Tuesday, 20 September 2016

Jeff Ooi-Luahan Hati Bekas Pelajar Haron Din

Oleh Mohammad Ridzuwan Abdul Rahim

Pemergian Allahyarham Tuan Guru Dato Dr Haron Din mengundang kesedihan kepada jutaan umat Islam di Malaysia. Insan mulia ini sememangnya diiktiraf ramai sebagai seorang ulama dan pendakwah yang banyak berbakti kepada masyarakat. Kehilangannya sudah tentu tiada galang gantinya.

Namun kesedihan ini ditambahkan lagi dengan beberapa insiden biadab dan provokasi keterlaluan daripada kalangan segelintir masyarakat bukan Islam. Sejurus berita kematian Tuan Guru Dato Dr Haron Din ada netizen yang menghina dengan mengeluarkan pelbagai kata nista dan tohmahan mencerca Allahyarham di media-media sosial. Antara provokasi keterlaluan yang paling menyakitkan hati dan mendapat kecaman orang ramai khasnya umat Islam ialah daripada Jeff Ooi, Ahli Parlimen DAP yang berasal daripada Pulau Pinang.
Yang amat mendukacitakan ialah puak-puak sebegini langsung tidak menghiraukan kesedihan ahli keluarga Allahyarham Tuan Guru Dato Dr Haron Din dan juga mereka-mereka yang akrab.
Penulis selaku anak murid Allahyarham Tuan Guru sendiri tidak terlepas daripada rasa amat terguris dengan sikap biadab mereka ini. Penghinaan demi penghinaan itu langsung seolah-olah mahu menidakkan jasa dan kemuliaan ilmu yang ada pada Allahyarham Tuan Guru Dato Dr Haron Din, ulama yang telah menafkahkan seluruh usaha, keringat dan usianya untuk memartabatkan agama Islam supaya tegak berdaulat di tanah air dan di sanubari umat Islam di Malaysia.
Mungkin ramai yang tidak tahu, meskipun sentiasa terhimpit oleh kesibukan dan masalah kesihatan jantungnya, beliau tetap gigih untuk memberikan khidmat bakti kepada masyarakat. Beliau tidak jemu-jemu memberi kuliah di merata tempat tanpa mengharapkan sebarang upah dan bayaran dalam mendidik dan mengislah umat Islam. Beliau juga adalah tulang belakang kepada gerakan dakwah yang menyeru masyarakat bukan Islam untuk memeluk agama Islam.
Tidak keterlaluan juga jika dikatakan Allahyarham juga merupakan perintis yang banyak menyumbang kepada perkembangan sistem kewangan Islam di negara ini. Keilmuannya dalam bidang agama diiktiraf dan beliau banyak menjadi ‘tempat rujuk’ berkenaan permasalahan-permasalahan agama tidak kira oleh ilmuan-ilmuan Islam, mahupun orang awam.
Beliau juga telah banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menubuh dan menggerakkan Darussyifa. Kini pusat rawatan Darussyifa ada merata-rata di seluruh negara, memberikan khidmat rawatan percuma kepada semua pesakit-pesakit yang memerlukan tidak kira bangsa, darjat mahupun agama. Betapa besarnya jasa dan pengorbanan Allahyarham Tuan Guru Dato Dr Haron Din.

Sejujurnya banyak lagi jasa beliau yang tidak dapat penulis nukilkan di sini atas kekurangan penulis sendiri dikhuatiri kelak gagal memberikan gambaran sebenar tokoh yang selayaknya kita hormati.
Oleh itu maka tidak hairanlah jika ramai umat Islam merasa marah apabila maruah Allahyarham Tuan Guru seolah-olah diinjak-injak oleh tweet Jeff Ooi. Penggunaan ungkapan 'adios' di dalam tweet Jeff Ooi untuk berita kematian Allahyarham Tuan Guru amatlah tidak sesuai dalam konteks hubungan sesama kaum di Malaysia.
Malah majoriti umat Islam menganggap tweet tersebut sebagai biadab dan sepatutnya berlaku. Apatah lagi ungkapan itu disambung dengan “…let there be peace”, yang seolah-olah membawa maksud simbolik bahawa kehidupan Allahyarham Tuan Guru itu dianggap mendatangkan huru hara dan suasana tidak aman, lalu Jeff Ooi mengharapkan dengan kematian Allahyarham Tuan Guru itu, keamanan akan dapat dicapai. Hanya kerana dendam kesumat politik, Jeff Ooi tergamak membuat provokasi kurang ajar yang menghina Allahyarham Tuan Guru, seseorang yang sudah pun meninggal dunia dan tidak berupaya untuk menjawab untuk mempertahankan nama baiknya.
Menjatuhkan maruah orang yang telah pun mati bukan saja satu perkara yang dianggap taboo malah dilarang oleh Islam, apatah lagi si mati itu adalah seorang tokoh agamawan yang cukup disayangi ramai. Provokasi biadab Jeff Ooi itu telah pun mengundang kemarahan dan keresahan ramai pihak lalu memaksa pihak polis untuk menyiasatnya di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan melukakan umat Islam. Orang seperti Jeff Ooi ini tidak boleh dibiarkan bebas tanpa sebarang tindakan demi keamanan dan keharmonian seluruh masyarakat di Malaysia. Jeff Ooi hendaklah ditangkap dan dihukum kerana menimbulkan keresahan dikalangan masyarakat. Orang sebegini tidak sepatutnya layak hidup bermasyarakat di bumi Malaysia yang aman dan makmur ini. Kehadirannya di sini cuma boleh menimbulkan huru hara dan persengketaan antara agama dan ketegangan kaum.

4 comments:

  1. Bayangkan kalau org islam menumpang di tanah cina dan kita mengutuk sami depa... adakah kita boleh selamat di tanah cina..mudaha2an Allah swt laknat Jeff Ooi

    ReplyDelete
  2. sedang sedih lagi di pijaknye...inilah warna sebenar sifat cina dap di malaysia. padahal arwah dato haron din antara ulamak dan pemimpin pas yang jarang menimbulkan konflik atau isu negative kepada kaum cina. harap penyokong pas buka mata ...kalau benci sangat lah umno jangan lah sekali2 bagi undi kepada dap dan kerabatnye.

    ReplyDelete
  3. Wahai penyokong Pas, sekalipun anda benci Najib & Umno, jgn sekali2 anda beri undi kpd DAP & rakan2nya. Kerana jelas DAP lebih bahaya kpd bangsa & agama.

    ReplyDelete
  4. tak perlu nak bayangkan.. memang dah berlaku dah pun.. tanyalah muslim uygur dan xinjiang, apa china buat dekat mereka..

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.