Thursday, 1 December 2016

Wanita UMNO & Puteri UMNO Sokong Pindaan Akta 355

Pemerkasaan perundangan dan institusi Mahkamah Syariah antara agenda yang turut diangkat Pergerakan Wanita dan Puteri Umno hari ini bagi kepentingan umat Islam di negara ini.
Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno 2016, hari ini mengumumkan pergerakan itu menubuhkan satu jawatankuasa pemandu sebagai tindakan susulan supaya resolusi Sidang Meja Bulat Syariah dapat diperjuangkan.
Katanya ia akan dijadikan antara agenda utama sayap tersebut untuk diperjuangkan tahun depan.
“Wanita percaya, sudah tiba masanya institusi Mahkamah Syariah dimartabatkan, setaraf dengan mahkamah sivil.
“Kita mendesak supaya cadangan mewujudkan 5 hierarki Mahkamah Syariah, yang diluluskan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam dipercepatkan,” katanya.
Wanita Umno pada 15 Nov lepas menganjurkan Sidang Meja Bulat Syariah yang membincangkan topik mengenai Penyeragaman Undang-Undang Syariah; Perundangan Perwarisan; dan Pemerkasaan Mahkamah Syariah.
Melalui resolusi itu, cadangan supaya undang-undang berkaitan warisan orang Islam dipinda, untuk mengkhususkan isu perwarisan harta pusaka orang Islam, diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, dan satu peruntukan penalti dalam Undang-Undang Jenayah Syariah bagi sesiapa yang ingkar perintah
tersebut.

https://akarimomar.wordpress.com/

Katanya beberapa resolusi lain turut dipersetujui untuk memperkasakan lagi Mahkamah Syariah antaranya menambah jumlah hakim wanita, bailif, pencatat/pembantu mahkamah dan peguam di jabatan guaman.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam ucapan dasar beliau pula mencadangkan agar Majlis Peguam Syarie ditubuhkan untuk meningkatkan profesionalisme dan integriti peguam syarie.
Menurut Mas Ermieyati, walaupun banyak penambahbaikan dilakukan Mahkamah Syariah sejak 2001, ia didapati tidak diikuti dengan usaha untuk meningkatkan profesionalisme dan integriti dalam kalangan peguam syarie.
Katanya profesionalisme dan integriti akan turut menyumbang kepada kelancaran dan kepantasan di Mahkamah Syariah.

pautan asal: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/30/umno-wanita-puteri-gesa-perkasakan-undang-undang-syariah/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.