Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Monday, 30 May 2016

Bangkai Politik Mahu Berambus? Berambus Sajalah!!

MCA dan MIC ialah dua bangkai bernyawa politik, hidup segan mati tak mahu, bertahap biawak hidup tanggungan Barisan Nasional, bersuara pula bagai hero sehari dua ini.

Sudahlah hidup mengemis di tempat kawasan undi majoriti Melayu, hayat politik bergantung dengan mengemis undi dari orang Melayu, sehari dua ini ada hati pula nak mengugut orang-orang Melayu kerana mahu memperbaiki undang-undang yang dekat dengan agama anutan mereka.

Kepada MIC dan MCA, tidak perlu acah-acah nak berambus. Kalau betul-betul nak berambus, berambus sajalah!!! Hidup pun segan, mati pun tak mahu. Ada hati nak mengugut-ugut orang Islam.

Poodah Cit!!!

Sudah tiba masanya untuk semua pengundi-pengundi Melayu di kawasan majoriti Melayu perhambat keluar calon-calon MCA dan MIC dari kawasan mereka.

Friday, 27 May 2016

Kafir Harbi & Usaha Untuk Menidakkan Pemerkasaan Mahkamah Syariah!

Benarlah firman Allah yang dirakamkan di dalam Quran:

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَـرَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
"Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."
(Surah al-Baqarah:120)

Jadi tidak hairanlah golongan bukan Islam begitu lantang menentang setiap kali apabila sesuatu hukum daripada Allah mahu ditegakkan di Malaysia. Banyak lagi ayat di dalam al-Quran yang memberi isyarat tentang halangan-halangan yang bakal wujud dari kalangan bukan Islam dan golongan munafiq apabila agama mahu ditegakkan di bumi ini.

Lihatlah reaksi-reaksi mereka di dalam Parlimen semalam, apabila Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 mahu dibentangkan.  Kita boleh saksikan sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin golongan bukan Islam daripada pada cauvanis DAP seperti Ong Kian Ming, Anthony Loke Siew Fook, Teresa Kok Suh Kim dan Chong Chieng Jen bermati-matian membangkang bagi menggagalkan Tuan Guru Hadi Awang dari membentangkan usul tersebut.
P. Ramasamy pula kemudiaannya secara lantang menyeru parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) lain, MCA, MIC, myPPP dan Gerakan supaya menekan UMNO dengan menggugut untuk meninggalkan BN, agar tidak turut menyokong usul Rang Undang-Undang tersebut. Ahli-ahli politik BN dari kalangan bukan Islam seperti Ong Ka Chuan, Dr Wee Ka Siong, Sivarraajh Chandran, Mah Seiw Keong, Ti Lian Ker dan lain-lain lagi berani menunjukkan permusuhan dan kebencian secara terbuka kepada usaha untuk memperkasakan undang-undang Islam di negara ini.
Aneh. Mengapa perlu mereka menentang, sedangkan perundangan ini hanya tertakluk kepada mereka yang beragama Islam sahaja dan langsung tiada kaitan dengan hidup atau mati mereka?
Penambahbaikan yang sudah lama dinanti ini bakal membolehkan Mahkamah Syariah untuk memberi hukuman berkaitan kesalahan yang tersenarai di bawah Seksyen 2A selain daripada hukuman mati.
Penambahbaikan Rang Undang-Undang Islam ini langsung tidak memberi sebarang kesan kepada golongan bukan Islam.
Hal ini sudah ditekan sekali lagi oleh CEO IKSIM, merangkap Bekas Peguam Kanan  Persekutuan dan Ahli Jawatankuasa Teknikal Syarak/Sivil dalam sebuah rancangan di TV Al Hijrah pagi tadi, bahawa Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.
Abu Ridhuan

Thursday, 26 May 2016

Siapa Ahli Parlimen Pengkhianat Agama?

Hari ini akan dibentangkan pindaan kepada Akta 355 untuk memperkasakan Undang-Undang Syariah di dalam negara untuk bacaan pertama di dalam Parlimen.

Pada ketika semua tenaga, kekuatan dan jumlah Undi Ahli Parlimen Islam diperlukan untuk menyokong pindaan ini, malang sekali, Kami dimaklumkan bahawa terdapat Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam yang akan bertindak tidak menyokong usul pindaan Akta 355.

Maka, pada hari ini, semua umat Islam di dalam negara ini akan berpeluang untuk melihat siapa duri dalam daging dan gunting dalam lipatan yang akan menjejaskan agenda untuk memperkasakan kedaulatan Islam dalam negara.

Hari ini juga, wajah-wajah pengkhianat agama kita di kalangan Ahli-Ahli Parlimen akan diketahui. 

Untuk PRU ke 14 yang akan datang, kita akan pastikan wajah-wajah pengkhianat agama ini tidak akan mewakili mana-mana kerusi Parlimen. Jika dicalonkan juga dengan degil, maka siapa pun dia dan apa jua parti yang diwakilinya, kami menyeru semua umat Islam di kawasannya untuk menolak dan tidak mengundi pengkhianat-pengkhianat ini dengan tegas!

Cukup-cukuplah Islam dirosakkan dari dalam selama ini. Pengkhianat Agama harus diajar secukup-cukupnya!

Wednesday, 25 May 2016

Pendakyah Sekularis Masuk Malaysia Lagi?!


Siapa Dr Abdullahi Ahmed An-Naim Yang Dijemput IRF Mengadakan Siri Dialog Dan Pertemuan Di Malaysia?


Beliau adalah antara tokoh terkemuka yang diangkat oleh barat kerana fahaman negara liberal dan bertegas menolak perundangan Syariah.

Beliau mendakwa perundangan Syariah adalah bukan daripada sumber wahyu, dan cuma diperoleh daripada proses ijtihad para ulama. Proses ijtihad ini menurutnya telah menjadikan sistem ini bukan lagi berlandaskan wahyu, akan tetapi cuma dari hasil pemikiran dan campur tangan manusia.

Nuansa perjuangan beliau yang mengatakan hukum syariah bukan berasaskan kepada wahyu begitu selari dengan apa yang diperjuangkan oleh kumpulan NGO yang difatwakan sesat oleh Negeri Selangor iaitu Sisters In Islam (SIS) dan juga NGO dan kumpulan-kumpulan Islam Liberal lain seperti Islamic Renaissance Front (IRF) dan kumpulan G25.

Beliau juga menyeru agar perundangan Syariah dirombak agar selari dan senada dengan hak asasi universal sejagat.

*Tolak Quran Kalau Tidak Selari Dengan Hak Asasi Universal*

Baginya, mana-mana ayat Quran dan Sunnah yang tidak konsisten dengan hak asasi universal perlulah ditolak daripada dijadikan sumber perundangan dan cuma dianggap terbatas kepada konteks sejarah silam sahaja.

Menurutnya, hanya ayat-ayat Quran dan hadis yang senada dengan hak asasi universal sahaja boleh digunakan sebagai asas  dalam perundangan Islam.

*Syariah Perundangan Lapok*

Dr Abdullahi Ahmed An-Naim berpendapat perundangan Syariah yang sedia ada pada masa sekarang ini adalah lapuk dan tidak lagi sesuai dilaksanakan pada zaman ini. Beliau berpendapat agar perundangan ini dirombak supaya tidak lagi mendiskriminasikan dan memberi layanan buruk kepada kaum wanita, mereka yang bukan Islam, dan golongan murtad. Beliau juga dikatakan pernah berkata, _"if I don't have the freedom to disbelieve, I cannot believe."_


*Islam Disebar Melalui Jalan Perang?*

Dr Abdullahi Ahmed An-Naim berkata bahawa pemahaman tradisional perundangan Syariah membenarkan negara bukan Islam diserang dan ditakluki sebagai langkah untuk menyebarkan Islam. Beliau juga berkata bahawa Syariah klasik membenarkan tahanan lelaki untuk dibunuh, dan kaum wanita dan kanak-kanak dijadikan hamba tawanan perang sepertimana yang telah dilakukan oleh pengikut ISIS terhadap kaum wanita Yazidi di Syria. Beliau berpendapat bahawa ISIS boleh diatasi sekiranya umat Islam sepakat untuk menggunakan penafsiran alternatif bagi dalil-dalil perundangan Syariah.

*Sokong Sekular & Tolak Konsep Negara Islam*

Dr Abdullahi Ahmed An-Naim juga sangat tidak bersetuju dengan konsep negara Islam. Bahkan beliau berpendapat bahawa umat Islam amat memerlukan negara yang sekular.

Baginya, adalah mustahil bagi sesebuah negara untuk dikira sebagai 'Islam' sedangkan negara itu sendiri bukanlah sebuah entiti yang boleh berfikir, merasa ataupun beriman. Jadi bagaimana negara tersebut boleh dikira sebagai negara Islam?

*Apa Tindakan Pihak Berkuasa Kita?*

Beliau akan mengadakan siri lawatan ke beberapa negeri di dalam negara Islam Malaysia dan bakal mendakyah fahaman sekular ke dalam negara. Persoalannya, apakah kita dan pihak berkuasa kita hanya mahu diam dan menunggu pukul 5 petang untuk punch card dan pulang serta tidak berbuat apa-apa untuk menghalang pendakyah dengan agenda seperti ini merosakkan sistem negara yang kita bina dengan jerit payah selama ini?

Kami tinggalkan persoalan itu untuk dijawab dengan perbuatan dan pelaksanaan undang-undang oleh pihak berkuasa kita.

Thursday, 12 May 2016

Kolej Swasta Di Pulau Pinang Edar Bible Kepada Pelajar Islam

Kelemahan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Exco Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim membentangkan undang-undang kawalan agama Bukan Islam untuk diwartakan, menyebabkan aktivti provokasi dan pendakyahan agama bukan Islam ke atas orang Islam di Pulau Pinang semakin menjadi-jadi.

Terbaru, pelajar-pelajar sebuah kolej swasta di Pulau Pinang mendakwa mereka diberikan satu salinan buku doa Kristian setiap seorang.

Ini merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Exco Agama Islam negeri Pulau Pinang seharusnya mengambil tanggungjawab untuk memastikan perkara seumpama ini tidak lagi berlaku kini dan pada masa hadapan.



NGO-NGO Islam seharusnya menyembah maklum serta merafak sembah membawa cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDP) untuk menitahkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk membentangkan, meluluskan dan seterusnya mewartakan enakmen kawalan agama Bukan Islam di negeri itu.

Kementerian Pengajian Tinggi juga harus memulakan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk memberikan amaran dan menggantung lesen kolej berkenaan jika perkara ini merupakan perkara yang disengajakan serta mendapat restu pihak pengurusan kolej.

Kolej merupakan tempat menimba ilmu dan bukan markas dakyah agama-agama yang tertakluk amalan mereka supaya bersikap aman dan damai terhadap Islam sepertimana termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Jangan mengambil isu ini sebagai isu kecil dan disapu kemudiannya di bawah permaidani. Cukup-cukuplah bersikap tidak apa selama ini.

Semua pihak dituntut supaya bertindak mengikut lunas undang-undang sedia ada.

Tuesday, 10 May 2016

Boo Su Lyn & Dystopia Babistan

Jika membaca penulisan-penulisan Boo Su Lyn, wartawan Malaymail Online, kita pasti tidak akan kenal negara yang sering beliau rujuk sebagai tempat tinggalnya. Segalanya bermasalah. Segala kotor, jijik dan merosakkan. Seolah-olah beliau tinggal di dalam sebuah negara khayal tanpa ketum. Terhalusinasi dari persepsi terbit dari observasi songsang. Seolah-olah beliau hidup di dalam sebuah dystopia, tetapi masih belum mahu bermigrasi keluar dari dystopia yang beliau bebelkan.

Kali ini beliau menulis mengenai mentaliti babi. Seolah, hanya babi itu sahaja yang haram untuk dijamah muslim. Seolah Katak, beruang dan binturung boleh dijamah asalkan ada papan tanda "No Pork, No Lard". Bersungut beliau seolah di negara dystopia beliau, rakyat pelbagai kaum dan agama, tidak menjamu selera ditempat yang sama.

Mungkin restoran segera seperti KFC dan sebagainya tidak wujud di dalam negara dystopia khayal tanpa ketumnya. Jika beliau hidup di Malaysia, mungkin beliaulah yang tidak mahu bercampur dan makan di tempat di mana rakyat Malaysia berkumpul dan makan bersama. Beribu tempat seperti itu wujud di Malaysia.

Jika benar sekalipun keadaan dystopia itu wujud menurut pengalaman Boo Su Lyn, boleh sahaja kita rujuk negara halusinasi itu sebagai Dystopia Babistan. Rakyatnya hanya seorang bernama Boo Su Lyn. Sebuah negara imaginari tempat Boo Su Lyn tinggal, membebel dan hidup mencari makan dengan menulis sungutan-sungutan mengenainya.

Jika Boo Su Lyn seorang anggota IS, tentu sahaja nama gelarannya Boo Su Lyn al Babistani.


Zaid Ibrahim Mahu Raja-Raja Melayu Ambil Alih Peranan Pembangkang

Ku sangka wanita cantik tersenyum memandang, rupanya transgender mengajak minum petang. Itulah pepatah yang semakin sesuai untuk digunakan di zaman tahun-tahun tanpa hujan mengiringi kemunculan Dajjal dan gerakan bejatnya.

Gerakan Dajjal merupakan gerakan yang sangat kuat. Justeru itu, perenggan awal di atas tidak terguna pakai ke atas Zaid Ibrahim yang serba tidak menjadi di dalam perjudian nasib politiknya. Lemah pengaruh politiknya, sehinggakan mendiang Karpal Singh pernah mengatakan "Zaid Ibrahim Tidak Relevan".

Semalam, beliau kembali menghiburkan di kala pakatan pembangkang sedang meratapi kekalahan teruk Pilihanraya Umum Negeri Sarawak.

Katanya, kekalahan itu menandakan bahawa pembangkang tidak lagi dapat berperanan dengan kuat sebagai elemen semak dan imbang kepada kerajaan.

Lalu beliau mengalami momen Eureka. Lantas beliau mencadangkan solusi agar Raja-Raja Melayu diberikan kuasa untuk mengambil alih peranan pembangkang sebagai elemen semak dan imbang kerajaan.

Bukankah Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang berkhidmat kepada YDP Agong?

Entah apa yang dijamahnya sebelum membuat cadangan tersebut. Harapan kami, beliau tidak terus memandu sehingga beliau sedar kembali yang cadangannya sebentar tadi ialah satu bentuk cadangan undur ke belakang.

Untuk Malaysia terus maju, Ahli Politik Gear Undur seperti Zaid Ibrahim seharusnya sudah tidak lagi dilayan pendapat-pendapatnya. 

Monday, 9 May 2016

PRN Sarawak : Mereka Hina Allah, Allah Hina Mereka

Tiada penghinaan lebih besar daripada kebiadaban pelampau politik Evangelis menghina nama Allah dalam usaha percaturan politik yang mengimpikan kemenangan besar-besaran dalam Pilihanraya Negeri Sarawak sebelum ini.

Perangai mereka, kocakkan air sehingga keruh dan ikan akan dapat dipancing dengan mudah. Bagi penyembah peti undi, politik ala Machiavelli adalah satu kemestian untuk memastikan matlamat ingin menguasai Sarawak dapat dicapai.

Islam dijadikan karung tinju dan nama Allah dihinakan dan dijadikan komoditi tukaran sepanjang beberapa tahun lepas.

Tetapi, sebagaimana apa yang telah Allah Firmankan selama ini :

Dan esungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka, sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun. (Ibrahim ayat 46)

Kekalahan rejim evangelis ini sudah diduga. Semoga semua yang turut bersekongkol bersama mereka turut menuju kehancuran yang sama.

Friday, 6 May 2016

Liberalis G25 Sekat 'Liberty' Bersuara?!

Setelah kempen jahat yang mahu dilakukan oleh sekumpulan liberalis penjawat awam pencen yang antara lain mahu menghapuskan perundangan Syariah daripada sistem perundangan negara mendapat kecaman dan kritikan oleh kebanyakan warga Malaysia.

Kumpulan yang sering berbangga dengan idea 'keterbukaan', kononnya liberal dalam segala hal, sehinggakan aktiviti-aktiviti khalwat sekalipun mahu dibiarkan mengambil tempat dengan berleluasa atas alasan 'dosa peribadi' dan tidak patut ditegah, tiba-tiba, hari ini sudah belajar menjilat ludah sendiri.


Khabarnya salah seorang daripada tokoh jurucakap kumpulan penjawat awam pencen berkenaan telah menyaman seorang aktivis media sosial yang sering terkedepan dalam menegah dan mengkritik pandangan-pandangan liberal kumpulan tersebut.

Mengikut pertuduhan, tokoh media sosial tersebut dikatakan telah diaibkan dengan satu posting yang mendakwa bahawa beliau telah menghina Islam dan bukanlah seorang Muslim yang baik.


Mungkin juga disebabkan oleh faktor usia, tokoh liberalis kelab pencen tersebut lupa, bahawa salah seorang ahli kelab beliau, berbangga dengan naratif Malaysia ideal dengan aktiviti minum wiski secara terbuka dipandang 'biasa'.

Kalau dah minum wiski dan berkhalwat pun masih boleh dianggap sebagai 'good Muslim', wanita ini mungkin dah nyanyuk tahap gaban!


Mungkin artikel yang diterbitkan oleh Utusan Online berdasarkan pandangan empat orang Mufti , yang antara lain menyarankan mereka semua supaya bertaubat, harus dibaca dan difahami kumpulan liberalis pencen tersebut?!

Wednesday, 4 May 2016

Fitnah Kerajaan Benarkan Murtad : Pencerahan Kes Rooney Anak Rebit Oleh CEO IKSIM

Diharapkan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membuat keputusan untuk tidak merayu atas keputusan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak yang membenarkan Roneey Anak Rebit untuk mengeluarkan perkataan Islam daripada kad pengenalannya menjernihkan segala polemik.

Ini kerana menurut kenyataan KP JPN, mahkamah berpuas hati dengan status Roneey Anak Rebit yang tidak pernah mengamalkan ajaran Islam kerana dilahirkan sebagai Kristian dan dibesarkan sebagai Kristian Bidayuh walaupun pada umur 8 tahun kedua ibubapanya memeluk Islam. Bahkan Jabatan Agama Islam Sarawak telah mengesahkan fakta sedemikian dan tidak membantah permohonan Roneey untuk mengeluarkan perkataan Islam daripada Kad Pengenalannya.

Apa yang jelas dalam kes ini, bukanlah kebenaran untuk murtad sebagaimana tanggapan ramai. Ia adalah kes pentadbiran kerana Roneey memang sejak dari awal tidak pernah memeluk mahupun mengamalkan Islam.

Orang yang beriman dan Islam yang sah mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah mengucapkan kalimah Syahadah dengan lidah, beramal dengan rukun-rukunnya dan membenarkan dengan hati. Penyaksian syahadah tidak memadai hanya dengan kata-kata, bahkan mesti beriman dengan maknanya dan beramal dengan segala perintahNya (Fatawa Al-Lajnah Al-Da'imah Lil Buhuth Al-'ilmiyyah wa Al-iffa', 3/248)

JPN sepatutnya sejak dari awal lagi akur dengan kenyataan "no objection" yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Sarawak sebagai pihak berkuasa agama. Bahkan Mahkamah Syariah Sarawak sendiri telah mengeluarkan surat menyatakan ia TIDAK berbidangkuasa ke atas Roneey mungkin berdasarkan kenyataan dari MIS itu. Membiarkan kes sebegini berpanjangan hingga ke Mahkamah hanya mengundang berbagai salah tanggapan terhadap institusi agama.

Bukan sedikit tohmahan yang dilemparkan terhadap institusi Islam ekoran dari isu ini sama ada dari kalangan Islam dan bukan Islam sedangkan mereka tidak mempunyai fakta yang lengkap untuk membuat kesimpulan negatif terhadap institusi agama.

Kes Roneey ini jauh berbeza dari fakta kes Lina Joy yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sepuluh tahun lalu. Justeru keputusan JPN untuk tidak meneruskan rayuan sebenarnya mengizinkan kedudukan undang-undang mengenai isu menukar agama oleh orang Islam sebagaimana yang diputuskan dalam kes Lina Joy terus kekal mengikat (binding).

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuching ini sebenarnya tidak pun mengusik keutuhan prinsip undang-undang dalam kes Lina Joy itu dan tentu sekali kes Roneey ini tidak mengikat kes-kes lain di masa akan datang.

Apa yang pasti pendekatan Institusi Agama Islam sudah begitu terbuka dan langsung tiada unsur penindasan seperti yang cuba ditohmah oleh sesetengah pihak tidak bertanggung jawab yang sengaja ingin menangguk di air keruh dalam isu antara agama di Negara yang aman damai ini.

Sikap sedemikian tentunya mudah kita fahami terutama sekali menjelang pilihanraya Negeri Sarawak ini.

Hubungan antara rakyat berbagai agama akan terus tidak harmoni selagi ada pihak yang cuba mengeksploitasi isu agama untuk kepentingan politik sempit mereka. Semoga pemain-pemain politik sempit ini ditolak oleh rakyat Negara ini.

Dato' Professor Hj Mahamad Naser Disa
CEO IKSIM







Rujukan :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1041003602646388&id=576546752425411

Tuesday, 3 May 2016

Fitnah Ikram-Maza, Antara 'Menegakkan Benang Yang Basah' & 'Melepaskan Anjing Yang Tersepit'

Belumpun sampai dua minggu kenyataan yang dibuat oleh CEO IKSIM Dato' Mahamad Naser Disa kepada portal berita Antara Pos yang antara lain menyarankan agar syarahan Dr Zakir Naik di UTEM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) hanya ditukar tajuk dan bukannya dibatalkan terus seperti yang didesak sesetengah pihak.

Saranan tersebut juga telah disambut baik oleh pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan pihak-pihak berkuasa yang lain. Program syarahan  antara agama yang khabarnya telah dianjurkan oleh kelompok yang akrab dengan seorang Mufti dan seorang ahli politik itu pada awalnya diarahkan untuk dibatalkan oleh Ketua Polis Negara kerana mengetengahkan tajuk yang agak kontroversi kepada umat Islam dan penganut agama Hindu iaitu ‘Similarities of Hinduisme and Islam’. 

Sumber aidc.news
                                                                                      
Dato’ Mahamad Naser Disa yang ditemubual oleh Antara Pos telah mengemukakan pandangan kepada pihak berkuasa dan nampaknya ia telah diterima baik dan syarahan tersebut telah dibenarkan untuk diteruskan atasa alasan pertukaran tajuk.

Namun entah apalah bala tiba-tiba saja Dr. Maza dengan gopoh dan tanpa usul periksa telah menyerang IKSIM (Institut Kajian Strategik Islam Malaysia) yang kononnya badan pemikir kerajaan itu sering memupuk perasaan kebencian dan sektarian sesama Islam.

Tohmahan jahat yang dibuat oleh Dr. Maza tersebut itu sebagaimana biasa telah dilakukan secara gopoh dan tanpa sebarang usul periksa, jauh sekali bernilai akademik.


Beliau kelihatan terlalu ghairah untuk mempertahankan rakan-rakan yang sealiran dengannya dalam Ikram, lalu dengan tergesa-gesa dan melulu pula menuduh IKSIM memfitnah ngo Islam tersebut. Sedangkan apa yang berlaku ialah terdapat pandangan yang hairan apabila pertubuhan yang dikatakan mendukung Islam itu kelihatan beberapa kali menyokong gerakan liberalis seperti kumpulan kakitangan awam pencen G25.

Ternyata persoalan yang disuarakan oleh IKSIM itu juga telah menjadi satu tandatanya besar di kalangan seluruh masyarakat , dan adakah amat tidak adil untuk ngo terbabit meletakkan bebanan ke atas IKSIM semata-mata untuk membuat penjelasan sedemikian.


Tanpa mendapatkan penjelasan dari IKSIM, Dr. Maza juga telah membuat fitnah terhadap IKSIM kononnya ia adalah institusi kerajaan yang bergantung kepada dana pembayar cukai!

Sedangkan IKSIM belum dapat merasai sumbangan wang cukai kerajaan. Sebaliknya pula IKSIM yang telah bertungkus lumus melatih pegawai dan kakitangan Kerajaan di seluruh Negara.

Kes Murtad Sarawak: Kenyataan Media PERKASA



MUDAHNYA MURTAD DI SARAWAK

'NAJIB jamin gugur kes murtad di Serawak' (petikan Malaysiakini 02 Mei 2016).

1. PERKASA sangat terkilan dan bimbang dengan kenyataan Adenan Satem yang mengaitkan Perdana Menteri berhubung isu 'murtad'  'Azmi Mohamad Azam' atau Rooney Rebit seperti yang disiarkan dalam portal Malaysiakini bertarikh 02 Mei 2016.

2. Lalu PERKASA sebagai NGOs yang antara perjuangannya konsisten mempertahankan  islam melihat kenyataan Adenan Satem ini amat berbahaya kepada kedudukan agama islam  sebagai Agama Persekutuan.  Sehingga memudahkan isu 'murtad'  ini menjadi mudah dan hanya boleh ditukar dengan sehelai kertas undi.

3. Atau adakah Adenan Satin tersentak hanya tekanan tulisan oleh kolumnis Stephen Ng yang mengkritik beliau berhubung kelewatan menangani isu murtad ini yang boleh menghakis sokongan pengundi kristian walhal mahkahmah Tinggi Serawak hanya baru membuat penghakiman pada 24 Mac 2016 membenarkan permohonan Roneey Rebit menukarkan namanya di Jabatan Pendaftaran Negara.

4.  Jelas  kenyataan terdesak ini,  boleh menimbulkan pelbagai persoalan.  Yang nyatanya apakah benar kuasa Perdana Menteri boleh mengatasi undang-undang, walhal kes 'pemurtadan' Ronney Rebit ini masih dalam peringkat rayuan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Serawak dan memerlukan kebenaran dari Mahkamah Syariah.

5.  Tidak mustahil kalau permohonan murtad semudah ditukar dengan kertas undi, akan berlaku permohonan murtad dalam pilihanraya-piligaraya akan datang.

6. PERKASA  menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Serawak yang  membenarkan 'pemurtadan' Rooney Rebit atas jaminan hak perlembagaan kebebasan beragama. Namun PERKASA juga berharap semua pihak termasuk Perdana Menteri mesti menghormati hak Jabatan Pendaftaran Negara merayu dan peranan Mahkamah Syariah Serawak dalam urusan umat islam.

7. Janganlah kerana hendak mendapat undi lalu islam  diperdagangkan.

8. PERKASA juga terkilan apabila isu murtad ini dipandang sepi oleh jabatan-jabatan agama, mufti-mufti, ulamak, pebdakwah dan pihak berkuasa agama seolah-olah Negeri Serawak boleh mengolah undang-undangnya sendiri tanpa terikat dengan Perlembagaan Persekutuan.

8. Justeru PERKASA mengharap supaya Jabatan Pendaftaran Negara Serawak dan Mahkamah Syariah pertahankan peraturan yang digubal dan jangan tunduk kepada tekanan kuasa politik dalam membuat keputusan. Kerana sesungguhnya isu murtad ini adalah isu amat besar disisi islam.

HASSAN BASRI MUHAMMAD
Ketua Penerangan PERKASA MALAYSIA