Thursday, 8 September 2016

Bedah Puaka Meroyan Lagi?!

Mitos dahulu kala tentang Sang Kelembai yang adakalanya mengganggu ketenteraman kampung-kampung dan majlis-majlis yang dihampirinya kembali mengimbau apabila penulis menghadirkan diri pada satu majlis yang dianjurkan oleh sebuah konglomerat media baru-baru ini. 


Majlis Wacana Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi anjuran Sinar Harian pada hari Isnin lepas pada mula berlangsung aman dalam suasana hilai tawa dan lawak jenaka ahli-ahli panel dan hadirin yang berbilang bangsa. Walaupun berbeza pendapat dan tujuan, perbahasan pada petang itu berlangsung dengan penuh hormat dan bertamadun.
Namun apabila sesi soalan dibuka, muncul seorang wanita berambut perang yang dengan sombong dan angkuh tidak menghiraukan permintaan moderator majlis supaya memendekkan soalan beliau namun berterusan memberikan komen dengan terjerit-jerit seperti kera kena belacan. Usaha pihak penganjur untuk mendapatkan mikrofon juga tidak diendahkan wanita tersebut.
Poster Hiasan

Keadaan menjadi lebih huru-hara apabila wanita tersebut tidak mengendahkan gesaan para hadirin apabila diminta supaya jangan berlengah-lengah membuang masa dengan melalut memberikan ucapan peribadi. Wanita tersebut juga mula melalut tentang perlaksanaan Hudud yang jauh lari daripada topik asal wacana.
Ianya berakhir dengan wanita gasar tersebut diboo khalayak ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Wanita tersebut dengan perasaan penuh marah dan tidak puas hati, mula menunjukkan isyarat lucah kepada sekumpulan hadirin yang masih lagi duduk ditempat masing-masing, tenang menghormati penganjur majlis.
Tidakkah pengamal undang-undang itu sedar bahawa perbuatan biadabnya itu boleh disabitkan mengikut Seksyen 509 (Akta 574) Kanun Keseksaan kerana perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang.
Hari ini ada laporan yang mendakwa bahawa perempuan itu berbangga dan sedikitpun tidak menyesal dengan perbuatan tidak senonohnya itu. Beginikah sikap ahli Majlis Peguam yang ada di negara kita?
Kita amatlah berharap supaya Majlis Peguam tidak memilih untuk membutakan mata daripada mengambil tindakan ke atas ahlinya itu kerana dengan jelas telah melanggar Akta Profesion Guaman (Praktik dan Etika) Peraturan 1978. Kredibiliti Majlis Peguam nampaknya akan tercalar lagi apabila memilih untuk tidak berbuat apa-apa kepada ahlinya yang satu ini.
Hakikatnya ini bukanlah kali pertama wanita puaka itu mengganas di khalayak umum, dan harapnya ia bakal menjadi yang terakhir apabila wanita tersebut meringkuk di dalam penjara kelak. Sebelum ini juga dia pernah mengemparkan negara kerana bertindak bengis dan keterlaluan terhadap penguatkuasa JAWI untuk menghalang penguatkuasaan  ke atas penganjuran majlis maksiat yang membabitkan golongan maknyah. 
Dalam beberapa posting di facebook beliau menggunakan kata 'fuckwa' sebagai ganti 'fatwa'.
Dengan beberapa laporan polis yang telah dibuat rentetan daripada insiden ini, apa lagi yang mahu ditunggu pihak berkuasa kita sebenarnya?!

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.