Saturday, 9 July 2016

Penang Institute Menyalak Untuk Kerajaan DAP Pulau Pinang?!

Setelah beberapa hari kumpulan penyelidik Penang Institute dikiaskan sebagai 'anjing' kepada kerajaan Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sedang berdepan dengan tuduhan rasuah SPRM berkaitan dengan pembelian sebuah banglo dengan 'potongan harga' jutaan ringgit, dilaporkan telah menarik balik kiasan tersebut.

Kenyataan 'bite and bark' yang dibuat semasa majlis perasmian bangunan baru Penang Institut dilihat sebagai kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan sangat menghina oleh ramai itu telah membuatkan si Ketua Menteri yang pernah digelar Tokong oleh 'kawan' dan lawan memutuskan untuk berbuat U-turn dan menjilat ludahnya sendiri.

Apa yang menarik, penyelidik-penyelidik yang dikiaskan dengan haiwan empat kaki di Penang Institute seperti teman yang setia tidak menyalak langsung memberi respon kepada kenyataan menghina tersebut. Mungkin seperti kata Lim Guan Eng, sebagai teman yang setia, mereka bersetuju bahawa 'biting the hand that feeds you' bukanlah satu tindakan yang bijak.

Mungkin itulah juga yang diamalkan di badan pemikir tersebut. Beberapa hari telah berlalu namun 'bos' di Penang Institute, anak 'Melayu' yang pernah menjadi setiausaha politik kebangaan Lim Guan Eng masih diam seribu bahasa. Menarik untuk kita selami isi hati Zairil Khir Johari lulusan University of London yang pernah menerima anugerah Leader of Tomorrow dalam persidangan St Gallen Symposium di Switzerland pada tahun 2014 meluahkan isi hatinya?

Kandang Bangunan Baharu Penang Institute

Kita juga masih ternanti-nanti kenyataan media daripada CEO kepada Penang Institute, Dr Lim Kim Hwa bekas pensyarah di Cambridge University?

Menarik juga untuk kita ketahui pendirian Wong Chin Huat, ketua felo Politik & Sosial badan pemikir tersebut tentang kiasan anjing yang Lim Guan Eng tegaskan sebagai 'a dog as a man best friend'? Kita tahu suatu ketika dulu beliau tidak kisah untuk 'dibabikan' atas dasar pendirian. Namun kita tertanya-tanya, jika tokoh seperti beliau yang sering saja mempunyai pandangan dan pendapat tentang Islam dan amalan Muslim di Malaysia, kenapakah beliau seperti kelu seribu bahasa apabila usaha dan sumbangannya selama ini kepada badan tersebut telah tidak semena-mena 'dianjingkan'?!

Menarik untuk melihat bagaimana beliau nanti mengolah kiasan anjing dengan bahasa Melayu beliau yang, at best, janggal!

Mungkin juga Dr Dzulkifli Ahmad daripada PAN dan Dr Maszlee Malik daripada IKRAM yang sering dijemput Penang Institute sebagai penceramah dan panelis dalam forum-forum anjuran mereka boleh memperhalusi terma yang dikiaskan Lim Guan Eng. Tidakkah mereka berasa terpalit sama dengan kenyataan kontroversial tersebut?

Adakah mereka berasa lebih mulia daripada 'penyalak-penyalak' di Penang Institute kerana sering muncul sebagai panelis dan tamu wacana semata-mata dan bukannya memegang jawatan rasmi sebagai felo dan sebagainya?

Apa pun pendapat dan pandangan mereka akan hal tersebut, sebagai intelektual yang sering berwacana dengan badan yang dikiaskan sebagai 'anjing' tentulah menarik jika pandangan mereka dapat kita perhalusi?

Persoalannya apakah pula pandangan Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP kepada seluruh warga kerja DAP??!

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.