Thursday, 24 November 2016

Dr D Jeyakumar-Pindaan Akta 355 Hak Beragama Umat Islam

Adalah amat memalukan apabila seorang Ahli Parlimen Muslim daripada sebuah parti yang diadakan untuk memberikan kosher halal kepada DAP, terus-menerus menyalak untuk bukan Islam walaupun telah berkali-kali diperjelaskan bahawa Pindaan Akta 355 untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia tidak ada kena-mengena dengan pihak bukan Islam di negara ini.

Adalah lebih memalukan ialah apabila susuk tersebut, yang baru-baru ini melalak memanggil seorang menteri “sial”, berkali-kali, merupakan seorang Pengarah Komunikasi sebuah parti yang kononnya mewakili sebuah parti Islam progresif lagi moderat, berpandangan bahawa taklimat khas semua Ahli Parlimen beragama Islam yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, merangkap ketua whip Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kononnya seolah-olah “Melayu berkomplot terhadap bukan Islam”.


Walaupun sudah diperjelaskan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa orang bukan Islam perlu hormat hak umat Islam di negara ini dan jangan membantah Pindaan Akta 355 tanpa faham hujung pangkal. Hal yang sama telah berkali-kali diperjelaskan bahawa pihak bukan Islam tiada kena-mengena langsung dengan Pindaan Akta 355, baik oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, sendiri, atau oleh Dato' Seri Jamil Khir Baharom sehinggalah juga oleh Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Haji Hadi Awang sendiri.

Beliau patut malu dan belajar daripada Dr D Jeyakumar, Ahli Parlimen Sungai Siput yang berpandangan bahawa orang bukan Islam sepatutnya menghormati hak orang Islam ingin mengamalkan ajaran agama mereka. Dan jika Pindaan Akta 355 adalah keperluan untuk itu, pihak bukan Islam seharusnya tidak menjadi batu penghalang.

Apakah mungkin Ahli Parlimen “Sial! Sial! Sial!” itu akhirnya akan faham?

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.