Monday, 24 October 2016

‘Akta Peluang Pekerjaan Saksama’ Pintu Belakang Menidakkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan?!

Pakatan Harapan telah memperkenalkan bajet alternatif yang menjadi perbandingan kepada bajet yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Bajet tersebut dikatakan mampu mengurangkan perbelanjaan sebanyak lebih RM10 billion. Ia juga mahu memperkenalkan gaji minumun sebanyak RM1500 dan mencadangkan GST ‘berkadar sifar.

Bagaimana pakatan yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN dapat mencapai ‘gula-gula’ tersebut masih menjadi tanda tanya. Namun apa yang merisaukan ialah mengenai cadangan untuk mewujudkan 'Akta Peluang Pekerjaan Saksama' yang dikatakan bakal mengadakan sebuah suruhanjaya yang akan diberi kuasa untuk menghukum sebarang perbuatan diskriminasi ditempat kerja berdasarkan bangsa, agama atau jantina?

Utusan Malaysia

Perincian berkenaan akta ini masih samar-samar sebenarnya. Lampiran yang disediakan oleh pihak Pakatan Harapan juga tidak memperincikan mekanisme akta tersebut bakal dibentangkan. Cuma apa yang kita tahu suruhanjaya yang mahu diadakan itu kelak dapat bertindak secara unilateral untuk berbuat keputusan tentang apa yang adil atau tidak adil berkenaan dengan mana-mana proses untuk mendapatkan kerja sama ada di sektor awam mahupun swasta.

Persoalannya, bukankah akta tersebut jika diadakan kelak bakal berlawanan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Anak-Anak Sabah dan Sarawak? Adakah kedudukan suruhanjaya itu kelak lebih tinggi dan 'agung' daripada Yang di-Pertuan Agong? Bolehkah suruhanjaya tersebut beroperasi dengan membelakangkan ‘sosial kontrak’ yang telah diperincikan dengan jelas dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan?

Adakah ini merupakan satu lagi usaha DAP melalui pakatannya dengan PKR secara halus menidakkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan??

Sudah sampai masanya DAP harus sedar bahawa Malaysia bukan Singapura dan menerima ketentuan yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan sama-sama mempertahankannya. Kita tidak dapat menerima cadangan akta ini seperti yang pernah cuba dibuat melalui pintu belakang NUCC (Majlis Konsultasi Perpaduan Negara) dan tentunya kita tidak menerima sebarang usaha untuk menidakkan Perlembagaan Persekutuan kini!

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.