Friday, 30 December 2016

Gan Peng Sieu (MCA) Berlagak Menteri JAKIM?!

Gan Peng Sieu ahli politik MCA 'pencen' yang mengepalai CENBET (Center For Better Tomorrow) telah mengeluarkan kenyataan kononnya jurudiksi pengawalan halal JAKIM hanya terhad kepada produk makanan saja dan bukannya premis perniagaan yang mempunyai sijil halal. Jadinya, mengikut pandangan sempit beliau, JAKIM tidak sepatutnya menyalah gunakan kuasa mereka dengan menghalang kemasukan makanan yang dibawa oleh pelanggan sesuatu premis yang diragui status halalnya.

Hal ini rentetan daripada kenyataan media yang dibuat sebuah francais makanan segera bahawa larangan kemasukan kek harijadi yang diragui status halalnya adalah selari dengan panduan halal yang harus dipatuhi mereka. Sebagai sebuah perniagaan, francais makanan gergasi tersebut boleh memberikan alasan yang jauh lebih mudah seperti 'makanan luar tidak dibenarkan'. Tetapi sebaliknya yang berlaku.

Lalu perkara tersebut menjadi polemik di sosial media dengan ada yang menyalahkan syarikat tersebut sehingga ada yang mahu memulakan boikot premis makanan segera tersebut dan tidak kurang juga yang menyalahkan JAKIM dan Islam. 

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/12/30/cenbet-halal-certification-should-be-for-food-only-not-premises/

Lalu Gan Peng Sieu daripada sebuah parti yang boleh dianggap sebagai parti jenazah politik, hidup segan mati tidak mahu, tiada merit, malah bagaikan ditanggung seperti biawak hidup mengikut pepatah orang-orang Melayu dan bergantung hidup kepada life support pengundi Melayu, berlagak seperti tuan besar, melangkah kuasa YDP Agong untuk menentukan cara dan bagaimana JAKIM harus beroperasi.

Gan Peng Sieu yang jelas buta dan tuli terhadap keperluan halal, mahu makanan tidak halal dibenarkan dibawa masuk ke premis-premis makanan halal tanpa mengira sensitiviti Muslim yang berhak dibawah peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan patuh dan beramal dengan ajaran agama Islam.

Gan Peng Sieu harus segera mendaftar untuk memasuki kelas pencerahan Perlembagaan. Mungkin kutipan derma kilat boleh dibuat untuk mendaftarkannya sehingga beliau faham dengan sebenar-benar faham mengenai Perkara-Perkara yang tersebut di dalam Perlembagaan. Beliau harus belajar sehingga beliau faham bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Gan Peng Sieu dan golongan "Penceroboh Hak" sepertinya untuk mengamalkan amalan atau kepercayaannya dengan syarat khusus bahawa ia mesti diamalkan dengan penuh aman dan damai.

Dalam keputusan Mahkamah Rayuan di dalam Roman Titular Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri Dan Lain yang diputuskan pada Oktober 2013, salah satu teks penghakiman menegaskan bahasa perkataan ‘aman dan damai’ di dalam Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan membawa maksud melindungi agama Islam daripada sebarang bentuk ancaman.

Siapa Gan Peng Siu dan CENBET sebenarnya? Benarkah mereka benar-benar mahukan "Hari Esok Yang Lebih Baik" atau "Mahu Merosakkan Keharmonian Hari Ini Untuk Hari Esok Yang Hancur Berkecai"?

Demi "Hari Esok Yang Lebih Baik", kelompok bukan Islam seperti Gan Peng Sieu patut belajar kunci mulut!

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.