Sunday, 16 October 2016

Mengajak Lawan Titah YDP Agong : Perlukah MCCBCHST Dibatalkan ROS?

Merujuk kepada penulisan MCCBCHST di dalam Malaymail Online, kami melihat satu bentuk campurtangan di pihak-pihak berkepentingan tertentu menggunakan nama pertubuhan Bukan Islam untuk mencampuri urusan umat Islam di Malaysia.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, telah bertitah semasa sesi pembukaan parlimen pada 7 Mac 2016 dengan Titah berikut :

"Beta berharap langkah-langkah ke arah memperkukuhkan institusi agama dan kecekapan pelaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam melalui pemerkasaan Mahkamah Syariah dapat disegerakan,"


Pemerkasaan Mahkamah Syariah adalah termasuk di dalam hasrat serta Titah tersebut.

Malaysia bukanlah sebuah negara Teokratik dengan MCCBCHST sebagai Ketua Agama dan semua Ahli Parlimen menerima arahan dan bersumpah untuk menurut perintah dan arahan MCCBCHST. Arahan terbaru dari MCCBCHST ini jelas menunjukkan bahawa MCCBCHST merasakan pihak mereka boleh mengajak Ahli-Ahli Parlimen Malaysia untuk melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Titah Ketua Utama Negara iaitu YDP Agong. 



MCCBCHST harus diberi peringatan bahawa "Vote against The Bill (A 355), is a Vote Against YDP Agong's Decree".

Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 3(1)membenarkan Agama lain diamalkan dengan syarat mesti bersifat aman dan damai. Dalam keputusan Mahkamah Rayuan di dalam Roman Titular Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri Dan Lain yang diputuskan pada Oktober 2013, salah satu teks penghakiman menegaskan bahawa perkataan ‘aman dan damai’ di dalam Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan membawa maksud melindungi agama Islam daripada sebarang bentuk ancaman.

MCCBCHST membentang beberapa perkara yang cuba dijadikan fakta.

1)   Pindaan Akta 355 tidak berkeperlembagaan :

Hujah ini telah dijawab beberapa kali oleh pelbagai pihak. Punca kuasa kepada Akta 355 tercatat di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Ke Sembilan Perlembagaan Persekutuan.

Akta Ini diwartakan melalui Parlimen dan telah melalui beberapa kali pindaan tanpa sebarang polemik sejak tahun 1965. Ia sah dari segi Perlembagaan.

2)   Bil Pindaan Akta 355 ini akan membolehkan Hudud dijalankan di Kelantan.

Jelas, pihak MCCBCHST tidak dapat membezakan antara Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan di dalam Perlembagaan. MCCBCHST menggunakan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (1993) 2015, untuk berhujah menyatakan bahawa hukuman untuk kesalahan mencuri, merompak, qazaf, zina, mabuk, liwat, ajaran sesat akan diperkasakan di bawah syariah di Kelantan.

Ini merupakan satu hujah yang tidak bersandar kepada realiti sebenar. Untuk kesalahan mencuri, merompak,  rogol, samun, bunuh dan mencederakan seperti yang terdapat di dalam Kanun Keseksaan, ia terletak di bawah Senarai Persekutuan. Pindaan Akta 355 hanya melibatkan kesalahan yang terdapat dalam Senarai Negeri. Butiran 1 sendiri mengecualikan kesalahan-kesalahan tersebut dari Mahkamah Syariah.

Kesalahan Zina, Mabuk dan Pengembangan Ajaran Sesat sememangnya kesalahan yang selama ini terdapat di dalam Bidang Kuasa Mahkamah Syariah dan diberikan punca kuasa oleh Perlembagaan.

3)   Malaysia Sebuah Negara Sekular

MCCBSCHT sekali lagi cuba mengalihkan perhatian dalam usaha untuk berdegil menyatakan Perlembagaan Persekutuan ialah sebuah Perlembagaan Sekular. Sedangkan Perkara 3 (1) Perlembagaan Jelas menegaskan bahawa Islam ialah Agama Bagi Persekutuan.

Tiada sepatah pun perkataan Sekular atau Demokrasi wujud di dalam dokumen Perlembagaan Persekutuan.

Dalam usaha untuk terus berdegil menyatakan negara ini sebuah negara sekular, MCCBSCHT menggunakan hujah tidak masuk akal dengan merujuk kepada DOKUMEN-DOKUMEN  serta MEMORANDUM CADANGAN yang dicadangkan kepada Suruhanjaya REID, bahawa HASRAT dan PERMINTAAN sesetengah golongan supaya tidak menafikan ciri-ciri sekular negara ini.

Antara LAPORAN, MEMORANDUM CADANGAN dan KERTAS CADANGAN yang disebutkan pihak MCCBSCHT adalah seperti berikut :

i)              Memorandum Perikatan (UMNO, MCA & MIC)
ii)             Laporan Suruhanjaya Reid (Para 169)
iii)           Kertas Putih Kerajaan British 1957 (Para 57)
iv)           Surat Setiausaha Koloni British (Lennox Boyd) kepada Lord Reid.
v)             Laporan Suruhanjaya Cobbold 1963
vi)           Kosensus 20 dan 18 Perkara Sabah & Sarawak
vii)          Kenyataan-kenyataan Tunku Abdul Rahman terutamanya temuduga dengan The Star (9/2/1983)

Fakta, Perlembagaan Negara dirintis oleh sebuah suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid dengan dianggotai oleh hanya seorang hakim beragama Islam dari Pakistan. Namun begitu tidak ramai yang menyedari fungsi dan peranan Suruhanjaya ini yang pada hakikatnya hanya menyediakan laporan (syor). Sebuah Jawatankuasa Kerja yang dikenali sebagai Jawatankuasa White Paper juga bertanggung jawab untuk mencadangkan pindaan-pindaan terakhir kepada cadangan Suruhanjaya Reid selaras dengan kehendak Raja-Raja Melayu, pemimpin-pemimpin politik, pemerintah British bagi memuktamadkan Perlembagaan dalam proses penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa itu juga telah mengambil pendekatan menerima memorandum Perikatan untuk memasukkan prinsip Islam sebagai Agama Persekutuan “tetapi ia tidak menafikan ciri-ciri sekluar negara ini.”

Namun begitu perlu diberi perhatian bahawa hanya Hakim Abdul Hamid dari Suruhanjaya Reid dan Jawatankuasa White Paper yang bersetuju menerima memorandum perikatan untuk memasukkan Islam sebagai Agama Persekutuan; tetapi ia tidak menafikan hak penganut agama lain untuk mempraktiskan agama mereka dan “ia tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini.”

Dari TIGA cadangan  dalam memorandum Perikatan berkaitan agama Negara itu, HANYA DUA perkara sahaja yang TELAH DITERIMA DAN DIPERSETUJUI iaitu - Islam sebagai Agama Persekutuan; tetapi ia tidak menafikan hak penganut agama lain untuk mempraktis agama mereka; namun limb ketiga yang berbunyi “tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini” telah DITOLAK DAN TIDAK DIMASUKKAN dalam mana-mana bahagian dalam Perlembagaan. Dengan menggugurkan ayat ini, perkataan “sekular” lenyap sama sekali dari Perlembagaan Persekutuan. Justeru warga negara Malaysia berkewajipan untuk menerima hakikat bahawa tiada sepatah pun perkataan “sekular” yang wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan.

MCCBSCHT jelas tidak dapat membezakan antara MEMORANDUM CADANGAN dan PERLEMBAGAAN yang termaktub dan diterima oleh Majlis Raja-Raja Melayu selepas selesai semua proses rundingan.

Jelas perkataan sifat negara sekular dan perkataan sekular yang terkandung di dalam MEMORANDUM cadangan tersebut, ditolak dan tidak dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan.

Artikel MCCBSHT yang sama memasukkan pelbagai lagi momokan yang langsung tidak bersandarkan realiti.

Sudah tiba masanya Pendaftar Pertubuhan menyiasat MCCBCHST yang cuba mengeruhkan keamanan Malaysia dan membatalkan pendaftarannya sekiranya jelas mereka merupakan pihak yang sentiasa membuat kacau ganggu terhadap keharmonian hidup beragama di Malaysia.

Kita tidak lupa dengan surat bertarikh 22 Ogos 2001 daripada MCCBCHST kepada Cecil Rajendra (Bar Council). MCCBSCHT ini jelas, sejak sekian lama memainkan peranan aktif membawa amalan beragama bukan Islam di Malaysia, lari dari konteks amalan beragama yang dibenarkan kepada mereka di bawah Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu mesti bersikap aman dan damai terhadap Islam.

Pihak SPRM juga seharusnya memberi fokus untuk bekerjasama dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia untuk melihat di mana silapnya, banyak pertubuhan-pertubuhan yang memberikan ancaman kepada kehidupan harmoni rakyat Malaysia, masih terus dibenarkan aktif bergerak dan aktif merosakkan kehidupan bermasyarakat di Malaysia.


4 comments:

  1. Ya ke ? ko ni sekolah kat mana Bujai ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu Je Termampu Anon 16 October 2016 at 09:17?

      Kerap tersuntik dosis-dosis penulisan bangkai dan menjamah bangkai ide seperti dubuk, menyebabkan komen mandul minda spt itu sahajalah yg termampu diungkapkan Anon 16 October 2016 at 09:17.

      Simpati kami kepada golongan anda.

      Delete
  2. Kalau di luar negara ada bermacam-macam -fobia, kat sini, kalau MCCBSCHT berterusan dengan pendekatan sedia ada, jangan hairan kalau akhirnya akan timbul sentimen MCCBSCHTphobia. Yang rugi akhirnya adalah MCCBSCHT jua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la Tuan Hamba Allah 17:42

      Tiada siapa halang mrk amalkan agama mrk. Tp mestilah dalam bentuk pengamalan yang aman dan damai trhadap Islam.

      Tp dengan pendekatan konfrontasi sejak 2001 ini, ia akan menyebabkan berlakunya reaksi balas dr kalangan Umat Islam yg tidak mahu melihat agama mereka menjadi subjek pertikaian golongan spt ini.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.