Wednesday, 9 November 2016

Soros & Sekumpulan Pengkhianat Negara!

Perhatian yang diberikan terhadap isu pendanaan asing kepada beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan media pro pembangkang dan parti-parti politik pembangkang sememangnya sudah lama dinanti-nantikan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan telah sekian lama juga kita, pihak kerajaan dan bukan kerajaan, bersikap apati terhadap isu ini. Oleh itu langkah yang telah diambil oleh beberapa pihak untuk bercakap tentang hal ini untuk menimbulkan kesedaran dikalangan masyarakat dan dengan beberapa laporan polis yang telah dibuat setakat ini, harus dipuji.

Sudah terlalu lama badan-badan bukan kerajaan atas nama sukarelawan dan hak asasi memperolehi jalan mudah untuk melakukan kempen subversif mereka atas preteks ketelusan, ‘free and fair’, ‘anti crony’ dan seribu satu alasan cari makan supaya duit Soros diterima mereka!



Isunya juga bukanlah sama ada jumlah yang diterima daripada dana tersebut hanyalah setakat 11% daripada pembelanjaan keseluruhan badan ngo tersebut seperti yang didakwa oleh Maria Chin Abdullah tetapi apakah ‘kerja kotor’ yang perlu dibuat Bersih untuk membolehkannya menerima wang sebanyak itu? Apa juga yang telah dibuat untuk Bersih mendapat dana sebanyak itu? 


Masalahnya secara terkumpul, yayasan yang ditubuhkan oleh seorang lelaki yang pernah digelar Tun Mahathir sebagai Penyangak Mata Wang Negara itu membelanjakan sejumlah RM2.9 juta setahun untuk apa yang dinamakan ‘Malaysia Program’ yang antara lain mahu melakukan perubahan rejim seharusnya membuatkan pihak berkuasa kita seperti PDRM, SPRM, SKMM dan lain-lain agensi kerajaan berkaitan buka mata dan mengambil tindakan pantas.


Sememangnya keamanan negara kita yang telah dinikmati sejak puluhan tahun ini terlalu berharga, jauh lebih berharga untuk dipergadaikan hanya untuk menjadikan seorang lelaki proksi Amerika Syarikat, seorang Perdana Menteri.

Kita tidak perlukan ‘Arab Spring’ versi tempatan dan kita juga tidak perlukan dana yang digunakan untuk menafikan kedaulatan sesebuah negara berdaulat! Apatah lagi jika dana tersebut digunakan semata-mata untuk menabur fitnah seperti "Jakim Is Promoting Extremism Every Friday", seperti yang pernah dibuat oleh salah seorang penerima dana Soros ini.



Pihak-pihak yang pernah menerima dana daripada seorang penjenayah yang pernah disabitkan kesalahan dan menyebabkan kekayaan orang lain hilang sekelip mata semestinya bukan malaikat yang sepatutnya dijadikan aspirasi atau rujukan kerja kemanusiaan.

Tanpa perlu berdolak-dalik lagi, Majlis Peguam sepatutnya malu dengan 'diri sendiri'. Siapa sangka badan yang sering terpekik-terlolong menjerit isu integriti sendiri tidak ambil peduli untuk membelanjakan dana yang dikumpul dengan penderitaan jutaan orang lain yang kekayaan mereka telah dirompak Penyangak Mata Wang Negara tersebut seperti yang pernah berlaku kepada negara kita sendiri sehingga terjerumus ke dalam kancah Krisis Ekonomi 1997-1998.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.