Tuesday, 15 November 2016

Puak Liberal & 'Mafasid asy-Syariah'

Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda baru-baru ini telah menyuarakan kebimbangan beliau mengenai sikap sesetengah individu yang tidak mempunyai ilmu dalam bidang syariah namun begitu galak sekali menyampaikan pandangan mereka atas nama Maqasid asy-Syariah. Mufti Terengganu menegaskan bahawa Maqasid asy-Syariah adalah suatu tajuk perbincangan yang cukup rumit dan bahaya sekiranya diulas oleh pihak yang tidak berwibawa.

Kebimbangan beliau berasas memandangkan masyarakat boleh menjadi keliru dan mungkin juga jatuh sesat sekiranya mereka terpengaruh dengan pandangan-pandangan batil yang sebenarnya bertentangan dengan kehendak sebenar syariat, yang 'dihalalkan' dengan penyalahgunaan cap istilah Maqasid as-Syariah. Dikhuatiri juga bukan Maqasid asy-Syariah yang diperolehi kelak, tetapi yang dapat hanyalah 'Mafasid asy-Syariah' (dipinjam daripada Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM), memandangkan terdapat sesetengah golongan tertentu yang sanggup bercakap apa sahaja mengenai isu agama menurut nafsunya dan mengorbankan nas-nas yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah hanya untuk menegakkan agenda jahat mereka.

Kini banyak pihak yang muncul di khalayak umum membicarakan mengenai Maqasid as-Syariah, termasuklah kumpulan liberal Sisters in Islam (SIS) yang telah difatwakan sebagai "sesat dan menyeleweng" oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Adakah kita mahu kumpulan sesat seperti SIS yang memperjuangkan agenda pluralisme agama dan liberalisme dijadikan tempat rujuan untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan syariah Islam?
 

Poster Hiasan

Maqasid asy-Syariah juga kerap dibincangkan oleh tokoh-tokoh bukan Islam, terutamanya Wong Chin Huat daripada Penang Institute, sebuah badan pemikir DAP. Namun apa yang lebih menghairankan ialah bagaimana seseorang yang tidak beragama Islam dan secara terbuka pernah menggelarkan diri sendiri sebagai 'kafir' di depan khalayak begitu terkedepan sekali membawa agenda 'Maqasid asy-Syariah'? Tambahan pula dia tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik yang ada kena mengena dengan Pengajian Islam untuk berbicara mengenai Maqasid asy-Syariah. Kita bimbang pemahaman salah beliau tentang konsep tersebut bakal membawa kepada kekeliruan yang lebih besar?


Persoalannya adakah pemegang ijazah PhD dalam bidang Sains Politik seperti beliau mempunyai agenda tersendiri untuk mempolitikkan 'Maqasid As-Syariah' semata-mata?

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Konvensyen Al-Islam Rahmatun Lil Alamin 2 dan pada satu forum Wong Chin Huat telah dilantik sebagai moderator. Masalahnya dia telah dilihat cuba memaksa masuk naratifnya sendiri dengan lambakan soalan dan tambahan maklumat hanya kerana naratif selewengnya gagal diketengahkan. Sikapnya pada hari itu yang degil bertegas mahu mewar-warkan kefahaman mengenai perundangan syariah Islam versinya yang tersendiri adalah amat mencurigakan. Apakah niatnya yang sebenar?

Begitu juga kumpulan G25 yang aktif membincangkan mengenai Maqasid asy-Syariah sedangkan mereka bukanlah orang yang mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam bidang tersebut. Kejahilan mereka terserlah apabila salah seorang ahli G25, mendakwa kesalahan khalwat tidak perlu didakwa memandangkan kesalahan itu tidak lebih hanyalah sebagai 'personal sin' sahaja. Pandangan itu mungkin disebabkan natijah pengaruh budaya dan kefahaman orang Barat memandangkan dia pernah bertugas sebagai Duta Malaysia di Belanda. Mungkin dalam keghairahan mereka yang kononnya cuba mengekang 'creeping Islamization', tanpa disedari mereka sebaliknya membawa 'creeping westernization' di dalam masyarakat negara ini.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.