Monday, 21 November 2016

Demo-Niat Tidak Menghalalkan Cara!!

Sebagai manusia kita harus peka dengan segala sesuatu yang berlegar di sekeliling kita. Apa-apa yang kita buat adalah untuk mencari kebaikan yang berkekalan, yakni syurga Allah. Kita tidak boleh membuat sesuatu untuk kepentingan kita semata-mata, namun pada masa yang sama ianya merugikan masyarakat, Nabi S.A.W. pernah bersabda,

“Kebenaran membawa kepada taqwa, dan taqwa membawa kepada syurga…”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Niat tidak menghalalkan cara, jika setiap manusia bertindak mengikut hawa nafsunya maka sudah tentu akan berlaku huru hara. Kehidupan ini akan lebih bermakna sekiranya kita berbakti kepada orang lain dalam kerangka yang telah diberikan oleh agama. Berbuat baik tetapi menerima wang ‘hasil rompak’ daripada seorang yang terkenal sebagai Penyangak Mata Wang Dunia bukanlah satu permulaan yang baik untuk sesuatu usaha kebaikan.

Apabila sumber kewangan sudah menjadi persoalan, segala gerak kerja termasuk niat dan method untuk sesuatu pergerakkan itu sudah boleh menjadi dipersoalkan?!



Malah yayasan Open Society Foundation sendiri dengan jelas menyatakan mereka mahu merebahkan ‘the ruling Malay’ di Malaysia sama seperti rejim-rejim lain di Asia Tenggara. Mungkin juga mahu menjadikan negara ini sebuah republik dengan pemansuhan sistem beraja? Adakah ini sebabnya Bersih mahu sistem ‘Mempertahan Demokrasi Berparlimen’ sedangkan Bersih sepatutnya sedar bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan?

Sultan dan Raja-Raja Melayu yang rata-rata merupakan legasi kepada pemerintahan Islam sejak ratusan tahun lama. Adakah kerana bencikan seseorang individu, berbaloi untuk kita semua masuk dalam perangkap dajal yang sebenarnya mempunyai ‘grand design’ yang kita semua tidak tahu?! Sudahkah kita lupa dengan cerita 'dajal datang bawa roti' di akhir zaman? Cuba kita ambil iktibar daripada negara-negara seperti Iraq, Libya, Mesir dan juga Syria.

Sampai bila orang kita asyik nak menang sorak, tapi kampong tergadai??

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.