Monday, 17 October 2016

Jika Kata-Kata Almarhum Tunku Boleh Digunakan Menafsirkan Perlembagaan…

Ekstremis SEPILIS (Sekular, Pluralis, Liberalis) bersama MCCBCHST begitu gemar memotong seluruh hidup Tunku Abdul Rahman dan meninggalkan hanya pada sepotong ayat, semasa Tunku ditemuduga oleh akhbar The Star pada tahun 9/2/1983. Mereka menggunakan keratan temuduga tersebut untuk menafsirkan Perlembagaan sebagai sebuah Perlembagaan Sekular menurut kata-kata Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al Haj. Mereka juga menyatakan bahawa Malaysia pada hemat Tunku, hanya meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.

Tanpa mereka sedar, Almarhum Tunku hanyalah salah seorang daripada pihak-pihak yang mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Reid untuk cadangan-cadangan yang hendak dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan.

Benar, Tunku pernah menjelaskan bahawa apa yang sentiasa dimaksudkannya dengan negara Islam Malaysia. Tetapi, mereka harus sentiasa memahaminya di dalam konteks yang betul. Tunku mengatakan Malaysia sebagai sebuah negara Islam bukanlah sama sepertimana negara Islam Arab Saudi dan Iran. Berikut antara petikannya :

“Malaysia is not an Islamic country in the way that Saudi Arabia and Iran are. Rather, it is a multiethnic country like the United States, although Islam is the official state religion” 2

Apa yang dimaksudkan Tunku Abdul Rahman al Haj ialah Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan komposisi mono bangsa atau negara dengan majoriti bangsa menganut Islam seperti Arab Saudi dan Iran. Tetapi Malaysia ialah sebuah negara pelbagai etnik yang menganut pelbagai agama dengan Islam sebagai Agama Rasmi negara.

Pernyataan mengenai Agama Rasmi di dalam petikan di atas, jelas menunjukkan itu hanya sekadar pendapat Tunku Abd Rahman kerana tiada wujud di dalam teks Perlembagaan perkataan Islam sebagai Agama Rasmi. 

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa Islam ialah Agama bagi Persekutuan. Agama Rasmi, hanya akan membolehkan Islam sekadar menghiasi upacara-upacara rasmi di dalam negara seperti pembacaan doa sebelum majlis dan sebagainya. Tetapi, Islam sebagai Agama Persekutuan, impaknya lebih tinggi dan mendalam dengan keseluruhan susuk tubuh dan pasak bina negara ini, mestilah tidak bertentangan dengan kedudukan Islam itu sendiri.

Prinsip Constitutional Construction
Dalam Mahkamah Persekutuan di dalam kes ZI Publications Sdn Bhd And Another v Kerajaan Negeri Selangor, Hakim YAA Tan Sri Dato' Seri Md Raus bin Sharif menegaskan serta menjelaskan mengenai prinsip Constitutional Construction untuk menafsirkan mana-mana maksud Perkara di dalam Perlembagaan. Berikut sebahagian daripada petikan Penghakiman kes tersebut mengenai Kedudukan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan yang mempengaruhi tafsiran lain-lain Perkara di dalam Perlembagaan.

17. Thus, in the present case, we are of the view that Article 10 of the Federal Constitution must be read in particular with Articles 3(1), 11, 74(2) and 121. Article 3(1) declares Islam as the religion of the Federation. Article 11 guarantees every person’s right to profess and practise his religion and to propagate it. With regard to propagation, there is a limitation imposed by Article 11(4) which reads:- “(4) State Law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.”

Buang Sesetengah Etnik Jika Ia Mengancam Kuasa Politik Melayu?

Jika Setiap Perkataan Tunku Abdul Rahman, boleh digunakan untuk menafsirkan maksud Bapa-Bapa Pendiri Negara dan Perlembagaan, apakah MCCBCHST turut sama bersetuju dengan niat Tunku mengenai had penerimaan etnik lain dalam perkongsian kuasa di dalam negara?

Perlembagaan tidak pernah menetapkan mana-mana etnik tertentu sebagai pemegang jawatan Perdana Menteri. Perlembagaan juga tidak pernah menetapkan kepimpinan Eksekutif negara ini dari kalangan kaum-kaum tertentu.

Bayangkan jika hujah MCCBCHST digunapakai ke atas perkataan Tunku mengenai etnik Cina sepertimana berikut :

“When I gave him independence, there was nothing to stop Singapore’s asking to rejoin Malaysia. Somebody else different from Kuan Yew might one day do just that, but it is up to the government of Malaysia whether to accept Singapore or not. If you accept Singapore, the one danger that always be present, that the Chinese will dominate the Nation with a surplus population of two million, and later on three or even four million.” 2


Tunku memberikan amaran tersebut kepada kepimpinan Melayu supaya sentiasa berhati-hati dengan idea kemasukan Singapura ke Malaysia.

Tunku turut dicatatkan di dalam buku yang sama, menyatakan bahawa sebab beliau menghalau Singapura keluar dari Malaysia adalah disebabkan oleh perkara berikut :

“.. I asked Singapore to leave the federation because the two million Chinese in there and some of their compatriots in the mainland were threatening Malay political power.” 3

Jelas, jika perkataan-perkataan Tunku Abdul Rahman boleh digunakan untuk mentafsirkan Perlembagaan, apakah tiada kemungkinan di dalam masa depan terdekat nanti, tiada pihak akan cuba menggunakan Perkataan Tunku untuk menghalalkan tafsiran songsang Perlembagaan untuk menghalalkan perbuatan menghalau mana-mana etnik keluar dari dari negara demi survival politik Melayu?

Tentu sahaja tiada pihak yang mahu ianya berlaku sedemikian rupa. Sebagaimana pihak yang sentiasa menjunjung tinggi Perlembagaan dan prinsip Rukunegara, bagi kami, tiada mana-mana pihak berhak untuk menghalau mana-mana kaum hanya kerana pandangan sempit serta perbuatan tidak bertanggungjawab menafsirkan Perlembagaan secara songsang.

Jelas, perbuatan golongan SEPILIS dan MCCBCHST seperti sedang bermain satu permainan yang amat merbahaya dalam percubaan mereka untuk menghalang pindaan Akta 355 daripada berjalan mengikut proses demokrasi yang dibenarkan. Mereka bakal membuka kotak pandora bagi segala bentuk kekacauan kerana perbuatan mereka menafsirkan Perlembagan mengikut sesuka hati mereka.

Tun Abdul Hamid, di dalam satu syarahannya di New Delhi India, dengan topik bertajuk The Role of Religion In State Affairs pada 13 Februari 2008, menutup syarahan tersebut dengan ayat berikut :

“… let a country develop what suits her best, so long as it is done democratically.”

Tiada apa yang tidak demokratik dengan proses Pindaan Akta 355. Selagi ia megikut saluran yang dibenarkan oleh undang-undang dan Perlembagaan, maka perbuatan menghalangnya lah yang sepatutnya dilabel sebagai perbuatan tidak demokratik.




Rujukan :

  1. Tan Sri Abdullah Ahmad, Conversations with Tunku Abdul Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Marshall Cavendish, Singapore, 2006, p 6
  2. Ibid p. 100
  3. Ibid p. 185
  4. Tun Abdul Hamid Mohamad, The Truth Shall Prevail : Speeches, Papers And Articles, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, p 25.

1 comments:

  1. Hanya mereka yang berasakan mereka cerdik dan orang lain bodoh yang yakin dengan penggunaan sepotong ayat mampu memperbodohkan si pendengar.

    Dalam konteks isu, kalau kaedah itu digunakan pada tahun 1970-han mungkin penggunaannya membawa hasil sementelahan internet masih di peringkat persenyawaan.

    Sekarang adalah 2016. Internet telah lahir dan dewasa. Sekarang rata-rata mukmin jauh lebih celik dan cekap waima lebih dari golongan SEPILIS itu sendiri.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.