Thursday, 15 December 2016

Keceluparan Ahok & Kebiadaban The Star

Basuki Tjahaja Purnama, si Gabenor Jakarta yang terkenal dengan panggilan ‘Ahok’ sedang menghadapi perbicaraan menghina Islam. Beliau dituduh menghina Al-Quran apabila mengatakan bahawa orang ramai tidak patut tertipu dengan Surah Al Maidah ayat 51 supaya tidak melantik bukan Islam dikalangan pemimpin-pemimpin mereka kelak. Gabenor Kristian itu bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya pertuduhan tersebut sambil menitiskan air mata (takut, malu, kesal, bersalah?) ketika membacakan pernyataan balas semasa perbicaraan bermula, semalam.

Walaubagaimanapun ramai yang telah melaporkan Ahok kepada pihak berkuasa berpandangan bahawa sebagai seorang bukan Islam, dia tidak mempunyai hak untuk memberikan makna kepada ayat 51 Surah Al Maidah yang merupakan sebahagian daripada hak asasi umat Islam untuk menjalankan perintah agama mereka, termasuklah untuk patuh kepada larangan untuk mengambil Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin.

Demo Massa Anti Ahok

Sejurus selepas itu ribuan telah turun ke jalanan di Jakarta mahukan Ahok, Gabenor berketurunan Cina dan beragama Kristian yang pada awalnya dicanang-canang sebagai lambang keharmonian Indonesia, kini telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menghina agama. Ahok juga menurut para pendemo telah merosakkan 'bhinneka' rakyat Indonesia dengan kebiadaban yang ditunjukkan terhadap Islam. Dan ditengah-tengah kekalutan itu muncul sekumpulan warga yang memberikan roti ‘gratis untuk mujahid’.

Namun berlaku salah faham apabila ramai yang beranggapan bahawa pengeluar jenama Roti Sari (jenama roti yang diedarkan percuma), PT Nippon Indosari Corpindo menyokong demo anti Ahok itu. Perusahaan tersebut kemudiaannya mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan menyokong demo massa itu sambil menegaskan bahawa sebagai sebuah perusahaan mereka memegang teguh kepada moto ‘Bhinneka Tunggal Ika’ (kesatuan dalam kepelbagaian) dan ini menimbulkan kemarahan sekumpulan netizens yang berkempen mengajak Roti Sari diboikot umum.

Selepas kes boikot produk keluaran Denmark dan Belanda, kuasa beli Muslim sekali lagi digunakan untuk menyatakan pendirian atau bantahan terhadap sesuatu isu yang bersangkut rapat dengan sentimen Muslim.

Poster Konsert Tanpa Tatu Kalimah Allah Pilihan Penganjur Konsert

Dari sisi itu nampaknya banyak juga yang perlu Muslim di Malaysia pelajari daripada Muslim di Indonesia. Sebagai contoh, yang terbaru sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris utama buat kali kedua telah menghina Islam dan umatnya dan untuk kesekian kalinya juga meminta maaf.

Pertama kalinya apabila akhbar tersebut mendakwa, bahawa sidang pengarang mereka dan wartawan mereka yang beratus ramainya itu, tidak tahu akan bentuk ‘kalimah Allah’, seperti yang tertera pada tatu penyanyi Erykah Badu suatu ketika dulu. Kes tersebut telah mendapat bantahan ramai dan pihak atasan. Akhbar tersebut kemudiaannya memohon maaf dengan alasan gampang tidak tahu. Konsert Erykah Badu dibatalkan. Dua orang editor akhbar tersebut kemudiaannya digantung. Dua editor lain, kononnya untuk menjaga sensitiviti Muslim diangkat naik (di mana mereka sekarang agaknya?).

Yang terbaru kumpulan media gergasi itu telah menghina Ketua Agama Islam Persekutuan Malaysia, yang telah bersumpah untuk memelihara Agama Islam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V apabila ‘meng-Almarhum-kan’ Sultan Ismail Petra, ayahanda kepada YDP Agong ke-15 itu.

Perbuatan biadab dan culas yang langsung tidak mengambarkan tahap profesional yang tinggi salah sebuah konglomerat media terbesar negara diakhiri dengan kumpulan media tersebut sekali lagi memohon maaf. Ini bukan isu kecil dan ramai mengatakan sukar untuk mempercayai bahawa ianya tidak disengajakan. Dengan puluhan ramai pengarang yang berkhidmat dengan kumpulan media tersebut, takkanlah fakta berkenaan dengan nama rasmi YDP Agong yang baru juga gagal diperolehi? Hakikatnya ianya bukan sebuah akhbar nyamuk. Juga bukan sebuah blog yang hidup segan mati tidak mahu. Bukanlah sebuah akhbar asal Singapura. Ia juga harus berhenti 'berlagak' seperti sebuah akhbar pendatang. Sesungguhnya peristiwa sebegini sangatlah kelakar, to say the least. Kumpulan media tersebut seperti tidak pernah ada rasa takut, atau malu, mahupun kesal atau rasa bersalah dengan keculasan yang acapkali dipamerkan.

Mungkin juga kumpulan editor di kumpulan akhbar berkenaan patut digelar sebagai 'idiotors' kerana gagal teruk dalam 'fact checking'. Bodoh juga sebab dalam industri maklumat tetapi sering buta fakta.

Group MD/CEO, Group Chief Editor, Editor In Chief, Specialist Editor, Executive Editors, Deputy Executive Editors, General Manager Group Editorial Business Development, Chief News Editor, Editor Sunday Star, Editor StarEducate, Editor StarSports, Specialist Editor, Senior Business Editor, Editor StarMetro, Associate Editor, Senior Editors, Editors, Editor Star Online, Senior Production Editor, 'sekoq pun tak tau hujung pangkal'??
Hakikatnya disebalik bertahun-tahun keberadaan ruangan IKIM views, ada juga tokoh pengamal media veteran dungu dan bebal seperti Wong Chu Wai. Yang lebih mengecewakan ialah bukan saja, penghina-penghina Islam dan umatnya di akhbar tersebut berjaya bersembunyi disebalik alasan gampang dan tidak dihadapkan ke muka keadilan, malah kita juga belum mahu memboikot akhbar tersebut menggunakan kuasa beli yang Allah SWT anugerahkan kepada kita?!

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.