Friday, 1 July 2016

Usaha Menfitnah Mufti Pahang Oleh Pakatan Harbi & Kuncu-Kuncu

Seminggu-dua ini jelas keharbian satu parti politik menentang Islam dan institusi Islam apabila teguran Mufti Pahang supaya umat Islam menjauhi malah menentang usaha jahat mahu menidakkan Syariah Islam daripada terus didukung dan diperkasakan di bumi bertuah ini.

Walaupun sedar bahawa Perlembagaan Persekutuan, perundangan tertinggi negara menyatakan dengan jelas dan terang bahawa 'Islam adalah Agama bagi Persekutuan', kelompok ini didukung segelintir Muslim yang vokal berterusan mahu menidakkan hak asasi umat Islam untuk diadili oleh sistem Syariah.

Sejak usaha untuk melakukan pindaan terhadap Akta 355 untuk lebih berkesan mengekang gejala maksiat, bantahan demi bantahan terbuka dibuat sepanjang hari selama berminggu lama. Dan apabila Sahibus Samahah Mufti Pahang menyarankan supaya usaha golongan yang boleh diklasifikasikan kafir harbi tersebut ditentang, kelompok ini tanpa segelumit rasa bersalah berterusan menyerang kenyataan Mufti dengan tuduhan liar kononnya Mufti Pahang mahu menumpahkan darah puak-puak ini dan menghalalkan nyawa-nyawa mereka diambil pengganas-pengganas IS.

Sekadar Gambar Hiasan-Kredit Kepada Artis

Hasutan demi hasutan daripada seorang demi seorang tokoh-tokoh harbi, daripada seorang tokoh politik cauvanis sehinggalah kepada seorang Bishop yang mahukan 'darah' Mufti Pahang?!

Persoalannya, kenapakah hal ehwal umat Islam boleh dipolitikkan Pakatan Harbi dan kuncu-kuncu mereka sedemikian rupa? Kenapakah kelompok ini dibiarkan sahaja, hari demi hari untuk berbuat demikian? 

Terkini Ketua Polis Negara telah menegaskan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka ke atas Mufti Pahang. Harbi dan konco-konconya tentu bersorak gembira setelah berminggu berkempen melobi supaya Mufti Pahang dikenakan Akta Hasutan 1948?

Persoalannya, apakah tindakan yang bakal diambil pihak polis terhadap tokoh politik dan tokoh agama Pakatan Harbi yang saban hari cuba menterjemahkan ungkapan 'ditentang' kepada 'diperangi' dan 'halal darah'? 

Kenapakah hasutan maha agung ini yang banyak menimbulkan kekeliruan dan kegusaran ditengah-tengah masyarakat Malaysia tidak dikenakan sebarang tindakan?


#solidaritibersamamuftipahang
#tolakpakatanharbi                    
#satuummah                                  
#perkasasyariah

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.