Thursday, 6 October 2016

Zaid Ibrahim, Kenapa Gelabah Biawak?

Mendiang Karpal Singh menitip satu pesan yang amat berguna kepada seluruh rakyat Malaysia. "Zaid Ibrahim tidak relevan! kita tidak perlu membuang terlalu banyak masa, walaupun untuk berbincang mengenainya." (1) Kenyataan itu disiarkan Roketkini seolah-olah itu wasiat yang mesti dipegang oleh semua.


Jika Zaid Ibrahim mewakili negara ke sukan olimpik dalam acara lompat semua tempat, maka dia akan membawa pulang pingat emas dan rekod dunia yang tidak mungkin dapat dileburkan sehingga kiamat. Dari UMNO ke PKR, dari PKR ke KITA, semuanya tidak menjadi. Zaid Ibrahim mungkin akan lebih relevan jika dia menganggotai kumpulan Gagalis 25.

Apabila umat Islam sedang berusaha keras untuk memperkasakan Undang-Undang Syariah di dalam negara melalui Pindaan Akta 355, makhluk Allah seperti Zaid Ibrahim, melakukan perkara menjadi bidang kepakarannya. Dia turut melompat mahu memberi buah dikirnya*.

Persoalannya, kenapa Zaid Ibrahim gelabah biawak dengan Pindaan Akta A355? Kami mencari sebabnya dan melakukan apa yang "Pakar-Pakar Instant" seperti Siti Zabedah Kasim  dan Zaid Ibrahim akan lakukan bila hendak menunjukkan kepakaran dalam satu bab di luar bidang kepakaran mereka. Google! Hasilnya, kami terjumpa poster di bawah.



Rupa-rupanya, anak kepada Zaid Ibrahim iaitu Ezra Zaid, salah seorang DJ di Business FM, sedang menghadapi kes Mahkamah kerana menerbitkan terjemahan buku Allah, Liberty & Love. Sebuah penerbitan yang melanggar Hukum Syarak dan menghina Allah serta RasulNya dengan fitnah-fitnah melampau. Nama Allah dikatakan diambil dari Berhala Bulan dan Rasulullah s.a.w. dikatakan dibisikkan syaitan semasa menulis sesetengah ayat al Quran.

Jika demikianlah sifat perkataan dimasukkan di dalam buku tersebut, maka benarlah pertanyaan yang dikemukakan poster di atas. Cukupkah denda sedemikian untuk perbuatan menghina sedemikian? Maka dengan ini, kami telah temukan jawapan kepada persoalan, "kenapa Zaid Ibrahim gelabah biawak?"

Jelas, hampir dipenghujung usia, mendiang Karpal Singh menitipkan satu pesan berguna untuk kita semua. Zaid Ibrahim tidak relevan!


Rujukan :
1) http://www.roketkini.com/2014/02/28/zaid-ibrahim-tak-relevan/



0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.