Thursday, 15 September 2016

Tuntutan Supaya Pertubuhan Kristian & Gereja Mendedahkan Senarai Muslim Murtad Dalam Tempoh 7 Hari!

Jagir Singh dari MCCBCHST baru-baru ini mendesak supaya mana-mana mualaf yang baru memeluk Islam, memaklumkan pengIslamannya dalam tempoh 7 hari.

Tuntutan ini jelas menghina kedudukan Islam dalam Perlembagaan, melanggar prinsip hak asasi kebebasan beragama sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 11  Perlembagaan Persekutuan serta tidak hormat kepada kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri, adalah suatu  tuntutan yang sangat tidak bertanggungjawab.

Tuntutan ini boleh mencetuskan polemik sehingga menyebabkan perlakuan-perlakuan yang bakal menyebabkan keadaan tidak aman dan damai di dalam hubungan antara agama di dalam Persekutuan.

Sijil Pembaptisan Lina Joy?


Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mensyaratkan bahawa semua pengamalan agama-agama selain Islam, mestilah diamalkan secara aman dan damai terhadap Islam. 

Jelas, pendekatan MCCBCHST sejak dari awal penubuhan mereka, sentiasa memilih jalan kontroversi dan bersifat mahu berkonfrontasi dengan kedudukan, keistimewaan serta kedaulatan Islam dalam Perlembagaan.

MCCBCHST seharusnya terlebih dahulu mengarahkan kalangan ahlinya daripada ahli pertubuhan Kristian yang bersekutu dengan pertubuhan tersebut untuk membuat pendedahan segera, jika ada, tentang jumlah serta maklumat orang-orang Islam yang telah dimurtadkan Evangelis tempatan?

Kita mahu tahu berapa ramai lagi 'Lina Joy' yang telah dimurtadkan oleh gerakan Evangelis tempatan?


Jika mualaf yang memeluk Islam diberikan 7 hari untuk membuat deklarasi mereka menganut Islam, maka tuntutan yang sama serta tempoh masa yang sama diberikan kepada MCCBCHST untuk memastikan ahli mereka dari kalangan Pertubuhan Kristian untuk mendedahkan semua maklumat berkenaan umat Islam yang dimurtadkan melalui gerakan Kristianisasi tempatan.

Tentunya pertubuhan seperti MCCBCHST yang lantang memberikan cadangan tersebut sudah bersedia buku rekod mereka disemak oleh pihak berwajib tempatan?

Kita juga mahu tahu adakah sesudah episod menyayat hati Lina Joy, adakah tidak berlaku lagi penghinaan kepada Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang "pengembangan apa-apa iktikad atau agama kepada orang yang menganuti Islam".

Kita yakin pihak JKMPKA bukanlah seperti 'lembu yang dicucuk hidung' dan mereka juga tentunya mahu tahu!

4 comments:

  1. Nsma marina dan lawyer bedah ada dlm senarai ka.?

    ReplyDelete
  2. Klau dh brckp mnntang agama Islam dn mnguna otak kpla yg brsndar kpd syaitan,sndiri2 la fikir msih lg ka sbgai orang Islam !! Kbnyakan ma'nusia yg kategorinya bgini nma sja Islam tp amalan2 mrk sah amalan golongan kafir, na'uzubillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setengah org mengaku Islam lebih kurang sama mcm KimJongUn mengaku dirinya pemimpin negara demokratik

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.