Tuesday, 25 October 2016

Isu Pretzel Dog-Malu Bertanya, Sesat Jalan!

"Ingatlah kembali amaran Thomas Stamford Raffles dalam memoirnya ketika menjajah Singapura supaya Barat memastikan Alam Melayu terus lemah. Beliau menggariskan dua strategi bagi melakukan ini. Pertama, dengan memasukkan pendatang asing sewenang-wenangnya supaya kawasan ini menjadi majmuk dan bukan lagi beridentitikan Melayu. Kedua, beliau memastikan raja-raja Melayu di Semenanjung, Sumatera dan Jawa tidak mengambil para ulama Islam menjadi penasihat mereka.”

Petikan daripada artikel pakar kaji Alam Melayu Allahyarham Prof Emeritus Dato’ Dr. Nik Anuar Nik Mahmud dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengingatkan kita akan perancangan jahat dan licik penjajah ke atas bangsa Melayu.

hotdog ke frankfurter ke weiner?
Malang sekali, hari ini ketika kita semua selesa dengan taraf kehidupan yang semakin baik, kita semakin alpa dengan pesanan-pesanan baik seperti tulisan tersebut. Adakalanya kita terlupa bahawa sesuatu kejadian itu bukanlah seperti yang kita jangka? Ketidakberadaan penjajah juga tidak bermakna mereka melupakan hasrat dan niat mereka untuk kekal ‘pecah dan perintah’. Mereka boleh saja melakukan ‘pemerintahan’ dengan menggunakan proksi dengan melobi pemerintah dengan seribu satu cara dan muslihat. Mereka juga boleh mengadakan campurtangan dalam segala bentuk. Sama ada melalui NGO yang didanai mereka, seperti yang dibuat oleh NED, NDI, Open Society Foundation dan lain-lain pertubuhan antarabangsa.

Atau boleh saja melalui falsafah pemikiran yang berkiblatkan barat yang telah diguna-pakai sosial saintis sebelah sana untuk menyusun semula masyarakat mereka.

Jadi tidak hairanlah hari ini apabila ada saja sesetengah daripada orang Islam yang bercakap tidak tumpah seperti ‘Tuan’ yang mereka puja. Sehinggakan ada yang mahu perundangan khalwat sedia ada dimansuhkan saja atas alasan dangkal ‘dosa peribadi’.

Mungkin atas keberjayaan aliran pemikiran sedemikian jugalah yang membolehkan segelintir daripada kita untuk mempermainkan isu makanan halal sehingga ada yang memperbodohkan diri sendiri dengan kenyataan yang tidak kurang bodoh seperti jika JAKIM mahu mengharamkan 'hotdog' mahu diharamkan kerana ‘dog’, itu bagaimana pula makanan seperti telinga keling, cucur kodok dan mata kucing. Kenapa sehingga begitu rendah kita memperbodohkan diri sendiri?

Sure ke yang malu cuma Jakim? Dunia kenal?
Dan apabila JAKIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dimalukan di seluruh dunia, disebabkan oleh seorang dua pengamal sosial media yang tidak bertanggungjawab, dan ini disambut pula oleh ribuan yang lain yang jahil isu sebenar tumpang sekaki, sekali lagi Islam dimalukan hanya kerana sebuah salah faham dan gerakan ektremis liberal yang sememangnya semacam berdendam dengan agensi-agensi agama, baik negeri mahupun persekutuan seperti JAKIM. Mereka ini adalah golongan yang sama yang mempersoalkan segala sesuatu tentang pelaksanaan Islam. 

Mereka jugalah golongan yang teguh mempertahankan hak untuk seorang peguam bukan Islam membuat tuduhan jahat dan fitnah ke atas JAKIM sebagai agen 'promoting extremism every Friday'. Mungkin apa yang dipesan oleh Stamford Raffles itulah yang sedang digerakkan oleh pendukung-pendukung agenda sekular barat, yang sebenarnya mahu menidakkan hak Islam daripada terus bersinar di mana pun syiar Islam itu mekar. Tentunya kita masih ingat dengan kenyatan salah seorang ahli G25 yang mahu JAKIM dimansuhkan.

Malanglah jika ada diantara kita fikir bahawa JAKIM dihina semata-mata atas isu tidak cekap urus daftar nama produk seperti 'hotdog' sahaja. Naratifnya tidak selurus itu. Terutamanya apabila telah diperjelaskan juga bahawa 'pretzel dog' bukanlah salah satu daripada nama produk yang telah dihantar Auntie Anne's untuk pensijilan halal Jakim.

1 comments:

  1. kalau melibatkan rasuah mungkin memalukan tetapi kalau melibatkan syarat-syarat yang tidak dapat dipenuhi oleh pemohon, kita sepatutnya berbangga dengan ketegasan di pihak kita itu. logo hanyalah panduan. tanpa logo bahan berkenaan tetap boleh dijual...yakni tiada isu.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.