Monday, 4 July 2016

Cinaputra Pulau Pinang Mahu Subsidi & Tongkat

Dasar pecah perintah yang diamalkan British sejak mereka bertapak pada akhir kurun ke 17, menyebabkan golongan Bumiputera, ketinggalan dari segi pendidikan, keupayaan ekonomi, kesedaran politik dan semua segi.

British menghancurkan demografi negara ini sehinggakan pada suatu masa, golongan bukan Melayu di dalam Semenanjung Tanah Melayu, lebih ramai dari Melayu. Pada 1933, apabila keadaan ini disedari orang-orang Melayu, mereka mula bangkit membantah dan mempersoalkan dasar-dasar British di Tanah Melayu.

British cuba bermuka-muka. Penjajahan Jepun, biarpun datang dengan penuh cerita-cerita kekejaman, membawa bersama penjajahan tersebut rahmat-rahmat yang terselindung. Ramai daripada kaum pendatang yang diimport British pada ketika itu, pulang kembali ke negara mereka. Apabila Jepun kalah dan British kembali, cadangan untuk menjadikan Semenanjung Tanah Melayu daripada “Negeri-Negeri Naungan British” kepada “Negara Jajahan British” di bawah Malayan Union dicadangkan. Cadangan ini mendapat bantahan keras orang-orang Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Perancangan ke arah pentadbiran sendiri di Persekutuan Tanah Melayu digerakkan. Pada 31 Ogos 1957, pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu diserahkan kepada sistem Raja Berparlimen dan Demokrasi Beperlembagaan Malaya. Kaum bukan bumiputera diterima sebagai warganegara dengan prinsip Jus Soli. Untuk orang-orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja dan Sultan masing-masing, dan juga warganegara Malaysia dan rakyat di bawah payung DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, hak-hak istimewa bumiputera diberikan mereka. Perjanjian ini yang dibincangkan serta dipersetujui secara bersama di dalam Kontrak Sosial, menjadi antara tiang seri yang membina asas negara.

Masalah masih timbul dengan jurang kedudukan ekonomi dan pendidikan antara kaum bumiputera dan orang-orang Cina. Ratusan tahun pentadbiran British nyata menjadikan jurang ini, sebagai barah yang boleh mengancam keamanan Persekutuan Tanah Melayu yang baru ditubuhkan.

Jurang ini kemudiannya cuba dilaraskan supaya Bumiputera dan bukan Bumiputera yang menjadi anak emas Pentadbir British sebelum ini, tidak terus melebar. Dasar-dasar affirmatif diperkenalkan.

Sesetengah kaum Cina, yang terpengaruh dengan sentiment politik tertentu, kini sentiasa mempersoalkan perjanjian dan dasar-dasar Affirmatif yang dijalankan di dalam negara. Bagi mereka, jika tiada merit, jangan diberi peluang dan muka langsung.

Jika tiada keupayaan ekonomi untuk bersaing serta menetap di sesebuah tempat yang pernah menjadi tanah tempat tumpah darah mereka, maka, telan sahaja keadaan itu dan berhijrah keluar dicadangkan sebagai solusi ketidakmampuan orang-orang Melayu untuk hidup di bandar-bandar besar. Semua subsidi dan tongkat untuk Bumiputera bangkit bersaing dipersoalkan dan digesa supaya dimansuhkan dan dihapuskan sepenuhnya.

Tetapi, Bumiputera dan Cinaputra di Malaysia dilayan seperti dua kelas berbeza. Apabila Cinaputra mengugut untuk membunuh guru beragama Islam kerana memakai tudung di sekolah Cina, kes itu habis dan dilupakan begitu sahaja. Begitu juga apabila ada Ahli Parlimen yang berkhidmat untuk sebuah parti cauvinis Cinaputra mengugut mencabar 13 Mei berlaku semula, kes itu juga hilang bagai debu-debu yang ditiup angin.



Apabila seorang Ketua Menteri Cinaputra dituduh di Mahkamah atas pertuduhan rasuah, beliau dikategorikan sebagai maksum, bersih tanpa dosa dan tidak perlu meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri. Tetapi, apabila Menteri Besar dan menteri-menteri bumiputra dituduh, mereka didesak supaya meletakkan jawatan dengan segera.

Terbaru di Pulau Pinang, apabila keadaan ekonomi, dan persaingan pasaran bebas yang sihat mula memberikan kesan kepada penyewa-penyewa di kawasan Warisan Georgetown sehingga mereka terpaksa keluar dari sana kerana tidak mampu membayar sewa, Ketua Menterinya, yang juga tinggal di rumah di bawah harga pasaran tanpa kolam renang, menggesa supaya sebuah undang-undang lapok yang sudah dimansuhkan, supaya dihidupkan kembali. Undang-undang yang seakan Rent Control Act 1966 yang dimansuhkan pada 1997, kini mahu dihidupkan kembali semata-mata kerana demografi bandar Warisan Georgetown bakal terjejas kerana majority Cinaputra di dalamnya sudah semakin hari semakin tersisih dan terpaksa keluar kerana tidak mampu membayar sewa.

Mana perginya suara-suara yang menentang dasar affirmatif sebelum ini?
Mana perginya suara-suara yang memperjuangkan meritokrasi selama ini?
Mana perginya suara-suara yang selama ini mengutuk, mencela serta mempersenda kaum bumiputera yang memerlukan dasar affirmatif yang digelarkan mereka sebagai tongkat dan subsidi untuk membantu orang Melayu bersaing secara sihat?
Mana perginya suara-suara yang membenci semua undang-undang lapok seperti Akta Hasutan 1948 atas alasan ia sebuah undang-undang lama yang harus dihapuskan?

Jika keadaan ini berlaku kepada orang-orang Bumiputera, semua bentuk percubaan dan undang-undang yang ada untuk membantu mereka, akan segera diminta dihapuskan oleh golongan dan parti politik cauvinis Cinaputra.


Betul-betul Double Standard. Rupa-rupanya menjadi Cinaputra di bumi Malaysia ini, lebih dilindungi dan diberikan pelbagai bentuk hak berbanding menjadi Bumiputera di bumi sendiri. Patutlah makin semakin lama semakin ramai orang-orang Melayu, berbondong-bondong keluar menjadi tukang ampu dan jilat perjuangan politik Cinaputra yang kiasu ini.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.