Friday, 18 November 2016

Bersih 5.0 Berarak Untuk Jatuhkan 'Ruling Malay'?!

Esok perarakan yang didakwa diadakan untuk menggesa pilihanraya bersih dan telus bakal diadakan di negara ini untuk kali yang ke-5.

Semenjak perarakan Bersih yang pertama diadakan (penulis juga turun padang) yang mahukan satu rombakan drastik diambil oleh pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya khasnya supaya menambahbaik proses pilihanraya diadakan di negara ini, banyak juga perubahan yang telah diambil oleh pihak berwajib untuk akur dengan permintaan badan bukan kerajaan tersebut.


Namun setelah beberapa cadangan penambah-baikkan diadakan, seperti pengenalan kepada dakwat kekal dan sebagainya, rupa-rupanya masih lagi ada suara tidak puas hati daripada kumpulan baju kuning. Ini termasuklah kepada tuduhan-tuduhan tidak berasas seperti '40,000 Banglas' yang masih belum dibuktikan sehingga kini. Kerajaan kalah Undi Popular (Trump juga kalah undi popular khabarnya) contohnya, yang sememangnya bukan sistem yang diguna-pakai oleh Malaysia dan Bersih juga sedar akan hal itu. Mungkinkah Bersih yang baru-baru ini mengaku menerima puluhan ribu ringgit daripada sebuah yayasan iaitu Open Society Foundation (OSF) yang dinaungi oleh George Soros, si Penyangak Mata Wang Dunia sendiri mempunyai agenda lain, selain daripada, bersih dan telus?

Pertanyaan ini kita ajukan apabila pihak kami mendapati bahawa OSF selain berikrar tegas mahu melawan saki-baki komunis di Vietnam, Laos dan Cambodia, Junta Tentera di Thailand dan Myanmar, pihak yayasan Soros juga mahu 'menjatuhkan' the ruling Malay di Malaysia.


Kasihan orang Melayu (yang semestinya Muslim ikut Perlembagaan Persekutuan) walaupun setelah ratusan tahun negara dijarah penjajah Barat sehingga pribumi hidup merempat di tanahairnya sendiri, negara kita masih menjadi musuh tegar Barat hanya kerana orang Melayu yang memerintah?!

Melayu hanya kerana memegang tampuk pemerintahan disamakan sebaris dengan komunis dan junta tentera di beberapa negara Asia Tenggara?



Melayu yang telah memberikan lebih 2 juta kerakyatan kepada pendatang asing secara Jus Soli diletak sebaris dengan komunis dan junta tentera?

Hakikatnya itulah yang diletakkan oleh Open Society Foundation yang dinaungi Soros yang pada tahun 1997-98 merupakan orang yang bertanggungjawab meranapkan ekonomi Malaysia sehingga kemelesetan ekonomi dan Bursa Saham jatuh hampir 900 mata. Dan kini yayasan yang dinaunginya masih mahu campurtangan untuk menjatuhkan the ruling Malay.

Malangnya, adakah Bersih sememangnya bersekongkol atau mungkin juga sedang dipergunakan OSF untuk menjatuhkan 'the ruling Malay' seperti yang sering dilakukan oleh Soros dengan beberapa siri Revolusi Warna yang digerakkan di seluruh dunia untuk menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih rakyat ramai?

Adakah perarakan esok boleh diklasifikasikan sebagai 'Berarak Untuk Menjatuhkan the Ruling Malay'? 

Syabas kepada Melayu-Melayu yang mengambil bahagian!

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.