Tuesday, 5 July 2016

Salam Aidil Fitri & Kongsi Gembira-Majlis Iftar GABUNGAN

Pada 26 Jun 2016 lepas bertempat di Butterworth,Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang(GABUNGAN) telah mengadakan program ifthar buat kali ke dua bersama dhu'afa' dan gelandangan yang berada di sekitar Butterworth, Pulau Pinang.

Program yang bermula dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Hafiz Nordin, Timbalan Presiden GABUNGAN dan majlis dihadiri kira-kira 100 orang hadirin terdiri dari golongan dhu'afa', penyokong dan pemimpin GABUNGAN. 



"Seramai 55 orang yang terdapat dalam senarai kami (GABUNGAN) telah menerima sumbangan, hamper berupa makanan, selimut (untuk gelandangan), pakaian dan wang tunai untuk persiapan menjelang Hari Raya serta duit raya untuk kanak-kanak yang hadir. Penyampaian sumbangan ppula telah disempurnakan oleh tuan Haji Mohamed Nordin Mohd Nor selaku Presiden GABUNGAN." kata ustaz Hafiz Nordin.


Program berakhir dengan ifthar dan solat Maghrib berjamaah semua hadirin.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.