,000.00, dan 6 sebatan (356) dan telah berkuatkuasa selama 32 tahun sejak tahun 1984, sedangkan kebanyakan hukuman lain di Mahkamah Sivil di bawah Kanun Keseksaan dalam kesalahan jenayah, telah ditingkatkan berulang kali.

Tuesday, 21 June 2016

Kami Menyokong Himpunan UMMAT 24 JUN 2016

Sekretariat UMMAT yang menghimpunkan solidariti lebih daripada 500 NGO Islam dan Melayu, akan mengadakan satu Perhimpunan Aman bagi menyatakan sokongan kepada usaha memastikan Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 diluluskan di Parlimen nanti.

Himpunan Aman itu yang bakal dilangsungkan bersama slogan "Satu Ummah Perkasa Syariah", bakal diadakan di perkarangan Masjid Negara pada 24 Jun 2016 ini, selepas solat Jumaat.

Kami Warga kerja Bangkit.info, ingin menyatakan solidariti kami bersama sekretariat UMMAT ini.

Satu Ummah, Perkasa Syariah!!


Keputusan PRK Sungai Besar & Kuala Kangsar, Referendum Menyokong Pindaan Akta 355!

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) P.93 Sg. Besar, Selangor dan P.67 Kuala Kangsar, Perak masih hebat diperkatakan. Yang menang masih belum kebah meraikan momen-momen indah menang besar dan yang kalah seakan-akan terpukul dengan keputusan masih berkira-kira langkah sebagai persediaan pemilihan yang bakal mendatang. Apa yang pasti pada pemilihan kali ini menyaksikan pihak Barisan Nasional (BN) khasnya UMNO melalui calon-calonnya, Yang Berhormat (YB) Budiman Mohd Zohdi dan Yang Berhormat (YB) Datin Mastura Yazid menang dengan begitu berjaya jauh meninggalkan lawan.

Walaupun pilihanraya kali ini banyak dibayangi oleh isu pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibawa oleh YB Marang di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 lalu, terutamanya apabila ianya mendapat tentangan hebat daripada sejumlah Ahli-Ahli Parlimen bukan Islam seolah-olah ianya menjadi titik-tolak referendum kepada  Pindaan Akta 355. Namun kemenangan dengan majoriti yang lebih besar parti UMNO membuktikan bahawa akar umbi sememangnya memilih untuk menyokong usaha UMNO membawa ke tengah proses Pindaan Akta 355 demi untuk memperkasakan lagi Mahkamah Syariah di tanahair tercinta.


Hakikatnya umum tentunya masih ingat bahawa YB Pengerang iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said merangkap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merupakan pencadang kepada RUU tersebut untuk dibentangkan dan ianya disokong pula oleh YB Papar, Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid Shirlin merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya, dengan arahan daripada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sendiri supaya perkara tersebut dibenarkan untuk dibentang dalam Dewan Rakyat.

Pendek kata ianya sememangnya secara sedar telah digerakkan oleh ahli-ahli UMNO dan hasilnya, akar umbi UMNO telah memberikan kemenangan yang sangat bergaya kepada UMNO jauh lebih besar daripada sebelumnya.

Ini dapat dilihat dengan jelas apabila pertambahan jumlah majoriti yang dimenangi UMNO berubah daripada 399 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 kepada 9191 undi, peningkatan sebanyak  8792 undi. Begitu juga dengan kerusi P.67 Kuala Kangsar pula, jumlah majoriti bertambah  daripada 1,082 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 kepada 6969, meningkat sebanyak 5887 undi semasa PRK baru-baru ini.

Sememangnya akar umbi Melayu dan Islam yang menjadi penyokong tegar parti tersebut  dahagakan pemerkasaan Mahkamah Syariah untuk mempertingkatkan lagi autonomi negeri unuk membendung gejala maksiat dan salahlaku syariah daripada berleluasa.

Sudah terang lagi bersuluh, maka jelaslah kemenangan besar yang dicapai oleh kedua-dua calon UMNO tersebut ialah berkat sokongan dan pendirian jitu untuk menyokong Pindaan Akta 355 demi memperkasakan Mahkamah Syariah seperti yang dikehendaki majoriti rakyat negara ini, sama ada di Sungai Besar, Selangor, Kuala Kangsar, Perak, mahu pun di seluruh negara seperti yang berkali-kali dibuktikan dengan kajian demi kajian yang telah dijalankan sebelum ini.

UMNO harus terus memandang ke depan dan tidak berdolak-dalih lagi dalam memperjuangkan isu ini. Kedua-dua ahli Parlimen yang baru dipilih juga harus memikul amanah ini dengan sebaik-baiknya. Memilih untuk berbuat sebaliknya, merupakan satu pengkhianatan kepada agama, bangsa dan negara!

Monday, 6 June 2016

Abdullahi An Naim's Folly-Shari’ah Is Not The Product Of Scholars by Dr Khalif Muammar

As anticipated, the presence of Abdullahi an-Naim in this country only caused more confusion and bewilderment. In a statement reported by Free Malaysia Today, Abdullahi said that hudud is not found in the Quran, “It is merely speculation. If hudud is derived from the Quran, please show me this text.”


He added that it is unIslamic to “sneak Shari’ah punishments” into the legal system without an open debate with the public.

Abdullahi alleged that PAS and UMNO’s recent move for the enhancement of the Shari’ah court act was undemocratic, despite the fact that the bill was proposed in the parliament and is still at an early stage of presentation and therefore has not been sufficiently debated. The bill cannot be passed if it does not have the agreement of  the majority of the members of parliament. It should also be clear that the bill proposed by Datuk Seri Abdul Hadi is not hudud.


It is only a bill for the enhancement for the current Shari’ah court system that is in fact outdated and marginalised. The allegation that these issue are not openly discussed is not true. This is due to the fact that the majority of this country agree that Islam should be implemented in all aspects of life and so the minority is obliged to respect the choice of the majority if they truly embrace democracy.

It is clear that Abdullahi does not understand Shari’ah nor hudud. He can’t deny the fact that Shari’ah and hudud are in the Quran; this fact is known by everyone that studies Islam, so much so that students in the secondary schools are able to understand this matter. Shari’ah is not the product of scholars. It was revealed and practiced since the time of the Prophet S.A.W. and has become a part of the Muslim life until this very day. Abdullahi is only playing with words. He can deceive the ignorant Muslims and  non-Muslims, however he can’t succeed in deceiving most people.

Abdullahi is not an Islamic scholar what more to classify him as an authority in religion whose words are referred to and adopted for implementation. He is considered  an expert in the Western legal system upon graduating from a secular university and is indeed highly praised due to his vocal criticism of Islamic law. Obviously, he has more faith in the secular and the liberal ideologies than Islam. That is his choice but he should not impose his views upon the Muslims in this country.


Assoc. Prof. Dr Khalif Muammar A Harris

Sunday, 5 June 2016

Derhaka, Khalid Samad (PAN) Menghina Raja-Raja Melayu?!

Ada kebenaran di dalam pepatah Inggeris, "If you don't have anything nice to say, don't say anything at all". Jika kita main bercakap sahaja secara semberono tanpa tapis-tapis, tentu kita akan terlepas perkataan-perkataan yang bodoh dan memalukan. Mungkin inilah yang menggambarkan situasi Khalid Samad baru-baru ini.


Khalid Samad tergamak menyifatkan orang-orang yang mengenakan pakaian baju pahlawan Melayu sebagai pemabuk. Malaysiakini melaporkan bahawa Khalid Samad telah berkata, "Satu petanda seseorang yang mabuk ialah beliau rasa hidup dalam zaman yang berbeza. Kita hidup di abad ke-21 tetapi anda datang ke majlis rasmi memakai baju pahlawan Melayu dari kurun ke-14. Orang seperti ini yang sebenarnya mabuk".
Khalid Samad Pengarah Komunikasi Amanah (PAN), perlu belajar berkomunikasi dengan lebih efektif
Keji! Tidak sangka Khalid Samad selaku Pengarah Komunikasi PAN tergamak untuk menghina orang-orang Melayu yang memakai baju Melayu di majlis-majlis rasmi sebagai pemabuk. Adakah bagi Khalid Samad, amalan orang-orang Melayu yang memakai baju Melayu persis pahlawan Melayu silam semasa memasuki gerbang bahagia di hari perkahwinan mereka sebagai amalan orang-orang yang mabuk?
Bagaimana pula dengan Raja-Raja Melayu yang mengenakan pakaian pahlawan Melayu zaman silam semasa majlis-majlis rasmi? Adakah ini juga dikira sebagai perbuatan mabuk?Adakah PAN dan penyokong-penyokongnya berpendirian bahawa Raja-Raja Melayu tergolong sebagai pemabuk? 
Adakah Yang di-Pertuan Agong juga termasuk di dalam kategori ini?
Kenyataan buang tebiat Khalid Samad ini senada dengan suara-suara sumbang golongan liberal yang didokong partinya PAN yang selesa 'bersekedudukan' dengan DAP. Adakah penghinaan ini juga preteks kepada perjuangan sesetengah pihak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah republik dan menghapuskan Raja Berperlembagaan yang diamalkan Malaysia sekian lama? 

Mungkinkah orang seperti Khalid Samad yang dimaksudkan khutbah JAKIM tentang penularan sikap kurang hormat kepada sistem beraja yang semakin berleluasa?
Bila orang Melayu pakai jubah dan kopiah, mereka difintah Arabisasi! Bila orang Melayu pakai baju Melayu bangsawan, dikatakan pemabuk! Yang itu salah, yang ini salah. 
Apa yang kau mahu sebenarnya?

Friday, 3 June 2016

Paedophile Aktif Di Gereja Malaysia?

Heboh di suatu ketika di dunia barat apabila Vatican enggan bekerjasama dengan erat serta mengeluarkan permohonan maaf apabila ramai paderi-paderi lantikan Mereka, terlibat dengan aktiviti pencabulan kanak-kanak.

Telah dilaporkan sebelum ini dan heboh ke serata dunia, apabila setiap kali Vatican mengetahui tentang perlakuan Paedophilia seperti ini berlaku di dalam gereja mereka, tindakan yang dilakukan ialah dengan menghantar paderi-paderi gila seks ini ke negara-negara dunia ketiga.

Sehinggalah terbitnya Kertas Laporan Cloyne (Cloyne Report) pada Julai 2011, barulah Vatican memberi kerjasama untuk membolehkan beberapa paderi yang telah "melarikan diri" ke negara dunia ketiga dikesan dan dikenakan tindakan.

Perkembangan terbaru yang melibatkan seorang Paedophile bernama Richard Huckle yang menawarkan khidmatnya sebagai guru di beberapa gereja di Malaysia, amatlah merunsingkan. Beliau mengaku telah melakukan pencabulan dan pemerkosaan seksual ke atas lebih 90 kanak-kanak lelaki dan perempuan termasuk anak-anak Kristian yang rapat dengan aktiviti gereja.

Antara gereja yang dinamakan ialah sebuah gereja haram tidak berpermit di Taman Medan, yang pernah menjadi kontroversi suatu ketika dulu dikalangan penduduk Muslim di situ.

Kami ingin mendesak semua kemasukan paderi-paderi dari luar negara disiasat, diprofilkan dan melalui pemeriksaan latar belakang yang ketat serta direkodkan pergerakkan mereka sepanjang mereka berada di Malaysia. Ianya juga perlu dikemaskini setiap masa.

Cukup dengan kes Richard Huckle ini. Kita tidak mahu lagi kes-kes paedophile menggunakan gereja-gereja di Malaysia ini sebagai markas 'blue ocean' perlakuan sumbang terlaknat mereka!

Pihak Polis, Jabatan Imigresen dan Pihak Berkuasa Tempatan mesti bangkit dan melakukan siasatan menyeluruh berkenaan kes Richard Huckle ini.

Isu Jawatankuasa LGBT di Pulau Pinang-Kenyataan Media Jaringan Muslimin Pulau Pinang

BismiLLAH

JMPP menentang tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang meluluskan jawatankuasa transgender yang beragenda untuk memperjuangkan hak kumpulan songsang tersebut di negeri ini.

JMPP menganggap tujuan yang bersifat “gila” ini hendaklah ditentang oleh rakyat di negeri ini dan Malaysia amnya.

JMPP mengecam penubuhan jawatankuasa “gila” ``kerana,

1-      Bercanggah dengan hukum syarak.

2-      Bercanggah dengan perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam adalah Agama bagi Persekutuan. Sebarang usaha untuk menghalalkan transgender di negara ini sangat bercanggah Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

3-      Bercanggah dengan Perlembagaan Pulau Pinang sendiri yang menyebut Islam adalah agama bagi negeri ini.

4-      Bercanggah  dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri yang melarang orang lelaki berpakaian wanita,

5-      Menghina Yang Di Pertuan Agung sebagai ketua agama bagi negeri Pulau Pinang

Dengan ini JMPP mendesak agar jawatankuasa transgender ini dibubarkan dengan serta-merta jika kerajaan DAP Pulau Pinang masih mentaati dan menghormati Perlembagaan Persekutuan  dan Perlembagaan Pulau Pinang.

JMPP mengajak seluruh rakyat agar bangkit menentang dan membantah sebarang niat atau usaha untuk mencabar kesucian Islam atau menggugat kedaulatan Islam di negeri dan negara kita ini.


Sekian

Ustaz Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin
Pengerusi
Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP)

Thursday, 2 June 2016

Tokoh Sudan Tidak Faham Syariah, Tidak Faham Hudud!

Sebagaimana dijangkakan kehadiran Abdullahi an-Naim di negara ini hanya menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan. Dalam kenyataan yang dilaporkan oleh FMT hari ini Abdullahi mengatakan hukum hudud tidak ada di dalam al-Qur'an, kerana itu menolak hudud tidak berdosa, "saya tidak nampak ada hudud di dalam al-Qur'an, tunjukkan saya jika ada". Beliau juga berkata adalah tidak Islamik meluluskan rang undang-undang Shari'ah secara sembunyi-sembunyi tanpa dibuka ruang perbincangan kepada rakyat.

Abdullahi menuduh bahawa langkah PAS dan UMNO di parlimen baru-baru ini yang ingin agar akta 355 tentang mahkamah Shari'ah ditambah baik merupakan langkah yang tidak demokratik, sedangkan ia dilakukan melalui sidang parlimen dan baru di tahap pembentangan usul. Ianya tidak akan diluluskan jika tidak mendapat persetujuan majoriti ahli parlimen. Sebenarnya yang diusulkan oleh DS Haji Hadi bukanlah hudud, ia hanya penambahbaikan sistem kehakiman Shari'ah yang pada masa ini agak kolot dan terpinggir. Tidak benar tuduhan bahawa perkara ini tidak dibincangkan secara terbuka, kerana majoriti rakyat mahukan Islam dilaksanakan di negara ini dan minoriti bukan Islam semestinya menghormati kehendak majoriti ini jika mereka benar-benar mahukan demokrasi.

Abdullahi Ahmed An Naim 'the heretic' bersama ahli kumpulan G25 Latifah Merican Cheong-ED
Jelas bahawa Abdullahi tidak memahami Shari'ah mahupun Hudud. Beliau tidak boleh menafikan hakikat bahawa Shari'ah dan hudud ada di dalam al-Qur'an, fakta ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang belajar tentang Islam, bahkan pelajar di tahap sekolah menengah pun boleh memahami hal ini. Shari'ah bukan produk ulama' ia telah diturunkan dan diamalkan sejak zaman Rasulullah saw dan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan orang Islam sejak itu sehinggalah sekarang. Abdullahi hanya bermain dengan perkataan, ia boleh menipu orang yang jahil, dan bukan Islam, namun ia tidak boleh menipu ramai orang.

Abdullahi bukanlah seorang sarjana Islam, apalagi seorang ulama' yang kata-katanya perlu dirujuk dan dianggap serius. Beliau hanyalah pakar perundangan Barat dari universiti sekular, yang dipuji dan diangkat tinggi kerana keberaniannya mempertikaikan hukum Islam. Ia lebih meyakini sistem sekular dan liberal daripada sistem Islam. Itu pilihannya, sepatutnya ia tidak memaksakan pilihannya itu kepada umat Islam di negara ini.

Dr Khalif Muammar

Wednesday, 1 June 2016

Apa lagi MCA mahu?!

Kecoh diperkatakan apabila Dr Ridhuan Tee Abdullah berbuat keputusan untuk keluar parti MCA (Malaya Chinese Association) atas pendirian anti Islam yang diambil oleh parti politik tersebut terutama semenjak kerajaan membuka laluan kepada Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah ke peringkat yang sepatutnya.

Tokoh pendakwah yang disenangi ramai tersebut merupakan ahli seumur hidup MCA dan telah menjadi ahli semenjak tahun 2000 lagi. Beliau dilaporkan sudah jelak dengan pendirian memusuhi Islam yang sering diambil parti berasaskan kaum Cina itu.

Malu dengan tamparan yang diterima, MCA kemudiaan melalui beberapa orang tokoh parti tersebut mula melabelkan Dr Ridhuan Tee sebagai seorang 'figura rasis' yang sememangnya tidak bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional.

Ada yang mendabik dada kononnya tidak hairan dengan pengunduran Dr Ridhuan Tee kerana parti Cina seperti MCA mempunyai lebih daripada 1 juta keahlian!



Persoalannya kenapakah seorang lelaki berbangsa Tionghua yang berkahwin campur dengan isteri berlainan bangsa, fasih berbahasa kebangsaan dan akrab dengan ramai rakyat Malaysia pelbagai keturunan masih boleh dituduh sebagai rasis?

Persoalannya juga, kemanakah perginya jumlah ahli-ahli ini semasa MCA berdepan dengan DAP pada dua pilihanraya yang lepas?! 

Bukankah MCA telah kalah teruk kepada DAP dan parti-parti lain sehinggakan MCA sendiri terpaksa mengemis, meminta-minta daripada UMNO jawatan Menteri dan Timbalan Menteri walaupun pada awalnya telah berjanji bahawa parti tersebut tidak akan masuk kerajaan jika kalah pilihanraya?

Mana penekanan konsep meritokrasi yang sering dijeritkan oleh ahli-ahli MCA selama ini? MCA sememangnya bongkak, cakap tak serupa bikin dan masih berangan-angan Mat Jenin.

Sedarkah MCA bahawa sekurang-kurangnya Dr Ridhuan Tee keluar parti dengan berhemat dan 'gentleman', jauh lebih baik daripada lebih 1 juta ahli MCA yang hanya banyak menghabiskan beras dengan menghadiri majlis-majlis makan mega Barisan Nasional namun akhirnya memberikan undi-undi mereka kepada parti cauvinis DAP?!

MCA patut malu dengan 'diri sendiri', kalau tidak pun MCA berhenti tipu 'diri sendiri'! Apa guna jika berbelas juta ahli sekalipun jika MCA kalah kebanyakkan kerusi yang dipertandingkannya?

Barisan Nasional sememangnya berhak mendapat parti komponen yang jauh lebih baik!