Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Saturday, 30 April 2016

IKRAM Sekongkol G25, Punca Komplot Fitnah MAZA Dari Mekah

Setelah posting dua hari lepas berkenaan fitnah Mufti Perlis dari bumi haram, pihak kami mengambil inisiatif lanjut untuk melihat persoalan ini di dalam konteks punca dari mana mata-mata fitnah itu terbit. Kami difahamkan bahawa page Dr MAZA, selepas teruk dikecam kerana memfitnah semalam, telah menghapuskan posting fitnah tersebut tanpa melakukan sebarang permohonan maaf.

Kami juga difahamkan bahawa mata-mata fitnah ini keluar dari satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak IKRAM kerana tidak berpuas hati nama organisasi mereka disebut sebagai antara organisasi Islam yang telah beberapa kali menyatakan sokongan kepada kumpulan G25.



Kami memeriksa sama ada IKRAM benar-benar terlibat menyokong kumpulan G25 atau pun tidak. Hasil daripada penemuan tersebut, menunjukkan IKRAM hadir di dalam majlis himpunan 96 NGO yang menyatakan sokongan kepada kumpulan G25 pada 22 Disember 2014. (1)


Kemudian IKRAM juga terlibat memberikan sokongan sekali lagi kepada kumpulan G25 bersama kumpulan Plan of Actions For Malaysia (PoAM) bersama 48 NGO yang lain. (2)

Pendedahan fakta berkenaan sokongan IKRAM terhadap kumpulan G25 inilah yang menjadi punca Setiausaha Agung IKRAM memfitnah IKSIM yang kemudiannya disambut oleh Dr MAZA dari Mekah.

KOMPLOT G25 HAPUSKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH?

Kumpulan G25 sebagaimana semua sedia maklum, menimbulkan kontroversi apabila forum yang dianjurkan mereka pada Disember 2015, dikecam ramai pihak kerana menuntut serta membuat beberapa perancangan termasuk untuk mengaudit dengan tujuan mengubah atau membatalkan sepenuhnya undang-undang syariah di setiap negeri di dalam Malaysia.

Walaupun pihak G25 cuba membuat penafian, tetapi rakaman audio komplot perancangan tersebut didedahkan oleh kumpulan yang menamakan gerakan mereka sebagai Komplot Watch.

Klik Untuk Ke Video Komplot Watch

Klik Untuk Ke Video Bhg 2 Komplot Watch
Pendedahan IKRAM yang bersekongkol dengan puluhan NGO lain menyokong G25 inilah yang menjadi punca anak-anak panah fitnah dengan mata yang beracun diluncurkan Mufti Perlis tanpa bertabayyun dari bumi Mekah, sebuah Tanah Suci untuk umat Islam.

Sesuatu fakta yang disampaikan dengan bukti-bukti jelas, tidak boleh ditakrifkan sebagai satu fitnah. Untuk IKRAM mentafsirkan pendedahan fakta sokongan mereka terhadap G25 sebagai satu fitnah, ia dilihat sebagai satu percubaan keras dan terdesak menyembunyikan fakta sokongan tersebut daripada ahli-ahlinya dan orang awam.

IKRAM TIDAK PERNAH TARIK SOKONGAN KE ATAS G25?

Sehingga hari ini, IKRAM tidak pernah mengeluarkan kenyataan menafikan mereka terlibat di dalam kumpulan 96 dan 48 NGO yang menyokong G25. Mereka juga, sehingga hari ini tidak pernah mengumumkan menarik diri dari senarai 96 dan 48 NGO yang menyokong G25.

Amatlah mengecewakan apabila tindakan menyokong G25 dan kemudian melabelkan pendedahan fakta seumpama ini sebagai satu fitnah, semua perlakuan sembrono seumpama ini, menjejaskan imej IKRAM di mata umat Islam sendiri.



Rujukan :
1) http://aliran.com/civil-society-voices/2014-civil-society-voices/almost-100-ngos-rally-behind-24-moderate-muslims/
2) http://www.straitstimes.com/world/ngos-rally-behind-g25-rep-amid-sedition-probe

Thursday, 28 April 2016

Mufti Perlis Memfitnah Dari Bumi Haram?

Amat menghairankan apabila seorang yang bertaraf mufti, meletakkan kedudukan yang mulia itu lebih rendah dari golongan yang tidak memahami dan beriman dengan ayat al Quran.

al Quran menyatakan dengan jelas di dalam ayat 6 surah al Hujurat seperti berikut :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Pagi ini, Dr MAZA yang sentiasa kecanduan publisiti, mencari publisiti dengan menyerang secara terbuka sebuah Institusi yang memberi fokus perjuangan mereka kepada agenda mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara.

Pihak kami, warga kerja Bangkit.info, merupakan antara pihak yang pernah menghadiri majlis-majlis taklimat isu semasa oleh pihak IKSIM. Pihak kami melihat, pihak IKSIM sentiasa meletakkan fakta sebagai asas penyampaian.



Maka untuk pihak Dr MAZA menyatakan sesuatu yang kami lihat sebagai tidak selari dengan pengalaman pihak kami dengan majlis-majlis taklimat IKSIM, maka satu kesimpulan yang dapat kami buat ialah, Dr MAZA tidak pernah membuat hubungan atau mengambil inisiatif untuk menunjukkan tahap keimanan beliau dengan firman Allah di dalam ayat 6 surah al Hujurat di atas.

Pihak kami juga telah menghubungi pihak IKSIM bertanyakan sama ada ada wakil dari Pejabat Mufti Perlis atau admin page mereka untuk bertabayyun dengan isu itu terlebih dahulu. Maklumbalas yang dikemukakan ialah, usaha untuk mendapatkan maklumat sebenar dari pihak IKSIM tidak pernah dilakukan Pejabat Mufti Perlis dan admin page tersebut.

Kami menyeru pihak Dr MAZA supaya mengambil peluang sementara berada di bumi Mekah untuk bertaubat nasuha kepada Allah dan menghindarkan diri dari terus menjadi lidah penyambung fitnah.

Bertaubatlah Mufti sebelum peluang bertaubat itu berakhir.

Saturday, 9 April 2016

Antara Kewarasan Mississippi & Kecelaruan Mental Bandar San Diego!

Amerika Syarikat, ‘the land of the free’ circa abad ke 21 bukanlah lagi sebuah tanah yang menjadi refuge kepada pendatang-pendatang kulit putih eropah yang percaya kepada akidah satu Tuhan, ‘unitarian churches’ yang mahu dibakar sesetengah pengikut Kristian di Eropah.

Amerika Syarikat yang dimajukan bersama oleh mereka-mereka yang mahu lari daripada kebejatan mentigakan ke-Esa-an Tuhan, sudahnya kini seperti melengkapi label ‘Great Satan’ yang diberikan oleh mendiang Presiden Venezuela, Hugo Chavez apabila menghumbankan masa depan rakyatnya jatuh ke tangan ektremis LGBT setelah Mahkamah Supreme mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Gabenor Mississippi, Phil Bryant
Kemuncak kepada semua ini ialah apabila ‘Uncel Sam’, tipikal negara pembuli tegar dunia, mengiktiraf pula seorang lelaki wanita transgender daripada Malaysia, sebuah negara yang sedang gigih mendaulatkan Islam Agama Negara selari dengan undang-undang tertingginya.

Tidak cukup dengan itu, tarikh kelahiran lelaki ‘keliru mental’ tersebut diangkat pula oleh bandar San Diego sebagai hari meraikan beliau, kerana gigih hidup sebagai ‘wanita’ Muslim dibawah undang-undang Syariah.

Namun dalam kegilaan dan kecelaruan mental overdose yang sedang mengambil tempat, masih ada lagi susuk-susuk waras seperti di Mississippi yang memilih untuk tidak terjerumus ke dalam raket pembulian golongan LGBT hanya kerana mereka berpegang teguh kepada ajaran agama dan ketinggian moral.

Dalam ‘jerit-pekik’ yang mengambil tempat sekian lama di media massa dan sosial dan ugutan boikot beberapa syarikat seperti Paypal dan Lionsgate, Gabenor negeri Mississippi, Phil Bryant memilih untuk bertegas menandatangani House Bill 1523, undang-undang yang membenarkan individu, premis perniagaan dan organisasi keagamaan untuk tidak berurusan dengan mana-mana individu yang gaya hidup mereka bertentangan dengan ‘sincerely-held religious beliefs’ individu atau organisasi-organisasi terbabit.

Tweet Gabenor Phil Bryant

Syabas diucapkan kepada Gabenor negeri tersebut yang masih waras dan tabah walaupun diasak dengan herdikan dan cacian di sosial media bertalu-talu.

Menarik untuk diamati, dalam kerangka sebuah negara sekular, sesetengah penduduk Amerika Syarikat masih mahu mendaulatkan agama dan keagamaan.

Terbaru khabarnya Tennessee juga telah meluluskan satu bill (HB1840/SB1556) untuk membenarkan pakar kesihatan mental untuk menolak daripada memberikan khidmat mereka kepada golongan LGBT atas alasan 'using religious beliefs as justification'.

Persoalannya, kenapakah kita yang mempunyai Islam sebagai Agama bagi Persekutuan, seperti yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memilih untuk berbuat sebaliknya?!

Dan kenapakah dikalangan menteri kabinet yang terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara Islam pada setiap masa, sanggup menjadi petualang negara dengan membenarkan golongan keliru mental ini menggunakan pintu belakang pejabat kuasanya di Jabatan Perdana Menteri untuk melayan kebiadaban serta kesombongan golongan sakit ini?

Kepada pihak pemerintah, haruslah sentiasa beringat bahawa kuasa dan pemerintahan adalah milik Allah SWT untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Jangan kita terbuang kelak hanya kerana memberi ruang kepada golongan seperti ini menghina dan terus memijak-mijak maruah Agama Negara!

Friday, 8 April 2016

Siapa Menteri Layan Pondan Di JPM?

Seorang lelaki berpakaian wanita, Nisha Ayub, telah berkongsi gambar beliau berposing bersama seorang lelaki berpewatakan wanita yang lain di dalam salah sebuah Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.



Lelaki berpakaian wanita ini, merupakan seorang Presiden kepada sebuah pertubuhan yang menamakan diri mereka Justice For Sisters. Antara matlamat perjuangan Justice For Sisters ini ialah, untuk menghapuskan semua undang-undang jenayah syariah yang menjadikan satu kesalahan untuk mana-mana lelaki berpakaian seperti wanita.

Persoalannya, siapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terlibat dengan program Transgender Sensitization di Jabatan Perdana Menteri? Siapa Menteri yang membuat kerja melayan pondan dan tuntutan-tuntutan melampau kumpulan pondan ini di Jabatan Perdana Menteri?

Difahamkan kerusi di dalam bilik tersebut mirip kerusi di dalam pejabat Dato’ Paul Low.

Kami juga difahamkan bahawa biliknya juga turut digunakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang lain. Persoalannya, siapa yang melayan pondan di dalam pejabat tersebut?

Perlu kami ingatkan bahawa Kerajaan yang memerintah pada hari ini, menerima amanah pemerintahan daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang telah bersumpah untuk memelihara Islam pada setiap masa. Perkara 37 (1) Perlembagaan menuntut YDP Agong untuk bersumpah dengan sumpah yang bermatlamat demikian.

Juga perlu diingatkan bahawa Kerajaan yang memerintah pada hari ini, ialah kerajaan yang mentadbir negara Malaysia dengan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan. Ia ditegaskan di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan.

Kenapa, perkara seumpama ini dibenarkan berlaku di dalam bangunan yang menempatkan institusi pemerintahan yang terikat dengan amanah dan peranan untuk memelihara Islam pada setiap masa?


Menteri Petualang yang bertanggungjawab harus disoal siasat dan dikenakan tindakan yang sepatutnya kerana menghina serta berkompromi dengan sumpah YDP Agong!


Thursday, 7 April 2016

Terima Kasih Canada

Penulisan ini dibuat untuk menghargai usaha dan jerit payah kerajaan Negara Kanada, mengutip penggemar bontot yang kini mengaku tidak bertuhan, Hazim, diberi status pelarian yang dilindungi.



Kenapa setakat status pelarian? Kami warga kerja Bangkit.info, menyeru supaya dia diberikan kerakyatan tetap dan diberikan semua hak yang patut dinikmati oleh warga Kanada.

Juga, kami menyeru supaya niat baik Kerajaan Kanada diperluaskan dengan mengambil dan mengutip semua golongan LBGTIQ di Malaysia untuk menjadi warga negara Cadana sepenuhnya.

Penuhkan Kanada dengan mereka, jasa baik Negara Tuan amat kami hargai.

Tahniah Canada.

Untuk golongan LGBTIQ, Murtadin dan Kafir Harbi yang ingin menurut langkah Hazim, berikut no telefon Kedutaan Canada dan alamat surat menyurat mereka.


KEDUTAAN KANADA
TINGKAT 17, MENARA TAN & TAN
NO. 207, JLN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
TELL : 03-2718 3333
FAX : 03-2718 3399



Cepat mohon. Kanada memerlukan anda.


Ketandusan Hero, Amerika Syarikat Mengherokan Mak Nyah Malaysia!

Kebah sudah episod jerit-menjerit sekumpulan lelaki berpakaian wanita di sebuah hotel lima bintang di ibu kota ahad lepas. Episod hodoh yang menyaksikan seorang yang (dipercayai) wanita menjerit-jerit memarahi beberapa penjawat awam yang dikatakan ‘telah merempuh’ masuk ke dalam majlis maksiat kumpulan LGBT yang sedang berpesta liar pertandingan ‘Miss Pondan’.
Pertandingan yang menyaksikan ramai lelaki berpakaian wanita tersebut kononnya diadakan untuk tujuan anal amal. Tentunya ada seribua satu cara lagi yang boleh digunakan untuk mengutip derma.
Tentu juga ada seribu satu cara lagi untuk mengutip derma tanpa perlu menyalahi peruntukkan  undang-undang sedia ada. Tentu juga untuk tujuan amal, episod jerit-menjerit seperti itu sepatutnya tidak mengambil tempat.
Namun kumpulan LGBT yang berpesta pada malam tersebut memilih untuk melakukan yang terlarang dan menyalahi undang-undang dan syarak. Siap dengan bouncer segala mereka berpesta. Sehinggakan seorang wartawan menjadi mangsa kerana mengambil gambar pada pesta liar kumpulan tersebut pada malam itu.

Petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pula diugut dan diherdik oleh satu dua susuk seperti yang dapat kita lihat dengan jelas oleh video rakaman jurugambar sebuah akhbar tempatan.
Kumpulan LGBT kali ini nampak sangat agresif dan seperti tiada langsung perasaan malu dalam diri untuk menginsafi kesalahan.
Sudah tentu anugerah yang diterima oleh duta kebangaan mereka, seorang lelaki ‘keliru mental’ di Amerika Syarikat beberapa hari lalu sedikit sebanyak telah memberikan satu suntikan keyakinan baru kepada kumpulan ini. Lelaki Malaysia pertama yang menerima anugerah kewanitaan berperingkat dunia, tajaan Uncle Sam tersebut sudah dijadikan role model ulung gerakan LGBT tempatan.
Namun benarkah pandangan perubatan yang menyatakan bahawa perbuatan transgender adalah satu penyakit kecelaruan mental?

Dr Paul R McHugh, bekas ketua pakar psikatri di Hospital John Hopkins berpedapat bahawa aktiviti transgenderisme merupakan satu penyakit kecelaruan mental yang harus diubati dan pembedahan tukar jantina adalah 'biologically impossible'.

Malah dia juga berpandangan bahawa sesiapa yang mengunjurkan seks tukar jantina adalah adalah kumpulan yang bersekongkol mempromosi kecelaruan mental!