Monday, 14 November 2016

Hot Dog & Damia : Apa Ada Pada Nama?

Heboh isu Hot Dog dan kemudiannya disusuli isu nama Damia. Yang bijak merujuk kepada pihak yang lebih mengetahui. Yang gencar memijak, menyondol mereka setiap masa mengharapkan institusi yang disasari mereka, tertusuk dengan panah-panah beracun kontroversi.

"A rose by any other name would smell as sweet" kata Shakepeare. Tetapi, itu tidak berlaku pada sisi peribadi manusia. Yang menghukum JAKIM dan Mufti sebagai jumud, mungkin dari golongan yang tidak mempunyai asas pengetahuan kenapa nama amat penting kepada orang Islam.

Anthony Milner, semasa menulis mukaddimah buku Kerajaan : Malay Political Culture On The Eve Of Colonial Rule, menyatakan perkara berikut :

"Two Malay words turned out to be pivotal in my study : kerajaan and nama. Neither is easy to translate. The first refers to the key political entity, but cannot comfortably defined as 'state'. Nama suggests not just 'name' of an individual but also 'reputation' and 'status' - and there is sometimes an implication that this status has significance in the afterlife." (1)

Anthony Milner mengakui, nama bagi orang Melayu Islam bukan hanya sekadar nama di dunia tetapi turut membawa kesan kepada keberadaan diri pemilik nama dengan nasib mereka di akhirat. Nama itu satu doa. 

"Ada seorang lelaki menemui Rasulullah SAW dan bertanya mengenai hak anaknya yang perlu ditunaikannya.

Nabi SAW bersabda: "Engkau berikan nama yang baik dan mengambil berat mengenai pendidikannya, kemudian engkau tempatkannya di tempat yang baik. Perbaikilah namamu kerana dengan nama itu kamu akan dipanggil pada hari kiamat." (Riwayat Abu Dawud)

Oleh kerana Bahasa di Syurga ialah Bahasa Arab dan bukan Greek, Latin, Nauru, Ulaan Bator dan Zimbabwe, maka ada baiknya apa jua nama dari apa jua Bahasa Asal nama tersebut diambil, hendaklah indah, baik dan cantik di dalam Bahasa Asal, juga turut cantik ketika nama-nama anak kita dipanggil di dalam Syurga nanti.


Rujukan :
1) Anthony Milner, Kerajaan : Malay Political Culture On The Eve Of Colonial Rule, (2016), SIRD, Petaling Jaya, Malaysia, p. xvii.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.