Friday, 2 December 2016

Pindaan Akta 355 & Kerjasama UMNO-PAS

Perdana Menteri sekali lagi mahu semua pihak berhenti daripada mempolitikkan isu Pindaan Akta 355. Beliau sekali lagi memberi jaminan kepada pihak bukan Islam bahawa ianya tidak ada kena-mengena dengan Pindaan Akta 355 dan mereka tidak harus bimbang. Kita harap tidak ada lagi pihak yang menangguk di air yang keruh setelah penjelasan terbaru ini.

Beliau juga menerangkan bahawa satu bentuk kerjasama yang bersejarah di antara UMNO dengan PAS untuk terus memperkasakan Mahkamah Syariah dengan kerajaan mengambil alih pembentangan Pindaan Akta 355 daripada Ahli Parlimen Marang, Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Semalam sayap Wanita dan Puteri UMNO telah menggesa pihak kerajaan supaya komited untuk memperkasakan institusi Mahkamah Syariah. Malah Ketua Wanita UMNO juga telah mencadangkan supaya diadakan Majlis Peguam Syarie dengan perkenan Majlis Raja-Raja supaya institusi Mahkamah Syariah dapat diperkasakan dengan lebih berkesan.


Semoga kerajaan amnya dan UMNO khasnya dapat melihat kehendak akar umbi umat Islam di negara ini yang sangat tagihkan pemerkasaan Mahkamah Syariah, supaya ianya kelak tidak boleh dipandang enteng oleh sesetengah pihak dan yang paling penting supaya keadilan dapat ditegakkan selaras dengan kehendak syariah.

Namun kelihatan seperti terhadap halangan dan cabaran daripada beberapa pihak untuk mengekang Pindaan Akta 355 daripada diluluskan di Parlimen kelak. DAP menuduh ianya bertentangan dengan nilai sekular negara kita. Walaupun Islam adalah Agama bagi Persekutuan, parti cauvanis yang sering dilabel 'anti Islam' itu sering mengatakan bahawa negara ini adalah sebuah negara sekular. 

Kerajaan nampaknya memerlukan segala bentuk sokongan daripada semua pihak yang menyokong usaha untuk memperkasakan institusi Mahkamah Syariah seperti yang sedang diusahakannya. Berdepan dengan halangan yang mengunung, jika UMNO perlu bekerjasama dengan parti PAS untuk merealisasikan Pindaan Akta 355 atau mana-mana parti politik sekalipun untuk merealisasikan Pindaan Akta 355, jika itulah yang dikehendaki rakyat, persoalannya kenapa tidak?!

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.