Tuesday, 6 December 2016

Rohingya & Hipokrasi Hak Asasi Barat!

Barat seringkali mengajar kita tentang hak sama rata dalam kehidupan seharian kita untuk berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Barat juga seringkali pantas menuding kepada mana-mana negara atau masyarakat yang gagal untuk mengagungkan kesamarataan hak sesama manusia. Pendek kata Barat adalah pejuang papan atas hak kesamarataan setiap insan di dunia ini.

Pada Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu, kita (terutamanya Muslim yang tidak mahu mengiktiraf ini mengatasi hukum Allah SWT) diajarkan bahawa:

Artikel 1-Semua manusia itu bebas dan sama dan mereka perlulah saling berbuat baik sesama manusia.

Artikel 2-Semua orang berhak ke atas deklarasi yang ditetapkan ini tanpa perlu ada sebarang diskriminasi ke atasnya berdasarkan latar belakang bangsa, warna kulit, bahasa, agama, politik atau pandangan lain, kebangsaan atau latar belakang sosial, lahir atau lain-lain status. Malah perbezaan tidak boleh dibuat berdasarkan asas politik, undang-undang atau status antarabangsa sesebuah negara atau kawasan seseorang itu berasal dalam bentuk pemerintahan apa sekalipun negara tersebut.

Artikel 3-Semua berhak hidup, bebas dan selamat.

Artikel 4-Sesiapapun tidak patut dijadikan hamba atau diperhambakan dan perdagangan hamba patut dihapuskan dalam bentuk apa sekalipun.

Selebihnya sila lawati di sini. Namun membaca dan mengamati butiran-butiran tersebut, benak mula berfikir kenapakah tiada tindakan diambil oleh Badan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas penghapusan etnik Rohingya yang sedang berlaku di Myanmar oleh 'kerajaan' Myanmar sendiri?


Kopi & Nan Anyone?

Adakah hanya kerana mereka ini beragama Islam, sama seperti Bosnia di Eropah dulu, maka Barat kali ini juga hanya mahu tengok saja tanpa berbuat apa-apa?

Puluhan kampung dibakar dan dimusnakan dan puluhan ribuan lagi manusia hilang tempat tinggal dan menjadi pelarian, kenapakah Soros, dan yayasan kemanusiaannya, Open Society Foundation (OSF) tidak datang menghulurkan dana untuk membaik puluh tempat tinggal, bantuan perubatan dan makanan seperti yang diberikan kepada Malaysiakini, Bersih, dan beberapa badan bukan kerajaan yang condong kepada pembangkang?

Apakah agaknya akan berlaku jika sekumpulan LGBT dibunuh, dibakar dan digantung beramai-ramai mengambil tempat di sebuah negara yang mempunyai majoriti penduduk Muslim? Adakah NATO akan segera datang membantu kumpulan LGBT tersebut atas alasan kemanusiaan sejagat?

Adakah juga ketika itu nanti barulah Bangsa-Bangsa Bersatu mahu mengambil tindakan serius berbanding dengan kenyataan acuh tidak acuh Kofi Annan (Pengerusi Rakhine State Advisory Commision) bahawa apa yang berlaku kepada Rohingya di Myanmar kini, tidak lebih kepada ketegangan diantara kaum penganut Buddha dan minoriti Muslim.

Barat dan Hipokrasi memang sering berjalan seiringan! PBB juga tidak berkecuali!

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.