Wednesday, 7 September 2016

Err... Malaysia Bukan Negara Sekular-Gan Peng Sieu (MCA)!




Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. (Surah al-Isra:81)
Umat Islam masa kini rata-rata merasa sedih dan terganggu memandangkan hasrat mereka untuk mengamalkan Islam sepenuhnya, terutamanya daripada segi perundangan seperti diinjak-injak dan dihalang oleh ektremis Islamofobia. Pelbagai helah, fitnah, ugutan dan cercaan daripada puak-puak ini yang berazam untuk menghalang sebarang usaha untuk memartabatkan Islam di tanah air. Sedangkan Islam telah bertapak lebih 1000 tahun lamanya.
Mereka tidak pernah jemu dalam usaha untuk menidakkan pemerkasaan Mahkamah Syariah seperti yang sedang diusahakan melalui pindaan Akta 355.
Seawal 18hb Jun tahun 2014, theStar yang mewakili suara MCA telah melaporkan bahawa Gan Ping Sieu, dengan tegas telah mendesak agar Dato' Seri Jamil Khir Baharom digugurkan daripada jawatannya sebagai Menteri Kabinet kerana menyatakan Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Banyak kenyataan akhbar Gan Ping Sieu menyebut dengan tegas dan jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Beliau juga pernah cuba menghasut dan menakut-nakutkan rakyat negara ini dengan pemisahan negeri Sarawak daripada Persekutuan Malaysia sekiranya kerajaan enggan bersetuju dengan pendapat ini. 
Atas dakwaan Malaysia sebagai negara sekular ini juga, beliau bertindak untuk menghalang usaha umat Islam daripada cuba memperkukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah melalui pindaan Akta 355.
Namun apabila dicabar oleh seorang tokoh pendakwah baru-baru ini, Gan Peng Sieu seperti tidak keruan. Dia gagal memberikan bukti Perlembagaan Persekutuan menyatakan negara ini sebagai sebuah negara sekular.


Ustaz Engku Ahmad Fadzil menegaskan perlembagaan memperuntukkan Perkara 3(1) dan Perkara 37(1) yang menyatakan dengan jelas kedudukan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan dan kedudukan ini dipelihara sepanjang masa oleh sumpah DYMM Yang di-Pertuan Agong.

Gan Peng Sieu gagal membuktikan sifat sekular negara di dalam Perlembagaan seperti yang ditanyakan oleh tokoh pendakwah tersebut. Sebaliknya beliau kelihatan berdolak dalik dan cuba untuk memesongkan fakta dengan menyatakan negara ini sebagai sebuah negara yang bukan Islam dan bukan sekular.

Jelaslah bahawa kebatilan tidak akan kekal dan akan lenyap apabila dicabar dengan kebenaran. Pemesongan dan kecelaruan fakta Gan Ping Sieu dan MCA amnya adalah jelas. Hakikatnya juga Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana umat Islam berhak dan bebas untuk mengamalkan undang-undang Islam. Islam berdaulat di Malaysia dan Gan Ping Sieu tidak ada upaya untuk mengatakan sebaliknya! 

#satuummah #perkasasyariah

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.