Friday, 16 September 2016

Siti Kasim & Hipokrasi Ektremis Liberal!

Azmi Sharom 'berkhutbah' dalam The Star, Kesatria Perlembagaan golongan Ekstremis Liberal yang sentiasa menjadi harapan Penyimpan Mohor Cop Halal tindakan-tindakan tidak berkeperlembagaan rakan-rakannya.

Azmi Sharom tidak hadir ke dalam majlis Wacana Sinar harian “Pindaan Akta 355 : Antara Realiti dan Persepsi”.  Tetapi, beliau menulis seolah-olah dia berada di situ sejak dari azan Subuh berkumandang. Wacana Sinar Harian tersebut menjadi kontroversi apabila seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Peguam Hak Asasi Manusia, Siti Zubedah Kassim (Bedah), meluncurkan isyarat lucah apabila kehendaknya di dalam forum tersebut tidak dipuaskan.
Azmi Sharom lantas mengambil peranan sebagai alat mencuci getar kebuasan tindakan barbarik Bedah. Beliau  menulis seolah-olah Bedah menjadi mangsa keadaan. Semua yang mempunyai panca indera yang sempurna dapat melihat dan menonton dengan jelas, bahawa tindakan Bedah-lah yang menyebabkan tindakan protes dari penonton. Jika soalan dan pertanyaan dilontarkan Bedah tanpa isikandungan provokasi dan jeritan serta lolongan, tentu sahaja tiada apa-apa akan berlaku di dalam majlis tersebut.


Melalui pengakuan, Bedah hanya perlukan vibration untuk memahami konteks agama. Dalam wacana tersebut, frequensi getaran yang ditalanya, mungkin sedikit lencong dan menjadikan Bedah sebagai ‘Jadong’ yang terpekik terlolong dengan hala tuju kosong. Habis semua peserta wacana tersebut dibodohkan Bedah dan rakan-rakan jadongnya. Malaysiakini, Malaymail Online berpusu-pusu melakukan “sertu” ke atas tindakan jijik Bedah.
Tetapi, apa yang amat menghairankan ialah bila mana Kesatria Perlembagaan Azmi Sharom ini, berkelakuan selektif dalam membela hak asasi bersuara di dalam Forum-forum perbahasan terbuka. Sebelum ini di dalam Forum G25 pada tahun lepas, beliau berada di situ apabila Dr. Lukman Bin Thaib, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Dr Daud Abdul-Fattah Batchelor, Associate Fellow International Institute of Advanced Islamic Studies Malaysia dihina, diejek dan dicerca oleh para hadirin penyokong program anjuran kumpulan liberal G25.
Mana artikel  Azmi Sharom membela mereka-mereka ini daripada tindakan gasar Ekstremis Liberal di dalam forum tersebut? Kenapa mesti bersikap selektif pekak jika benar-benar mahu memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan antara rakyat di negara ini? Tindakan Azmi Sharom menulis serta membela tindakan Siti Zubedah Kassim adalah satu perbuatan yang amat memalukan serta mengundang persepsi bahawa ada antara mereka-mereka yang mendakwa diri sebagai pejuang hak asasi, mereka tidak lebih daripada golongan yang mengamalkan hipokrisi terbuka.
Terbaru Mariam Mokhtar dan Boo Su Lyn juga membela peguam biadab tersebut dan cuba membawa naratif prejudis feminis tak bertempat kononnya, forum tersebut 'membuli' wanita. Apatah lagi bila ahli-ahli panel juga terdiri daripada kaum lelaki. Ini semua adalah fitnah belaka. Yang pasti batang hidung mereka bertiga sememangnya tidak kelihatan pada hari kejadian!

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.