Wednesday, 14 September 2016

Apakah Jagir Singh & MCCBCHST mahu mengajak rakyat melawan Raja-Raja Melayu??

Sekali lagi bukan Islam cuba campur tangan dalam hal ehwal orang Islam apabila persatuan ‘Majlis Kafir’ cuba menentukan urusan harian orang-orang Islam di Malaysia. Seorang wakil daripada persatuan itu, yang sering kali berbuat kenyataan Islamophobia, mahu mana-mana individu yang memeluk Islam mempunyai hanya tujuh hari tempoh untuk memberitahu ahli keluarganya.

Hal ini bakal menidakkan hal saudara baru Islam tersebut yang mungkin memerlukan lebih masa untuk berbuat sedemikian atas sebab-sebab tertentu yang tentulah berlainan daripada satu kes kepada kes yang lain.



Bukankah kita pernah mendengar kisah saudara baru yang mendapat kecaman malah ada juga yang menerima ugutan bunuh atas pilihan yang telah dibuat oleh mereka. Malah ada juga yang dibunuh.
Menyedari akan hal itu, kita hairan kenapakah, ‘Majlis Kafir’ beria benar mahu individu tersebut berbuat deklarasi dalam masa sesingkat tujuh hari?

Namun kita tidak pula mendengar 'Majlis Kafir' meminta Evangelis Kristian berbuat hal yang sedemikian kepada 'converts' mereka?

Yang paling penting adakah permintaan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa Islam adalah Agama bagi Persekutuan?

Sedangkan hal ehwal agama juga jatuh kepada bidang kuasa Negeri dan Sultan dan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi setiap Negeri, kenapakah seorang kafir seperti Jagir Singh pula yang mahu mengajar Muslim cara untuk mengamalkan Islam?


Tidakkah perbuatan tersebut seolah-olah mengajar rakyat supaya tidak patuh dan menderhaka kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri?

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.