Monday, 24 October 2016

Gerakan & DAP 'Dua Kali Lima'?

Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang berkumpul di hadapan Ibu pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang bagi menggesa menyokong pindaan Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Antara NGO Islam yang terlibat adalah Gabungan Bina Insan Pulau Pinang, Pekida Timur Laut, Raudatulhuda Pulau Pinang, Jaringan Muslim Pulau Pinang dan Persatuan Anak Jati Pulau Pinang.

Jurucakap kumpulan terbabit, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, tindakan mereka itu bagi memberi isyarat kepada parti komponen BN berkenaan agar tidak menghalang usaha untuk meminda akta terbabit.

Sinar Harian

Menurutnya, sebagai sebuah parti komponen kepada sebuah parti yang sedang memerintah negara kini, Gerakan digesa agar tidak menghalang usaha pindaan itu seperti DAP.

"Kita berkumpul di sini hari ini untuk menggesa Gerakan supaya tidak terikut dengan DAP. Ini kerana, cara mereka mengeluarkan kenyataan saling tidak tumpah seperti DAP. Gerakan mesti menghormati Perlembagaan dan mesti terima hakikat bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Suka tidak suka mereka perlu akur.

"Gerakan digesa jangan biadab seperti pemimpin DAP yang turut mengajar pengikut mereka biadab terhadap Perlembagaan negara. Jika benar Gerakan adalah parti komponen BN yang memerintah negara, mengapa mereka seakan-akan mengikut kelakuan DAP? Perlu diingatkan, agama Islam perlu diletakkan dalam nombor satu di Malaysia," katanya ketika berhimpun di Jalan Macalister di sini, hari ini.

Mohamed Hafiz berkata, Gerakan perlu bersikap profesional dan bukannya menunjukkan sikap kurang cerdik dalam menghadapi isu agama Islam.

"Saya harap Gerakan tidak menunjukkan sikap tidak elok kepada rakyat seperti DAP. Kita tidak faham mengapa parti komponen BN yang satu ini (Gerakan) seolah-olah membodohkan diri dalam isu ini. Adakah Gerakan bermain mata dengan DAP dalam isu ini?

"Lebih dikesali, mereka mengugut kerajaan bahawa akan meletak jawatan jika BN sokong pindaan akta itu. Ingin saya tegaskan, tak usah ugut, letak sahaja jawatan itu. Biar rakyat tahu Gerakan juga tidak cerdik seperti DAP. Perlu ingat, ramai Melayu undi Gerakan di Pulau Pinang (walaupun tidak menang). Jangan sampai orang Melayu marah dan tidak sokong serta hilang kepercayaan terhadap Gerakan," katanya.




http://www.sinarharian.com.my/semasa/gerakan-jangan-terikut-dengan-dap-1.576599

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.