Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Monday, 25 January 2016

Forum G25 & Firman Mustafa Akyol : Tunisia Model Negara Islam Terbaik

Sejak 3 hari berturut-turut berlangsung tiga buah forum bernuansa  Liberal anjuran berselang seli antara Penang Institute, G25 dan beberapa pertubuhan lain. Forum antara lain menjemput Mustafa Akyol, seorang penulis dan wartawan dari Turki untuk datang mengajar orang-orang Islam Di Malaysia tentang cara bagaimana Islam seharusnya diamalkan dan dipraktikkan di Malaysia.

Tiga hari berturut-turut, Mustafa Akyol berfirman di hadapan penganut ajaran Liberal dengan firman supaya mereka membawa Malaysia untuk meniru dan mengikuti apa yang dilakukan Tunisia. Dalam Firman Akyol, Tunisia adalah antara contoh negara terbaik.

Hari ini, selepas seorang demonstran memanjat tiang telefon dan membakar dirinya, Tunisia sekali lagi bergolak dengan protes ganas sama seperti yang berlaku lima tahun lepas.

http://foreignpolicy.com/2016/01/21/five-years-later-tunisians-take-to-the-streets-again/


Apakah DAP yang bersungguh-sungguh sebelum ini ke Tunisia mahu negara Islam Malaysia menjadi seperti Tunisia yang tidak bangun-bangun selepas hancur sebelum ini?



Apa G25, Islamic Renaissance Front dan kumpulan Melayu Liberal lain mahu Malaysia bersungguh-sungguh mahu Malaysia menjadi seperti Tunisia?

Jika mahu Malaysia hancur dan tidak aman dan damai seperti Tunisia, maka ikutlah kata-kata Akyol dan apa yang diperkatakan golongan liberal dalam ketiga-tiga forum tersebut.



Lebih ramai seperti G25 dalam negara, lebih cepat Malaysia menuju kehancuran dengan nasihat-nasihat serta cadangan-cadangan mereka. Hanya pemimpin IQ rendah akan melayan permintaan mereka setelah melihat satu persatu apa yang mereka cadangkan rosak satu persatu di depan mata.

Thursday, 21 January 2016

Kes Indira, Tamparan Bagi Pejuang Liberalisme & Sekularisme: I-Peguam

BARU-BARU ini rakyat Malaysia digemparkan dengan satu keputusan majoriti Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan oleh responden-responden yang terdiri daripada Muhammad Riduan bin Abdullah iaitu si bapa, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Kementerian Pelajaran Malaysia dan lain-lainnya. Hasil semakan kehakiman mendapati bahawa pembatalan pertukaran agama kepada Islam oleh si bapa tersebut terhadap ketiga-tiga anaknya adalah tidak sah dan perihal pertukaran agama ke dalam atau luar daripada Islam adalah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.
Semestinya keputusan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat khususnya pengamal undang-undang dan golongan profesional yang memperjuangkan agenda liberal dan sekular. Hal ini kerana keputusan tersebut dan mana-mana keputusan sedemikian akan memihak kepada kedaulatan Islam, institusi agama Islam dan jati diri Muslim yang ingin dipelihara.

Maka, seperti yang kita sedang perhatikan, mulalah adegan mengkritik keputusan tersebut dengan momokan bahawa ia tidak adil, mencabuli hak si ibu, bertentangan dengan norma-norma antarabangsa bahkan mempersoalkan integriti Institusi Kehakiman serta para Hakim yang membuat penghakiman sedemikian sebagai‘heartless’ atau kejam kononnya atas dasar kedaulatan Perlembagaan.
Namun hakikatnya, mereka sendiri yang bertindak ironi dengan tidak menghormati Perlembagaan dan pengiktirafan oleh Perlembagaan terhadap kedudukan Islam dan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang sudah berdekad dikekalkan, dilindungi bahkan tidak dicampur tangan oleh Mahkamah Sivil.
Titik permulaan kes ini berkisar pada Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang telah menggariskan dasar pemisah bahawa Mahkamah Sivil tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Kes Haji Raimi b Abdullah v Siti Hasnah Vangarama bt Abdullah juga diambil kira oleh Mahkamah Rayuan tersebut dengan memutuskan bahawa ‘beyond a shadow of doubt’ isu pertukaran agama ke dalam agama Islam adalah merupakan isu di bawah bidang kuasa ekslusif Mahkamah Syariah.
Perkara inilah yang menjadi titik tolak kepada perasaan tidak puas hati dalam kalangan golongan liberal yang mahu mempergunakan undang-undang bagi manfaat mereka sendiri.
Amatlah mengecewakan apabila dalam seruan mereka yang sama kononnya ingin mendaulatkan hak-hak asasi manusia terkandung dalam Perlembagaan, mereka mengambil norma-norma dan konvensyen antarabangsa untuk menilai dan menjadi penanda aras kepatuhan undang-undang Malaysia dalam mempertahankan hak asasi manusia.

Mereka ingin menyembunyikan kenyataan Hakim Eusoffe Abdoolcadeer dalam kesMerdeka University Bhd v Government of Malaysia (1981) CLJ(Rep) 191 di muka surat 209 yang menyebut bahawa Deklarasi Hak Asasi Manusia Universal (UDHR) hanyalah sebagai;
‘…merely a statement of principles devoid of any obligatory character and is not part of our municipal law. It is not legally binding instrument as such and some of its provisions depart from existing and generally accepted rules.’
Dalam erti kata mudah, Deklarasi Hak Asasi Manusia Universal hanyalah suatu set pegangan yang tidak meletakkan kewajipan ke atas mana-mana negara untuk mengikutinya dan bukanlah juga sebahagian daripada perundangan Malaysia. Oleh itu (deklarasi) tidak mempunyai sebarang ikatan perundangan, bahkan sebahagian kandungannya juga bertentangan dengan perundangan sedia ada.
Seharusnya kita sedar bahawa golongan liberal dan sekular tidak akan berputus asa untuk menerapkan nilai-nilai universal ke dalam negara yang akan menggugat kedaulatan Islam dan institusinya, prinsip dan nilainya bahkan nilai-nilai moral dalam kalangan masyarakat secara amnya. Terdapat beberapa kes mahkamah yang menunjukkan bagaimana puak-puak liberal dan sekular berusaha untuk mempersoalkan bidang kuasa dan integriti institusi Islam.
Terkini keputusan Jabatan Agama Islam Perak untuk mengesahkan keislaman ketiga-tiga anak tersebut dipertikaikan. Sebelum ini, undang-undang tangkapan khalwat telah dipertikaikan oleh puak liberal seperti G25. Pendukung-pendukung liberal dan sekular juga telah mempersoalkan tindakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang menahan beberapa orang lelaki yang berpakaian dan menyerupai wanita yang sama sekali dilarang oleh agama Islam. Tidak dilupakan juga kes ke atas larangan penerbitan yang menggunakan kalimah Allah dalam Bible atau makalah Kristian yang tidak lain dan tidak bukan ingin menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.
I-Peguam kali ini menyeru agar pihak kerajaan serta Jabatan Agama Islam di peringkat Persekutuan mahupun Negeri juga golongan Islamis agar berganding bahu membanteras usaha-usaha untuk mempersoalkan bidang kuasa serta kedaulatan institusi agama Islam agar ia terpelihara sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan.
Danial Ariff Bin Shaari & Muhammad Akmal Bin Abdul Ghani
I-Peguam

http://www.ismaweb.net/2016/01/kes-indira-tamparan-bagi-pejuang-liberalisme-dan-sekularisme-i-peguam/

Wednesday, 20 January 2016

Pinda 26 Akta Bukti TPPA Lebih ‘Berkuasa’ Daripada Perlembagaan: Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemindaan 26 akta bagi diselaraskan dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah satu pengakuan yang jelas bahawa TPPA menghadkan kebebasan Malaysia menggubal undang-undang untuk negara.
 
“Undang-undang yang sedia ada telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia kerana ia dianggap penting dan baik untuk negara.


 
“Tetapi sekarang mereka perlu dipinda kerana TPPA nampaknya lebih berkuasa daripada parlimen rakyat kita dalam menentukan undang-undang Malaysia yang sepatutnya,” katanya, dalam blognya chedet.cc hari ini.
 
Beliau berkata, jelas kini TPPA akan mengatasi hak-hak perundangan kita, kebebasan asas negara berdaulat.
 
“Undang-undang di masa hadapan yang akan dibahaskan di dalam Parlimen mesti mematuhi syarat-syarat dan terma dalam TPPA.

“Bagi perjanjian itu mengikut keperluan dan kesesuaian rakyat Malaysia sudah tidak mencukupi lagi. Keperluan TPPA akan melebihi keperluan Malaysia.
 
“Itu sendiri adalah bukti bahawa kita sedang membuat persiapan untuk menyerah diri kepada kuasa-kuasa asing dan mensia-siakan kemerdekaan yang telah diperjuangkan dengan susah payah oleh pemimpin-pemimpin kita terdahulu,” katanya, sambil menambah bahawa beliau tidak meragui bahawa perjanjian itu tetap akan ditandatangani.
 
Terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengatakan bahawa sebanyak 26 undang-undang dan peraturan berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang melibatkan negeri dan persekutuan perlu dipinda dalam tempoh 2 tahun,
 
Proses pelaksanaan pindaan terhadap undang-undang tersebut hanya boleh dilakukan selepas mendapat kelulusan pada sesi perbahasan TPPA di Dewan Rakyat pada 26 dan 27 Januari ini, dan di Dewan Negara pada hari berikutnya.


http://www.ismaweb.net/2016/01/pinda-26-akta-bukti-tppa-lebih-berkuasa-daripada-perlembagaan-tun-m/

Tuesday, 19 January 2016

Islam Bukan Sekadar Agama Rasmi Negara!

Video yang dihasilkan oleh adik Ali Karim ini sesuai dan mudah untuk memperjelaskan salah faham bahawa Islam hanya 'Agama Rasmi' Malaysia.

Salah faham ini sebenarnya adalah satu gerakan terancang golongan liberalis dan sekularis untuk menidakkan identiti sebenar Malaysia seperti yang termaktub dengan kemas dalam Perlembagaan Persekutuan, bahawa Islam adalah Agama Persekutuan.

Untuk lebih mudah mari kita sama-sama menonton video yang telah dihasilkan oleh pejuang cilik adik Ali Karim.


Monday, 18 January 2016

DAP Pulau Pinang & Penang Institute Mahu Hapuskan Perundangan Syariah Islam?

Sebuah laman facebook Komplot Watch telah menviralkan sebuah video rakaman perbualan diantara beberapa orang tokoh pada satu sesi perbincangan di yang dikatakan diambil ketika forum yang dianjurkan oleh G25 dan Penang Institute.


Katanya antara yang terlibat dalam perbincangan tersebut mengikut dakwaan yang dibuat oleh Komplot Watch sendiri adalah Noor Farida Ariffin, Wong Chin Huat dan Maznah Mohamed. Perbualan tersebut antara lain berbincang bagaimana mereka boleh menggerakkan usaha untuk memansuhkan terus atau mencadangkan untuk dipinda mana-mana perundangan syariah yang sedang berjalan di negeri-negeri seluruh Malaysia.

Bukankah Islam dan hal ehwal Islam dibawah bidang kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu bagi setiap negeri? Dan bukankah bagi negeri-negeri lain hal ehwal Islam dibawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?


Kenapakah DAP melalui badan pemikir mereka Penang Institute sangat teruja untuk memansuhkan sesuatu yang jelas bukan hak mereka? Kenapakah DAP tidak henti-henti berlagak dengan sikap anti Islam yang menebal? 

DAP biaDAP!!

Thursday, 14 January 2016

Sekularis Papan Atas-Shad Saleem Faruqi Mahu Hakim Muslim Ketepikan Islam?!

Semakin panas di media sosial bercakap tentang satu rakaman yang didakwa adalah suara kepada salah seorang pensyarah sebuah institusi tempatan memberikan pembentangan di sebuah forum anjuran kumpulan sekularis dan liberalis papan atas G25.



Isi kepada rakaman audio tersebut sedikit sebanyak bercakap tentang hakim-hakim di Malaysia apabila memberikan penghakiman tidak harus menjadi 'Muslim 1st'.

Namun jika mereka tetap berdegil suara lelaki yang dituduh sebagai suara Shad Saleem Faruqi itu menggesa hakim-hakim Muslim tersebut supaya meletak jawatan dan tukar kerjaya.

Rakaman tersebut dikatakan diambil semasa forum G25, kumpulan yang bercakap secara terbuka supaya undang-undang khalwat dimansuhkan baru-baru ini. Dikatakan forum tersebut telah berlangsung pada Disember 2015 di bangunan baru Persatuan Alumni Universiti Malaya.

Benarkah Universiti Malaya sama-sama bersekongkol untuk menghapuskan perundangan syariah di Malaysia? Pihak Universiti Malaya harus menjawab persoalan ini supaya tidak menimbulkan salah faham dikalangan masyarakat umum.


Wednesday, 13 January 2016

P.Ramasamy (DAP) Sudah Nyanyuk Atau Mabuk?

Nampaknya kenyataan yang dibuat oleh CEO IKSIM telah membuatkan pemuka DAP P. Ramasamy tak senang duduk. Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu telah menegur dan menuduh Dato Prof. Haji Mahamad Naser Disa sebagai seseorang yang perlu disekolahkan semula berkenaan PolSc 101.

P. Ramasamy menyanggah kononnya CEO IKSIM itu buta sejarah apabila menyatakan bahawa rakyat kulit hitam hanya dibenarkan untuk mengundi sepenuhnya pada tahun 1965.  


Beliau seterusnya mendakwa bahawa institut kajian seperti IKSIM tidak mempunyai kredibiliti hanya kerana beliau berpendapat Dato Prof. Haji Mahamad Naser Disa silap kerana mendakwa bahawa rakyat kulit hitam telah diberikan hak kewarganegaraan seawal abad ke-20 dan bukannya pada tahun 1965.

Ini tidak benar sama sekali. CEO IKSIM bukan bercakap pasal hak kewarganegaraan rakyat kulit hitam tetapi menyentuh tentang Voting Rights Act 1965.


Sesiapa saja yang ada membaca petikan kenyataan CEO IKSIM seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal tempatan akan tahu dan faham bahawa petikan "Malaysia has higher standards of human rights than United States, which only allowed African-American to vote in 1965", bukan bercakap tentang hak kewarganegaraan!

Namun P. Ramasamy daripada DAP dengan badan pemikir seperti Penang Institute harus sedar bahawa kenyataan tersebut adalah fakta yang mudah diperolehi di mana-mana. Atau paling tidak pun, tidakkah ahli DAP, kononnya sebuah parti politik jaguh isu-isu hak asasi dan sosial menonton filem 'Selma'?


Sama ada P.Ramasamy tidak faham bahasa atau otak kurang 'sober' semasa membaca kenyatan tersebut tidak dapat kita pastikan. Namun kita mahu memberi nasihat kepada P. Ramasamy supaya menjaga makan dan MINUM sebelum beliau membuka mulutnya bercakap tentang sesuatu perkara!

Di bawah ini disediakan kronologi kepada sejarah hak mengundi khasnya dikalangan warga kulit hitam pra dan pasca Voting Rights Act 1965.
















Rujukan:

http://www.civilrights.org/resources/civilrights101/voting.html?referrer=https://www.google.com/

http://www.britannica.com/event/Voting-Rights-Act

https://www.aclu.org/files/VRATimeline.html?redirect=timeline-history-voting-rights-act

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/01/13/questionable-findings-lay-bare-ignorance-of-researchers/

Rakyat Bukan Islam Diberi Kerakyatan Adalah Contoh Kemanusiaan Islam Tertinggi

"Orang Melayu telah menunjukkan kemanusiaan Islam tertinggi di negara ini dengan menerima golongan bukan Islam sebagai warganegara ketika era kemerdekaan, kata seorang sarjana."
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) Dato Prof. Haji Mahamad Naser Disa semalam, dilaporkan oleh sebuah portal juga berkata, bahawa pengamalan hak asasi di Malaysia sebenarnya jauh lebih baik berbanding di Amerika Syarikat (AS).
Tentunya kita tahu kes-kes warga kulit hitam yang ditembak semberono oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat sehingga menzahirkan satu demi satu demo massa diadakan di seluruh bandar-bandar demi membantah kekejaman tersebut.
Itu belum lagi dengan keadaan masyarakat kulit hitam yang rata-rata terpinggir dari segi sosio-ekonomi negara yang terkenal dengan Military-Industrial Complex tersebut. 
Kadar pengangguran di Amerika Syarikat mengikut statistik yang dikeluarkan pada Februari 2015 adalah pada 5.5% namun warga kulit hitam yang menganggur di seluruh jajahan Uncle Sam adalah jauh lebih tinggi 10.4%.
Pada Anugerah Oskar yang diadakan awal tahun lepas, penyanyi John Legend dalam ucapan kemenangannya mengkritik bahawa jumlah warga kulit hitam di penjara-penjara Amerika Syarikat sangat tinggi.
"We know that the Voting Rights Act that they fought for 50 years ago is being compromised right now in this country today. We know right now, the struggle for freedom and justice is real. We live in the most incarcerated country in the world. There are more black men under correctional control today than were under slavery in 1850."
Menurut CEO IKSIM itu lagi, Amerika Syarikat juga hanya membenarkan orang kulit hitam mengundi pada tahun 1965.
Dan Malaysia juga, katanya tidak pernah menghalau keturunan pendatang seperti yang boleh kita lihat di Myanmar dan Vietnam suatu ketika dulu.
Beliau justeru menegaskan bahawa ianya merupakan manifestasi daripada aspek kemanusiaan tahap tertinggi yang ditunjukkan oleh kaum Melayu, berdasarkan ajaran Islam yang syumul.
Malaysia juga bukan negara sekular seperti yang diwar-warkan sesetengah pihak.

Tuesday, 12 January 2016

Bantah TPPA-Keluhan Hati Pengerusi

Saya terkilan dengan jawapan yg diwar-warkan oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar selepas menghadiri Sidang Kemuncak TPPA oleh Bantah TPPA di Shah Alam, 9 Januari 2016. Beliau mengatakan beliau menghormati majlis dan menghormati jawapan yang diberikan penganjur majlis untuk tidak dapat memberi ruang beliau bercakap tetapi mewar-warkan kepada semua pihak seolah-olah hak beliau telah dirampas.


Mesej peribadi Datuk Seri Abdul Wahid Omar kepada saya pada malam sebelum program adalah beliau datang semata-mata untuk mendengar. Jika beliau maklumkan dari awal beliau ingin bercakap kita boleh menyediakan slot bersama 4 panel dalam forum tersebut.

Permohonan untuk beliau bercakap dibuat selepas sesi panel berakhir. Penganjur juga tidak dapat memberi ruang kpd lebih 50 persoalan yg diajukan oleh peserta sidang yg hanya lima soalan dpt dijawab memandangkan masa yang terbatas. Moderator forum telah memaklumkan akan menjawab semua soalan didalam media sosial bagi memastikan semua soalan terjawab.

Yang pastinya rakyat mempunyai banyak persoalan dan pendapat yang belum terjawab dan kefahaman rakyat berkenaan TPPA masih rendah, namun sepanjang 6 tahun lepas TPPA dirundingkan oleh kerajaan secara tertutup dan rahsia, dan dalam tempoh dua bulan ini, selepas teks perjanjian terpaksa didedahkan, rakyat dipaksa untuk menerima TPPA tanpa dapat merubah isi kandungan perjanjian.

Ya, isi kandungan atau teks perjanjian ‘tidak boleh’ diubah walaupun rakyat tidak bersetuju. Ya, kita bakal dipaksa menerima TPPA walau banyak kita tidak bersetuju berkenaan isi kandungan perjanjian dan ‘wajib bersetuju’ menerima apa saja yg dipersetujui dalam perundingan rahsia sebelum ini yang berakhir di Atlanta November lepas sebelum teks perjanjian didedahkan.

Tujuan Sidang Kemuncak TPPA adalah mendengar pandangan pelbagai pihak berkenaan isu TPPA, dan 250 NGO telah menyatakan pandangan menolak TPPA. Sidang Kemuncak memberi ruang kepada pelbagai kumpulan ini memberi pandangan dan kita menyediakan ruang kepada 15 pemimpin masyarakat mewakili pelbagai kumpulan untuk menyuarakan pandangan antara lain dari kumpulan pesakit dan NGO kesihatan, wakil nelayan dan petani, wakil kumpulan politik dari PKR, PSM, wakil NGO Melayu, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia UMNO, kumpulan profesional, wakil peguam, wakil NGO Islam, aktivis pengguna dan pelbagai lagi. Memandangkan kesuntukan masa beberapa wakil pemimpin masyarakat seperti kumpulan alam sekitar, parti PAS dan AMANAH, kumpulan pelajar dan kumpulan pekerja tidak berkesempatan untuk menyatakan pandangan bukan sahaja Datuk Seri.



Peluang untuk berbicara dan didengari tidak diberikan secara adil dalam semua sesi penerangan MITI sebelum ini. Terakhir didalam sesi Town Hall MITI Disember yg lepas, pihak kami telah dicabar oleh Timbalan Menteri MITI, Dato Ahmad Maslan untuk hadir dan mengajukan pandangan. Kami telah menyahut cabaran dengan sembilan wakil telah hadir dengan 20 soalan. Malangnya sebahagian besar wakil tidak dapat bertanyakan soalan dan bagi yang berjaya menanyakan soalan; YB Menteri mengelak daripada menjawab soalan tersebut dan memberi jawapan umum yang sebenarnya tidak menjawab soalan.

Menteri dan MITI telah diberi peluang yang luas untuk memberi ulasan berkenaan TPPA, saya mengharapkan Sidang Kemuncak TPPA 2016 menjadi peluang kepada Menteri untuk mendengar pandangan yang sebelum ini tidak diberi ruang untuk diajukan.

Malangnya Abdul Wahid Omar telah pulang awal dan tidak sempat mendengar keseluruhan pandangan termasuk antara lain pandangan wakil nelayan dan petani, profesional dan wakil gabungan ketua cawangan UMNO, GKCM memberi pandangan. Malahan ketika wakil PERKASA dan PKR memberi pandangan; beliau yg duduk disebelah memberi respon ‘mana boleh’! tanpa meneliti secara mendalam pandangan tersebut.
Kita telah memberi jawapan secara beradab didalam majlis tersebut kepada Menteri untuk mendengar wakil-wakil dari masyarakat memberi pandangan dan memberi cadangan kepada beliau untuk beliau mengadakan satu sesi khas yang dianjurkan oleh beliau atau EPU dan kami sudi membawa wakil daripada 250 NGO ini untuk mendengar dari kedua belah pihak.



Malahan kerajaan dalam tempoh dua bulan ini telah mengadakan lebih 30 sesi penerangan diketuai oleh Tok Pa ke serata pelusuk Malaysia termasuk dalam media arus perdana menggunakan jentera dan dana kerajaan menerangkan pandangan sebelah pihak berkenaan TPPA. Banyak persoalan dalam sesi penerangan tersebut tidak dijawab malahan soalan dari pemanggil dan soalan FB ketika sesi di RTM, tidak dibenarkan untuk diutarakan.
Kami bersedia untuk bersama-sama duduk sepentas bersama-sama Menteri MITI atau Datuk Seri Wahid Omar dalam siri roadshow yg diadakan oleh kerajaan jika kerajaan benar-benar ikhlas untuk mendengar pandangan rakyat dan pandangan yang kritikal berkenaan TPPA. Dalam 30 lebih roadshow diadakan diseluruh negara, ianya hanya bersifat berat sebelah, mempromosikan kebaikan TPPA tanpa ada panel daripada pihak yang kritikal pada TPPA memberi pandangan sebaliknya.
Dalam analisa yang kami laksanakan kerajaan bakal kehilangan USD 12B dari imbangan dagangan (trade balance) pada 2027 jika TPPA dilaksanakan, dan tanpa TPPA negara mendapat tambahan dalam imbangan dagangan sejumlah USD1B setiap tahun. Mengikut data dari Amerika Syarikat sendiri, nilai tambah rGDP selepas TPPA kesan dari pemotongan tarif menjelang 2025 hanyalah 0.01%. Ini adalah terlalu kecil berbanding kesan dan implikasi kepada kedaulatan negara, ekonomi dan kebajikan rakyat yang bakal kita rugikan. Semua ini dan banyak lagi tidak diwawarkan oleh Menteri dalam sesi penerangan mereka keseluruh negara.
Sebelum ini rakyat telah menyuarakan pandangan tentang kesan GST, kos sara hidup dan peluang perniagaan yg semakin mengecil. Tiada penyelesaian yang tuntas kerajaan dan rakyat merasa peritnya. TPPA adalah perjanjian perundangan antarabngsa yang ketat dan memberi kesan jangka panjang dan bakal memberi kesan jangka panjang kepada seluruh rakyat. Saya merasa terkilan ketika mana rakyat bakal menerima kesan besar dari TPPA, Datuk Seri Abdul Wahid Omar membesar-besarkan isu tidak dapat bercakap dalam satu forum namun tidak menyebut kebimbangan rakyat yg disebut dalam forum tersebut.
Saya berharap DS Abdul Wahid Omar akan lebih berjiwa besar, dan tidak salah seorang menteri duduk mendengar keseluruhan pandangan rakyat, di saat rakyat sangat memerlukan suara mereka didengari.
Mohd Nizam Mahshar
Pengerusi Bantah TPPA
Pengerusi Sidang  Kemuncak  NGO untuk TPPA


http://www.ismaweb.net/2016/01/tppa-menjawab-datuk-seri-abdul-wahid/

Friday, 1 January 2016

Islam dan Liberalisme (Bahagian 2)-Dr Khalif Muammar

Apakah Liberalisme Bertentangan dengan Islam?
Liberalisme adalah kesinambungan daripada sekularisme. Seseorang yang berpegang kepada liberalisme semestinya telah terlebih dahulu menerima sekularisme. Sekularisme tidak boleh difahami sebagai pemisahan antara agama dengan politik semata-mata, hakikatnya sekularisme merupakan suatu program falsafah yang memberi kesan bukan hanya pada aspek politik dan kenegaraan tetapi juga kepada moraliti masyarakat, dan lebih penting lagi ianya akan memberi kesan negatif yang besar kepada aqidah dan pandangan alam (worldview) seorang Muslim. Seseorang yang berfahaman sekular tidak lagi melihat agama sebagai panduan dan sumber rujukan dalam menentukan benar dan salah, baik dan buruk. Agama tidak lagi dilihat sebagai rujukan dalam ilmu dan kebenaran sebaliknya melihat manusia sebagai makhluk (animal) yang berkuasa sepenuhnya menentukan nasibnya sendiri, hakikat dan peranannya di muka bumi, falsafah moralnya sendiri, tanpa panduan daripada Tuhan dan wahyu. Bahkan autoriti Tuhan, Kitab suci, dan Nabi juga boleh dikritik dan dipersoalkan.



baca selanjutnya