Tuesday, 28 June 2016

Tafsir Radikal Sempit Dr Rozaimie Amat Membahayakan

Apabila Datuk Abdul Rahman Osman, Mufti Pahang, meletakkan perlakuan dan pemikiran yang menentang usaha mendaulatkan undang-undang syariah Islam di dalam negara ini di dalam kategori Kafir Harbi dan harus ditentang, semua umat Islam di dalam negara faham bahawa penentangan itu akan dibuat di dalam bentuk hujahan balas, boikot, tidak memberi undi dan tidak lagi bersekongkol dengan kumpulan tersebut dan bukan dengan cara ekstrim seperti membunuh, cincang dan sebagainya.



Tetapi kehadiran tokoh-tokoh agama dengan tafsir dan pandangan radikal yang sempit seperti Dr Rozaimi, telah menjadikan isu Kafir Harbi ini difahami dengan fahaman radikal yang amat sempit. Dalam salah sebuah komen yang dimuatkan di dalam laman facebook beliau, beliau menafsirkan perkataan Harbi itu sebagai Perang dalam erti kata Perang.

PERANGI BUDAYA LEPAK
Umat Islam dan Melayu tidak memerlukan Phd untuk memahami bahawa perkataan "Perang" itu membawa makna yang luas. Kempen Perangi Budaya Melepak akan secara automatik difahami sebagai kempen mengajak anak-anak muda yang melepak melakukan sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat dari membuang masa. Perangi Budaya Melepak, bukan bermaksud melontar bom atau grenade kepada kumpulan remaja yang sedang melepak. 



Juga satu ketika sebelum ini, apabila Kementerian Asas Tani melancarkan program Jihad Memerangi Orang Tengah, ia tidak boleh ditafsirkan dengan perlakuan menggunakan senjata dengan tindakan ganas dan membunuh. Jihad Memerangi Orang Tengah ialah usaha untuk mengekang tindakan-tindakan serta perkara-perkara yang membebankan rakyat yang selalu dilakukan orang-orang tengah di dalam jenis-jenis perniagaan.

TAFSIR SEMPIT RADIKAL
Kekacauan seperti apa yang berlaku di Timur Tengah ialah kerana ada dikalangan mereka yang gemar menafsirkan sesuatu dengan tafsiran radikal yang sempit. Dr Rozaimie, selaku tokoh bergelar Doktor Falsafah, tidak seharusnya terikut-ikut dengan budaya menafsirkan sesuatu dengan tafsiran radikal yang sempit.

Malang sekali, tafsiran sempit seperti itulah sekarang ini sedang diapi-apikan di dalam negara oleh golongan-golongan berkepentingan politik. Malaysia harus kekal aman dan selamat, dan golongan yang gemar mengambil kesempatan dan menafsirkan sesuatu itu secara literal radikal yang melampau harus disekat!

10 comments:

  1. Pokoknya...perlu berhati hati dan berhemah..dalam berkata dan menegur..Hakikatnya..ada yg tiada dapat menafaat dari ilmunya..moga kita tidak terjatuh disana... Mufti..berauthoriti... bercakap untuk Ummah.. Penegur perlu bersendirian menegur cara bukan publik.. Ini adab..yg jarang diklasifikasikan..org pandai beragama sebagai way of life.. paling tidak terlepas pandang..

    ReplyDelete
  2. Mfti..benar dan tepat mengeluarkan fatwa...Dr..pun tepat dalam menyukong malah bersama ..agar Mufti tidak berganjak.. (melunakkan definasi)..Namun perlu berhati hati anasir media yg rbutkan isu ini.. dgn cara membuat kesilapan dalam tulisan agar jadi medan ribut sesama islam..ini muslihat red bean army division melayu..olih Dap

    ReplyDelete
  3. FIRAUN layak di tentang, tendang dan darahnya halal ditumpahkan.

    Bila seseorang di benci dilabelkan sebagai FIRAUN apakah bermaksud otomatik orang tadi wajib ditentang, ditendang dan di alirkan darahnya?

    Kalau itulah jawapan ostad di atas, makanya patutlah agama ostad tak pernah dipandang tinggi waima oleh kalangan kartunis.

    Kurang humor kira OK tapi kalau kurang toleransi macam Daesh...hmmm, porak peranda.

    ReplyDelete
  4. Imam syafie sendiri menafsirkan kafir harbi halal darahnya dan hartanya. Mufti pahang mazhab ape?

    ReplyDelete
  5. Dulu lain sekarang lain. Dulu tiada laman maya sekarang dah ada.

    Kalau dulu halangan di bina secara fizikal sekarang halangan dibuat secara maya.

    Halangan secara maya tak mungkin dapat ditentang secara fizikal. Halangan maya hanya boleh ditentang secara maya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Umat Islam membalas dengan cara tidak berlebih lebihan. Kita membalas mengikut cara kita diperlakukan.

      Delete
  6. Pada zaman islam-phobic oleh non beliver ape cara mereka boleh faham tentang perkara yang di luang kan mufti Pahang.
    Hari hari baca berita keganasan IS, Abu Sayaf. Senang nak kata mereka itu bukan Islam, tapi bila ade yang sebut se macam IS cam mane nak faham "religion of peace"??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam memang patut difahami sebagai Religion of Peace. Tapi malangnya bila ada pihak2 dgn pemikiran sempit menafsirkan Islam juga dengan cara sempit, maka semua perbuatan ini akan memberi kesan kepada imej Islam dan Orang islam itu sendiri.

      Delete
  7. Rozaimi tak perasan ke, Tuan punya statement dah cakap yang dia tak pernah suruh perang?! Jangan lah komen ikut kepala lutut dan sedap mulut saja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Tafsir lebih2 dr maksud tuan punya statement dah timbulkan polemik dengan golongan bukan Islam. Mufti Pahang dah pun buat penjelasan.

      Maka tidak perlu lagi membuat bising dengan cth dan tafsiran extrem

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.