Tuesday, 1 November 2016

Dr MAZA Kembali Menfitnah?!

Setelah posting fitnah dibuat tentang Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dengan hanya berpandukan sebuah NGO yang tidak bertanggungjawab dipadam. Kelmarin Mufti Perlis dikatakan telah menfitnah IKSIM kembali apabila cuba memberi gambaran bahawa program penerangan Pindaan Akta 355 yang dirancangkan terpaksa dibatalkan sebagai tidak berasas kerana "Pihak Jabatan Mufti Perlis tidak pernah menerima apa-apa pemohonan rasmi berkaitan program penerangan IKSIM tentang RUU355 seperti yang dipetik oleh satu sumber yang sebelum ini sering menyebarkan maklumat tidak tepat."

Kami menghubungi pihak IKSIM dan kami dimaklumkan bahawa badan pemikir itu bukanlah penganjur kepada program penerangan RUU A355. Jadi sudah semestinya IKSIM tidak pernah menghantar sebarang permohonan kepada pihak Mufti Perlis. 

Kenyataan ini adalah selari dengan berita yang telah diterbitkan oleh sebuah portal yang tidak pernah menyebut bahawa program IKSIM di Perlis dibatalkan Mufti Perlis. Artikel tersebut hanya mengetengahkan 'campur tangan' pihak Mufti sehingga program tersebut terpaksa disaat-saat akhir dibatalkan penganjur.

Persoalannya sekarang dan pihak Mufti Perlis perlu menjawab persoalan ini supaya fitnah dan salah faham yang terhasil dengan posting facebook tersebut tidak terus membarah, apakah benar Mufti Perlis meminta pihak penganjur untuk menukar panel seperti yang telah ditulis oleh portal watan-online.com? Ya atau tidak?


Hari ini Persatuan Melayu Negeri Perlis (PEMANIS) tampil mendakwa program yang telah mendapat persetujuan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man terpaksa dibatalkan selepas Mufti Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu ahli panel majlis itu ditukar. 

Disebabkan itu juga seperti yang dilaporkan portal watan-online, tempahan catering untuk 1500, pada program yang sepatutnya dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis sendiri terpaksa dibatalkan.

"Kita amat sedih apabila program yang bertujuan untuk memberi penerangan tentang akta syariah ini terpaksa dibatalkan dan akhirnya Perlis tidak buat apa-apa untuk penerangan RUU 355," kata Bahari Ali merangkap ahli jawatankuasa penyelaras program tersebut seperti yang dilaporkan oleh watan-online.com



Rujukan :

1-http://watan-online.com/?p=35607

2-http://watan-online.com/?p=35495

3-http://watan-online.com/?p=35397

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.