Monday, 18 July 2016

Dengan Izin Anthony Loke, DAP Mesti Disekolahkan-Hasanuddin Yunus (IKRAM-PAN)

Kajian Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah badan pemikir yang dimiliki oleh kerajaan Pakatan Harapan yang bernaung di bawah kerajaan negeri Selangor telah mendapati bahawa 64% pengundi Melayu di Selangor berpendapat bahawa DAP adalah parti yang memusuhi Melayu dan agama Islam, dan 72% yakin bahawa DAP adalah parti perkauman yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum Cina.
Itu DAP tidak boleh sangkal! Dan rasanya sehingga ke hari ini DAP belum secara rasmi mencabar ataupun menyangkal dapatan IDE tersebut! Mungkinkah DAP sedar bahawa dapatan itu ada kebenarannya?!

Masakan tidak, perbuatan parti yang sering dilabel rasis dan cauvinis tersebutlah yang acapkali menentang dan mencabar Islam dan kedudukan istimewa bangsa Melayu boleh dikatakan telah menjadi penyebab utama kepada sentimen ini. 
Yang terbaru, tindakan Nga Kor Ming, ektremis Kristian DAP telah melakukan beberapa provokasi ke atas umat Islam Malaysia di akaun Facebook ‘miliknya’ telah mengundang kemarahan ramai orang sehinggakan ratusan umat Islam berdemonstrasi di hadapan pejabat DAP Cheras. Begitu juga dengan tindakan biadab Hew Kuan Yau, 'Superman DAP' yang bukan saja mahu melihat orang Melayu 'screw' sesama sendiri, serta yang terbaru telah memperlekehkan hak kedaulatan negara apabila mendakwa bahawa 'South China Sea' adalah wilayah kepunyaan China.
Dan tentunya kita semua masih ingat dengan Jimmy Wong Sze Phin, pemimpin DAP Sabah yang pernah mencetuskan kemarahan umat Islam terutamanya di Sabah kerana cuba menghalang pembinaan masjid dan menghina seruan azan Subuh sebagai bising dan mengganggu waktu tidur.
Hasanuddin Yunus, betul ke ni?

Umum tentunya sedia maklum dan tidak pernah lupa dengan siri-siri penentangan bercampur kenyataan-kenyataan berbaur Islamophobia dan provokasi terhadap kesucian serta kedaulatan agama Islam, Agama bagi Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan bukannya agama rasmi semata-mata seperti yang sering juga dijaja oleh DAP.
Ini belum dikira dengan tindakan biadab cuba 'menidakkan' usaha umat Islam untuk memperkukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah melalui Pindaan Akta 355 yang menjadi penyebab kepada kemarahan dan ketidak puasan hati umat Islam Malaysia dan kemudiaannya bangkit untuk menentang agenda-agenda sekular dan liberal parti tersebut. Perlembagaan DAP sendiri dengan jelas mahu menjadikan tanah bertuah ini sebagai sebuah negara sekular yang jelas bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
Atas sebab-sebab seperti inilah, ramai umat Islam di Malaysia meyakini  bahawa istilah 'kafir harbi' masih lagi relevan meskipun dalam konteks peperangan idea dan bukannya peperangan bersenjata seperti yang dapat kita simpulkan melalui forum yang telah dianjurkan IKRAM di USIM pada sabtu lepas. Daripada kelima-lima ahli panelis tersebut mereka bersetuju walaupun mempunyai pandangan yang sedikit berbeza, bahawa kafir harbi masih relevan dan pihak bukan Islam juga dinasihatkan supaya lebih sensitif dan menghormati umat Islam.
DAP harus bermuhasabah diri dan sedar bahawa sentimen anti DAP dari kalangan majoriti masyarakat Melayu bukanlah berpunca oleh kenyataan Sohibus Samahah Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman mahupun disebabkan oleh parti lawan, sepertimana yang dituduh oleh Lim Kit Siang baru-baru ini. Akan tetapi tindak-tanduk biadab, rasis dan cauvinis ahli-ahli DAP sendirilah yang telah mengundang keresahan dan sentimen anti DAP dari kalangan majoriti masyarakat Melayu/Muslim, seperti yang telah dibuktikan oleh Institut Darul Ehsan pada November 2015.
Tindak tanduk dan kenyataan menentang Islam oleh ahli-ahli dan pemimpin parti sekular DAP seperti contoh-contoh di atas, sedikit sebanyak diperakui kewujudannya oleh Hasanuddin Yunus, Naib Pengerusi PAN meskipun dalam lenggok bahasa yang semacam berdolak dalih. Beliau masih mahu khalayak Muslim memberi lebih masa untuk DAP belajar dan faham Islam. Dan beliau telah berjanji akan menyekolahkan DAP tentang perkara ini supaya mereka lebih celik dan hormat Islam dan umatnya!

Beliau juga sebagai panelis mewakili PAN dan IKRAM di wacana Ilmiah bertajuk “Istilah Kafir Harbi: Masih Releven atau Tidak?” anjuran Biro Penyelidikan IKRAM telah menyeru golongan ulama dan gerakan-gerakan Islam agar sama-sama untuk 'menyekolahkan' DAP sekiranya DAP terang-terangan memusuhi Islam.
Namun apa yang kurang enak didengar, ialah ahli IKRAM tersebut secara terbuka mengaku bahawa beliau telah terlebih dahulu meminta izin (dan restu?) daripada Anthony Loke (Siew Fook), Setiausaha Organisasi Kebangsaan parti sekular DAP untuk berkongsi hal sedemikian dengan khalayak pada malam tersebut.
Persoalannya, mampukah PAN 'bites the hand that feeds it' kelak? Saranan Lim Guan Eng, penyandang Setiausaha Agung DAP kepada warga Penang Institute masih lagi terngiang-ngiang sebenarnya!

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.