Sunday, 23 October 2016

DAP & Penjawat Awam-'Rasisme' Tony Pua Masih Belum Padam?!

Walaupun gagal memegang tampuk pemerintahan Putrajaya dan pakatan yang diharapkan terburai ditengah jalan, DAP masih tidak lupa akan cita-citanya untuk mengurangkan kakitangan awam yang rata-rata terdiri daripada penduduk pribumi beragama Islam. Penang Institute mengumumkan bahawa ‘Negara hanya perlu 430,000 penjawat awam’ seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal baru-baru ini. Tidak sampai sehari selepas rakyat negara ini sedikit tersenyum dengan belanjawan yang baru diumumkan Perdana Menteri, badan pemikir yang berkait rapat dengan DAP tersebut menggesa supaya pihak kerajaan ‘memberhentikan’ saja sekelompok kakitangan awam untuk mengurangkan bajet defisit kerajaan.

Cadangan ini selari dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh Ahli Parlimen DAP, Tony Pua yang mahu memberhentikan setengah daripada 1.2 juta kakitangan awam (2011) ketika berkempen untuk pilihanraya lepas. Kenyataan tersebut mendapat tentangan daripada pelbagai pihak sehingga ada yang melabel Tony Pua sebagai rasis, kerana rata-rata kakitangan awam terdiri daripada orang Melayu.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda kelmarin menemplak badan tersebut dan mendakwa bahawa Penang Institute tidak “tidak berpijak di bumi yang nyata” dan hanya pandai bercakap sahaja.

DAP-tidak RASIS, tidak CAUVANIS

Jika beginilah cara sebuah parti politik yang sering dilabel cauvanis menyelesaikan permasalahan defisit tanpa memikirkan kebajikan rakyatnya, kakitangan awam yang bakal diberhentikan itu bersama-sama dengan tanggungan mereka, lebih baik jangan diberikan peluang untuk mereka memerintah kelak. Persoalannya adakah ini yang dinamakan pemerintah mesra rakyat, yang akan berjuang untuk menegakkan keadilan dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat jelata?

Cadangan badan pemikir tersebut yang kononnya lebih sejuta tenaga kerja yang bakal diberhentikan kelak boleh dilepaskan kepada pasaran kerja swasta adalah dangkal dan bersifat melepaskan batuk ditangga kerana umum mengetahui pasaran kerja ketika ini bukanlah berada pada paras yang baik. Ketika syarikat-syarikat besar bersilih-ganti memberhentikan pekerja-pekerja mereka dan ratusan ribu graduan masih menganggur, pemberhentian lebih sejuta pekerja (berdasarkan jumlah 1.6 juta penjawat awam berbanding dengan saranan 430,000 penjawat awam sahaja) penjawat awam bukanlah satu idea yang bijak.

Tentunya badan pemikir tersebut faham bahawa sebuah kerajaan tidak boleh beroperasi sebagai sebuah perniagaan yang hanya mahu memaksimumkan keuntungan semata-mata. Kerajaan perlu bertanggungjawab kepada kebajikan rakyatnya. Tentu sekali ada cara yang lebih baik dan mesra ekonomi daripada ‘buang kerja’?!



Rujukan:

1-http://ww1.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=theMessenger&y=2011&dt=1103&pub=theMessenger&sec=Editorial&pg=ed_01.htm

2-http://www.rockybru.com.my/2011/11/civil-servants-and-dap.html

3-https://parochialsarawakian.wordpress.com/2011/11/09/dap-cut-civil-service-jobs/

4-http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/10/22/negara-hanya-perlu-430000-penjawat-awam-kata-penang-institute/

5-http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/10/22/cuepacs-selar-penang-institute-cadang-kurangkan-penjawat-awam/

1 comments:

  1. Sebelum membuat cadangan itu, kerajaan PP patut mulakan dulu diikuti Selangor dan Kelantan (jika kerajaan Kel mahu ikut jejak DAP PP). Cadangan Istitut PP itu keluar dari puquk bukan dari mulut mereka dgn berfikir guna kepala lutut.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.