Sunday, 9 October 2016

Tolak Sokong A355 : Khalid Samad & PAN Perlu Belajar Perlembagaan

Kami dihubungi seorang peguam yang ingin menyampaikan kekesalan beliau serta rasa pelik beliau dengan alasan penolakan undi menyokong A355 oleh Khalid Samad dan PAN-AMANAH. Berikut petikan email beliau mengenai kedangkalan hujah seorang Ahli Parlimen bernama Khalid Samad :


Khalid Samad dan PAN perlu belajar membaca Perlembagaan terlebih dulu sebelum cari titik bengik untuk cucuk hidung sendiri bagi ditarik oleh tuan besar mereka iaitu DAP.

Khalid Samad jelas tidak faham apa itu Butiran 1 Senarai Negeri Jadual ke 9 Perlembagaan Persekutuan (B1 SN J9 PP)? Susah sangatkah untuk Khalid Samad faham pernyataan berikut 
"..shall not have jurisdiction in respect of offences except in so far as conferred by Federal law”.

Tahukah Khalid Samad dan PAN di mana peruntukan Perlembagaan yang menjadi punca kuasa penggubalan Akta 355? Tahukah dia yang Akta 355 sekarang mengehadkan bentuk hukuman yang boleh diluluskan oleh DUN setiap negeri di dalam Persekutuan?

Sampai Hampir Licin Pinggan Jamuan Khalid Samad Menjamu Selera di Restoran Bukan Islam Mutiara Palace Damansara (Klik)
Tahukah Khalid Samad bentuk penggubalan yang dicadangkan oleh Hj Hadi memberikan kuasa yang lebih luas kepada DUN untuk perkenalkan bentuk hukuman baru termasuk perintah pemulihan dan sebagainya?

Fahamkah dia yang peruntukan Akta 355 sekarang menyempitkan kuasa memperkenalkan kesalahan iaitu HANYA terhadap rukun-rukun Islam yang diterjemahkan secara bercanggah dengan keputusan Mahkamah Persekutuan?

Tahukah Khalid yang Prosedur dan establishment Mahkamah Syariah bukan di bawah domain Akta 355 malah Parlimen juga tidak boleh menerjah sesuka hati untuk melakukan penambah baikkan kerana kuasa sedemikian adalah di bawah bidangkuasa DUN?

Jadi cadangan untuk berkeras tidak menyokong Pindaan Akta 355 oleh PAN-Amanah dengan menimbulkan titik bengik serta mengalih perhatian dengan mencadangkan suatu cadangan seolah-olah lebih hebat, hanya mendedahkan kedangkalan Ahli Parlimen bernama Khalid Samad ini dalam membicarakan perihal undang-undang Syariah di Malaysia.


0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.