Wednesday, 30 November 2016

Nasib Muslim Ditangan Kafir!

Setelah usaha dilakukan oleh sesetengah negara untuk menghalang kemasukan pelarian daripada negara-negara Islam yang sedang bergolak, hanya kerana Islam adalah agama yang dianuti, walaupun hakikatnya, negara mereka musnah hasil daripada kesan kerakusan hegemoni geo-politik Barat. Muslim hari ini ditindas lagi apabila Mahkamah di Belanda memutuskan bahawa wanita-wanita Muslim di Belanda dilarang daripada memakai burka di tempat-tempat awam.

Belanda yang telah sekian lama terkenal di seluruh dunia kerana menghalalkan pelacuran, satu bentuk perhambaan tertua dunia, dan juga negara yang telah meluluskan undang-undang kontroversial 'bunuh diri' atas nama Euthanasia kepada sesiapa saja yang tidak sanggup lagi menderita 'sakit', tiba-tiba mengatakan tidak kepada sehelai kain 'bernama' burqa?

Barat & Fesyen Apa Saja
Ironinya, baru-baru ini seorang lelaki kaki botol dibenarkan untuk 'bunuh diri' dan setakat ini lebih lima ribu nyawa telah menjadi korban projek gila Euthanasia. Kita hairan apabila burka pula tiba-tiba diharamkan?! Rupa-rupanya keterbukaan Belanda ada hadnya. Kita ingat setelah perhambaan atas nama pelacuran dibenarkan undang-undang negara tersebut sama seperti projek bunuh diri Euthanasia, Belanda akan terbuka kepada segala-segalanya. Nampaknya tidak kepada burka!

Ianya tidak akan terhenti di situ. Nampaknya hal yang sama juga dikatakan bakal berlaku di serata Kesatuan Eropah apabila pengharaman ini bakal mengambil tempat. Perancis baru-baru ini diketawakan dunia apabila cuba mengharamkan pemakaian 'Burkini' di pantai-pantainya yang membenarkan telanjang bulat, walaupun kononnya memegang kuat kepada prinsip 'liberte, egalite & fraternite'.

Pelik bin ajaib, ketika dunia tidak lagi terlopong melihat kepada cara berpakaian, dan ada kalanya tidak berpakaian agen provokatur budaya dan moral si Lady Gaga, Barat amnya masih tertutup mindanya?

Barat & Fesyen Apa Saja
Rupa-rupanya apabila diuji tahap keterbukaan, Belanda seperti kebanyakkan negara Barat lain, tidaklah seterbuka mana. Setelah Masjid Al-Aqsa dijarah, mungkin ada dikalangan kita yang belum dengar berita bahawa negara haram Zionis, Israel telah mengharamkan seruan azan darjpada berkemumandang di Masjid. Dan kita di Malaysia masih bertelagah pasal istilah?

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.