Tuesday, 29 November 2016

Datuk Seri Tiong King Sing-Sokong Pindaan Akta 355 Bukan Bererti Khianat Non Muslim!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan pemimpin parti tersebut Datuk Seri Tiong King Sing yang tampil bersikap jujur menyatakan pendirian parti tersebut bahawa Pindaan Akta 355 adalah hak beragama orang Islam yang harus dihormati semua.

Keterbukaan SPDP jelas menunjukkan kematangan dan kesederhanaan dalam berpolitik yang diamalkan oleh parti  tersebut yang semestinya harus dijadikan contoh kepada semua. Negara kita sememangnya memerlukan lebih banyak parti politik bukan Islam yang sentiasa menghormati Islam dan cara hidup Muslim.

Ia juga boleh menjadi teladan terutamanya kepada parti-parti politik bukan Islam yang masih degil dan gemar untuk berburuk sangka dengan Pindaan Akta 355, walaupun sudah berkali-kali diperjelaskan bahawa ianya bukan Hudud dan tidak ada kena-mengena dengan kehidupan orang bukan Islam.

Bercakap kepada Borneo Post beberapa hari lalu beliau berkata "PDP tidak terlibat sama mengkritik cubaan Pindaan Akta 355 kerana kira tahu bahawa Hadi hanya mahu meminda rang undang-undang untuk memperkasa Mahkamah Syariah dan kami berpendapat tidak harus mengkritiknya secara melulu."


Pendirian SPDP dan Datuk Seri Tiong King Sing itu harus dijadikan contoh kepada mana-mana parti nyamuk yang berharapkan dana parti bukan Islam untuk kelangsungan hayat berpolitik seperti beberapa ekor anjing tambatan yang sedia menyalak untuk DAP bila perlu.

'Olive branch' yang dihantar bolehlah dianggap sebagai 'wake-up call' untuk parti-parti yang mengharapkan undi Melayu/Islam bahawa tidak akan ada alasan yang munasabah lagi mana-mana parti untuk tidak mengundi menyokong Pindaan Akta 355 kerana parti bukan Islam seperti SPDP sendiri memilih untuk sebulat suara mengundi pindaan akta itu kelak.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.