Thursday, 17 November 2016

Eksploitasi Orang Mati : DAP Parti Tiada Hati Perut?

Bukan rahsia DAP mahukan apa yang berlaku di Tunisia turut berlaku di Malaysia. Beberapa makalah mengenai pendekatan Parti Ennahda yang memisahkan agama dan negara dimuatkan di dalam blog penulisan Lim Kit Siang. Malah satu gerombolan ahli DAP pernah dihantar ke Tunisia menjejak jejak jejak revolusi. Lawatan sambil belajar mungkin?

Satu sahaja yang kurang. Mereka tiada Muhammad Bouazizi untuk diekploitkan. Perubahan yang diingini pada tahap perubahan struktur pemerintahan Malaysia dengan penghujungnya kepada pembentukan  negara sekular sepenuhnya, amatlah ditunggu-tunggu mereka ini.

Mereka tidak peduli tentang hati dan perasaan pihak lain. Apa yang mereka fikir ialah, setiap peluang yang ada harus diambil dan dieksploit untuk kepentingan mereka. Nama rakyat diheret seolah segalanya diperjuangkan untuk rakyat Malaysia. 

Lalu apabila berlaku kes disyaki bunuh diri melibatkan seorang anak muda di Lahar Yooi Seberang Prai berlaku, parti dan gerombolan harapan mereka tidak menunggu lama. Malam ini, mereka menjelajah untuk mengeksploitasi nasib si mati. Kononnya mereka bersimpati. Kononnya mereka peduli.

Tetapi hakikatnya, merekalah parti yang tidak mempunyai perut dan hati. Dari kes kematian Lim Soon Seng yang mencetuskan 13 Mei 1969, ke kes kematian Teoh Beng Hock dan kemudiannya kes budak melayu bunuh diri ini, semuanya tidak lepas daripada menjadi bahan eksploitasi.

Ini perbuatan yang sangat hina. Politik yang lebih rendah dari politik kencing teritorial yang diamalkan binatang merebut kuasa. Jijik dan tidak beretika!

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.